ALEX 70

122 2 0
                                    

"honestly, aku indak tahu apa apa pun mengenai latar belakang kau, alex... kalau dari dulu lagi aku tahu yang kau adalah anak orang kaya aku pasti akan melayanmu dengan baik...", kata tuan benjamin perlahan lahan. alex mencebikkan bibirnya. "oh... jikalau aku anak orang kaya kau layan dengan baik, eh?... tapi jikalau aku anak orang miskin kau layan aku dengan teruk macam apa yang kau lakukan padaku beberapa bulan yang lalu, begitu?...", kata alex memulangkan paku buah kerasnya. "alex... aku... aku tak tahu nak cakap apa... sebenarnya aku indak menduga...", perkataan tuan benjamin di potong pantas oleh alex. "ya... kau memang indak menduga perkara ini akan berlaku... kau fikir aku ini memang anak orang miskin yang tak layak untuk bercinta dengan anak gadis kau tu, kan... you know what? you're such a jerk!... kau halang anak gadis kau dari bercinta denganku hanya kerana kau indak mahu dia berkahwin dengan lelaki miskin. malah kau cuba memisahkan kami berdua dengan melakukan pelbagai cara yang keji sehingga menyebabkan aku di pukul orang dan terlantar di hospital. semuanya kerana kau bencikan aku. maklumlah aku ini miskin dan papa kedana ketika itu. well... to tell you truth aku sengaja menyembunyikan identitiku sebab aku ingin mencari seorang gadis yang betul betul sayang padaku bukan kerana harta kekayaanku tetapi demi cintanya padaku. itulah sebabnya kenapa aku indak mahu menyatakan identiti sebenarku pada semua orang tapi tak sangka pula anak gadis kau ni boleh terpikat padaku biar pun aku ini orang miskin dan papa kedana ketika itu. itu menunjukkan bahawa anak gadis kau ini bukannya seorang yang mementingkan harta kekayaan di dunia ini. walau pun kau menghalang percintaan kami tapi dia tetap ingin hidup bersamaku. itu menunjukkan yang cintanya adalah sejati dan dalam diam juga aku dah mulai jatuh cinta padanya tapi tak sangka pula kau berniat jahat pada kami sehingga menyebabkan kami terpisah jauh di antara satu sama yang lain... kau membuatkan kami merana dan kau membuatkan kami menderita...", tutur alex dalam keadaan marah.

"alex... aku sebenarnya ingin...", belum pun sempat tuan benjamin bersuara alex segera memotong perkataannya. "aku tahu kau inginkan yang terbaik untuk anak gadis kau tapi sikap kau yang terlalu mementingkan harta kekayaan itu membuatkan aku merasa sungguh jijik pada kau... buat pengetahuan kau, aku pun kaya juga tapi aku indak mengutamakan kekayaan di dunia ini. aku juga indak tamak haloba macam kau. kau mahu anak gadis kau berkahwin dengan orang kaya sedangkan kau sendiri bukannya sekaya mana pun... malah hutang piutang kau dengan ah long pun kau sendiri indak mampu bayar gara gara syarikat kau hampir muflis, sanggup lagi kau menghina aku orang miskin yang indak berguna ni?...", kata alex dalam nada suara yang menyindir.

tuan benjamin menundukkan kepalanya dan diam. "kenapa kau diam hah?... kau indak ada apa apa lagi yang hendak di katakan padaku ke?...", soal alex geram. dia betul betul merasa geram dengan lelaki tersebut. "alex... maafkan aku... aku merasa sungguh menyesal di atas apa yang telah terjadi... aku telah banyak melakukan kesalahan terhadap korang berdua... aku bersalah kerana aku menghalang percintaan korang selama ini... kesalahanku yang paling teruk ialah aku... aku telah menggugurkan janin dalam kandungan avanisha semasa dia pengsan 2 bulan yang lalu... maafkan aku...", tutur tuan benjamin dengan wajah yang sedih. "apa???!!!... papa sudah menggugurkan janin dalam kandunganku?", soal avanisha sungguh terkejut. dia betul betul indak menyangka yang papanya sanggup berbuat begitu ke atas dirinya. alex pun turut merasa terkejut ketika itu. "manusia apa kau ni?... kau sanggup membunuh janin dalam kandungan anak gadis kau sendiri!??....", bentak alex cukup marah sekali. ingin saja dia menumbuk wajah tuan benjamin dengan tangannya sendiri tapi dato chai segera menghalangnya. "alex... jangan bergaduh di sini... ini ialah hari perlantikan kau sebagai tuan pengarah baru di syarikat ini... tolong jaga kelakuan kau tu sikit...", dato chai memberi amarannya. alex indak jadi menumbuk lelaki itu. "apa apa pun perkara ini boleh di selesaikan dengan cara yang baik... kita perlu berbincang tentang perkara ini di bilik mesyuarat nanti...", sekali lagi dato chai bersuara dengan wajah yang serius. alex pun terpaksa mendiamkan dirinya walau pun dia merasa sungguh marah saat itu. tuan benjamin pula tunduk membisu. "hadirin sekalian, maaf di atas apa yang telah terjadi sebentar tadi... kami ingin korang semua menikmati semua hidangan yang telah di sediakan di meja makan sana. sementara kami berbincang untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi... so enjoy your meal...", kata dato chai pada semua tetamu yang hadir ketika itu.

avanisha yang merasa sungguh sedih ketika itu terus saja berlari keluar dari ruangan lobby tersebut. dia berlari sambil menangis. apabila alex melihat kekasihnya itu berlari pergi dari situ dia terus mengejarnya dari belakang. "nisha...", alex memanggil nama gadis itu. langkah kaki avanisha terhenti di situ juga bila dia terdengar suara alex. dia masih menangis. "nisha...", alex bersuara sambil menghampiri gadis itu. "kenapa ni?", soal alex sambil menyentuh bahu kiri gadis itu. avanisha segera memeluk alex sambil menangis tersedu sedan. "anak kita lex... anak kita sudah tiada lagi... iskk... iskk... iskkk....", tutur avanisha dalam esak tangisnya. "ya... aku pun merasa sedih juga...", tutur alex dalam nada suara yang sedih. "lex... iskk... iskk... aku indak menyangka semua ini akan terjadi dalam hidupku... sebenarnya aku ingin melihat anak kita di lahirkan ke dalam dunia ini tapi dia sudah tiada pula... iskk... iskk...", tangis avanisha lagi. "ya... nak buat macamana lagi kan... dia pergi tanpa sempat melihat dunia ini... kasihan sungguh anak kecil tu...", ucap alex turut merasa sedih. lama juga mereka berdiri di situ sambil berpelukan dalam keadaan yang sedih sekali. "alex... avanisha...", kedengaran suatu suara memanggil nama mereka. mereka pun terus menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan johnny ak gimang datang menghampiri mereka berdua di situ. "korang berdua di kehendaki berjumpa dengan dato chai dan tuan benjamin di bilik mesyuarat sekarang... diorang nak berbincang dengan korang di sana...", kata johnny perlahan lahan. "baiklah... sekejap lagi kami akan pergi ke sana...", kata alex perlahan lahan. johnny pun beredar dari situ.

alex merenung wajah avanisha. airmata masih lagi membasahi wajah kekasihnya itu. "sudahlah tu sayang... kau jangan menangis lagi... aku tak suka melihat kau menangis macam ni...", ucap alex seraya mengesat airmata gadis itu dengan jari jemarinya sendiri. "aku sedih lex... aku sedih sebab kita dah kehilangan anak kita... aku... isk... isk...", avanisha bersuara dalam nada suara yang sedih sekali. "ya aku tahu tapi sudahlah tu... kesat airmata kau tu... apa apa pun aku nak kau tahu yang kita indak akan terpisah lagi selepas ini...", tutur alex perlahan lahan. "betul ke ni?", soal avanisha ingin tahu. dia sudah indak menangis lagi ketika itu. "ya betul... aku akan pastikan yang kita akan terus bersama buat selama lamanya...", ucap alex dengan lembut. "walau apa pun yang terjadi?", soal avanisha sambil mengangkat kening kirinya. "yup... walau apa pun yang terjadi kita akan tetap bersama...", balas alex. "janji?", avanisha bersuara sepatah. "ya aku berjanji pada kau yang aku akan hidup semati dengan kau buat selama lamanya...", tutur alex dengan lembut. "oh really?... bagaimana kau nak kotakan janji kau tu?", soal avanisha ingin tahu. "you will see about that later on... tapi sekarang mari kita pergi ke bilik mesyuarat tu... mereka sudah lama menunggu kita...", alex bersuara sambil memegang erat tangan kekasihnya itu. "baiklah...", tutur avanisha seraya tersenyum. mereka pun melangkah pergi dari situ sambil berpegangan tangan.

ALEX (18) Where stories live. Discover now