ALEX 39

118 4 13
                                    

"alex... aku nak tanya kau ni... apa motif sebenar kau yang ingin mendekati anak gadis ku tu?", soal tuan benjamin dengan wajah yang serius. "motif?... apa maksud tuan tu?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "ya... motif... maksudku apa tujuan sebenar kau mendekati anak gadisku?...", jelas tuan benjamin ingin tahu. "aku tak ada motif atau tujuan untuk mendekati anak gadis tuan... anak gadis tuan yang selalu mendekatiku walaupun aku sudah berusaha untuk indak menghiraukannya selama ini...", balas alex dengan pantas. "oh... jangan berbohonglah. aku nampak dengan mata kepalaku sendiri... dalam diam kau mendekati dirinya...", bidas tuan benjamin dalam nada suara yang marah sekali. "aku tak pernah pun berniat hendak mendekatinya...", balas alex. "oh... stop that bullshit, okay!!!... aku tahu tujuan kau mendekati anak aku ialah kau ingin berkahwin dengannya dan membolot semua harta kekayaannya, bukan?!.....", bentak tuan benjamin dengan marah. "kenapa tuan berfikir macam tu pula?...", soal alex dengan dahi yang berkerut. "sebab aku tahu orang miskin macam kau hanya ingin kaya raya dalam sekelip mata... thats why kau mendekati anak gadisku dengan harapan kau akan berkahwin dengannya dan membolot segala harta kekayaannya...", tutur tuan benjamin dengan marah. berdesing telinga alex ketika dia mendengar perkataan majikannya itu. "maaf tuan... walaupun aku ini urang miskin tapi aku tak ada hati hendak membolot segala harta kekayaan tuan tu... aku bukannya sejenis lelaki yang tamakkan harta kekayaan di dunia ni... aku rela menjadi urang miskin daripada menjadi urang kaya yang sombong dan tamak haloba... by the way buat pengetahuan tuan aku memang tak ada hati hendak berkahwin dengan anak tuan tu... bagiku tak ada gunanya berkahwin dengan urang kaya jikalau hidup selalu tertekan... so aku berharap tuan akan faham apa yang aku cuba katakan ni...", tutur alex berterus terang. selepas itu dia terus bangun lalu meninggalkan ruangan tersebut tapi langkah kakinya terhenti apabila... "nanti dulu alex...", kedengaran tuan benjamin bersuara dari tempat duduknya. alex menoleh ke belakang. "betul ke kau tak ada hati nak berkahwin dengan anak aku? atau kau cuba berbohong lagi padaku?", soal tuan benjamin dengan wajah yang serius. "buat apa aku berbohong pada tuan? tak guna rasanya jikalau aku berbohong pada tuan...", balas alex. "jikalau macam tu baguslah tapi aku nak kau berjanji padaku yang kau tak akan mendekati anak gadisku si avanisha tu...", tutur tuan benjamin dalam nada suara yang sedikit rendah. "ya... aku berjanji indak akan mendekatinya lagi...", balas alex. "bagus... harap lepas ni kau jangan cuba cuba dekati dia lagi. jika kau dekati dia aku akan ambil tindakan...", ugut tuan benjamin dengan wajah yang serius.

"baiklah...", alex bersuara seraya menganggukkan kepalanya. kemudian dia beredar dari situ. langkah kaki alex terhenti bila dia lihat semua orang dalam office itu berdiri di luar muka pintu pejabat majikan mereka. agaknya mereka sudah pun mendengar segala butir perbualan mereka tadi tapi alex indak peduli akan itu semua. dia terus saja berjalan menuju ke meja kerjanya. kemudian dia duduk di atas kerusinya dengan hati yang bercelaru. dia sebenarnya sedih kerana tuan benjamin menuduhnya yang bukan bukan. padahal dia bukannya berniat hendak berkahwin bersama avanisha pun. apatah lagi membolot segala harta kekayaan majikannya yang tak guna tu. dalam diam alex mengeluh seorang diri. tiba tiba, "ada apa yang berlaku di antara kau dan boss tadi tu ar? kami dengar korang macam bergaduh saja di dalam bilik office tu?", soal jenny secara mendadak. alex merasa sungguh terkejut sebaik saja minah kepoh itu muncul depan matanya. suzy pun turut muncul di situ. alex tahu kalau pasal bergossip diurang itulah yang paling sibuk. "its none of your business...", tutur alex dengan marah. "alah... urang tanya pun kena marah...", perlahan lahan jenny beredar dari situ dengan penuh hampa. begitu juga dengan suzy. malas betul alex melayan perempuan perempuan kepoh itu. alex berfikir tentang apa yang di ucapkan oleh tuan benjamin padanya sebentar tadi. majikannya indak mahu dia bersama dengan avanisha hanya kerana dia anak urang miskin. "mentang mentanglah aku ni urang miskin, di pandang hina pula tu... tapi tak apa its okay... aku terima saja kenyataan ini...", tutur alex dengan sedih. sebenarnya dia betul betul merasa terkilan apabila majikannya itu memandang hina padanya. macamlah dia tu peminta sedekah atau gelandangan di tepi jalan sehinggakan majikannya sendiri menghina dia macam tu sekali.

tiba tiba, "someday you will see... I'm on the top of the world... you will feel ashamed with what you do to me...", kedengaran mobile phonenya bernyanyi. perlahan lahan alex mencapai mobile phonenya. "hello...", ucap alex sepatah. "hello lex... nenek ni...", kedengaran suara nenek yayan di hujung talian. "nenek...", alex bersuara dalam nada suara yang sedih sekali. "alex... kenapa suara kau macam sedih saja ni? apa yang terjadi?", kedengaran nenek yayan bertanya padanya. "aku sedih nek...", ucap alex dalam nada sedih. "kenapa kau sedih pula? ceritalah pada nenek...", ucap nenek yayan di hujung talian. "tak apalah nek... petang ni juga aku akan balik bertemu dengan nenek di kampung... nanti aku ceritakan segalanya pada nenek...", ucap alex perlahan lahan. "baiklah... lex...", belum pun sempat nenek yayan menghabiskan perkataannya alex terus mematikan talian mobile phonenya. dia melangkah menuju ke arah meja puan Liza. "puan liza, aku ingin balik ke kampung petang ni... tolong katakan pada cik avanisha yang aku terpaksa ambik cuti emergency sebab nenek aku di kampung jatuh sakit... tolong bagitahu dia, ya...", kata alex berbohong pula. sebenarnya nenek yayan indak sakit. dia sengaja berbohong supaya dia di benarkan bercuti di kampung. "kalau macam tu kau kena isi borang permohonan cuti ni dulu. lepas kau isi borang ni barulah kau kasi balik kat aku...", kata puan liza sambil menyerahkan sehelai borang permohonan cuti pada pemuda tersebut. alex pun pantas mengambilnya. dia mula mengisi borang itu. kemudian dia menyerahkan borang tersebut pada wanita itu. setelah selesai dia terus melangkah pergi dari situ. sebaik saja dia sampai di meja kerjanya dia mula mengemas barang barangnya. dia memasukkan barang keperluan dan kertas kerjanya ke dalam beg sandang di tangan. selepas itu dia beredar dari situ. "eh... awalnya kau balik lex?", tegur siti ain padanya. "oh... aku rasa tak sihatlah, siti... aku ada minta cuti emergency kat puan liza tadi... okaylah, I need to go now. bye...", balas alex perlahan lahan. dia mula meninggalkan premis itu dengan hati yang sedih dan bercelaru.

ALEX (18) Onde histórias criam vida. Descubra agora