ALEX 35

106 7 3
                                    

sebaik saja habis waktu bekeraja alex terus balik ke rumahnya. otaknya ligat memikirkan masalah yang di hadapinya. sampai dia tak sedar badli menegurnya. "hai alex... kau baru balik ke?", teguran badli indak di jawap. alex terus berjalan lalu duduk di atas kerusi sofa yang terletak indak jauh dari situ. badli menghampiri rakan serumahnya itu. "wei... kau dengar tak apa yang aku cakapkan tadi?... wei!...", soal badli seraya menepuk bahu rakannya itu. "apa?... apa kau cakap tadi?", soal alex seperti baru tersedar dari lamunannya. "aku tanya kau baru balik dari kerja ke? tapi kau tak jawap... badan kau saja kat sini tapi otak kau terbang entah ke mana...", perli badli di sebelahnya. "sorrylah li... fikiran aku tengah kacau masa ni...", balas alex dengan jujur. "kenapa pula fikiran kau kacau ar?... apa yang mengacau fikiran kau tu?", soal badli ingin tahu. "kalau aku bagitahu masalah aku ni sama kau harap kau jangan bagitahu sesiapa pun tentang masalah aku ni, ya...", tutur alex pada rakannya itu. "ya, aku janji tak akan bagi tahu sesiapa pun...", balas badli sambil menyilangkan jarinya di depan mata alex. "sebenarnya aku ada masalah dengan anak gadis majikan di tempat kerja aku tu...", terang alex perlahan lahan. "masalah apanyer? cuba kau cerita sikit... aku nak dengar...", kata badli dengan penuh minat. "anak perempuan boss aku, si avanisha tu mahu melamarku menjadi suami dia... dia kata dia nak kami bertunang dulu selepas tu kami akan berkahwin hujung tahun ni...", tutur alex dengan dahi yang berkerut. "wihhh... kira beruntung sudah bah kau ini... sebab ada perempuan mahu kahwin sama kau... perempuan kaya lagi tu... kalau aku jadi macam kau kan aku pasti akan terus menerima lamarannya tu sebab aku indak mau melepaskan peluang keemasan ini...", kata badli dengan cukup teruja. "tapi masalahnya sekarang macamana aku nak bertunang dan berkahwin dengan dia sedangkan aku tak cintakan dia?...", potong alex cepat cepat. "haish... cinta tu belakang kiralah... kau kahwin saja sama dia... last last nanti kau akan jatuh cinta sama dia juga...", balas badli pula. "tapi macamana kalau aku masih tak dapat menerima dia dan mencintai dia?", soal alex lagi. "aduuh... kenapa kau fikir macam tu?... kau cubalah untuk terima dia dan mencintai dia lambat laun nanti hati kau akan dapat menerima cintanya...", kata badli dengan wajah yang serius. "aku tak bulihlah, li... aku rasa aku tak sesuai dengan avanisha...", kata alex separuh mengeluh.

"kenapa kau rasa macam tu pula?", soal badli dengan dahi yang berkerut. "sebab aku ni urang miskin si avanisha tu pula anak urang kaya... mana bulih kalau kami di jodohkan...", kata alex berterus terang. "alah... apa yang kau fikirkan sangat pasal tu... ada juga urang miskin kahwin sama urang kaya, mereka bahagia sampai ke anak cucu...", bidas badli pula. "yelah tu tapi masalahnya sekarang papa dia macam tak suka sama akulah...", terang alex dengan jujur. "macamana kau tahu papa dia tak suka sama kau pula?", soal badli ingin tahu. "dari pandangan matanya tu aku dapat rasakan yang dia tak suka bila aku bersama dengan avanisha... dia pandang aku macam nak makan aku pula... gerun aku bila tinguk mata dia tu...", kata alex dengan pantas. "mungkin cara dia memandang urang memang macam tu, siapa tahu kan...", kata badli pula. "tapi sama urang lain dia tak pandang macam tu... sama aku saja dia pandang macam nak terjegil biji mata tu...", balas alex. "ya meyh?... hm.... aku fikir mungkin dia tengah bad mood kot masa dia pandang kau macam tu...", kata badli pula. "entahlah tapi aku dapat rasakan yang dia memang tak suka sama aku... pernah satu kali dia mengugut aku jangan buat macam macam dengan anak dia, awas kau, katanya... dari situlah aku tahu yang dia indak suka aku bersama dengan anak perempuannya tu...", balas alex dengan wajah yang serius. "hm... masalah juga ni... tapi tak apa... kau rileks saja... kalau si avanisha mengajak kau kahwin dengannya kau terima saja lamaran dia... tentang papa dia tu kau jangan fikirkan sangat... lambat laun nanti dia akan terima kau sebagai menantunya...", kata badli pula. "cakap tu memanglah senang... tapi aku ni susah sangat nak terima semua ni...", keluh alex. "bah kalau kau rasa tak nak kahwin sama dia kau cakaplah kau tak nak kahwin sama dia, habis cerita...", tutur badli pula. "tapi dia kata kalau aku indak mahu kahwin sama dia aku akan di berhentikan kerja... memang dulu aku tak kisah kena buang kerja tapi lama kelamaan aku semakin suka pula dengan pekerjaan aku tu...", tutur alex dalam nada suara yang lemah. "hm... aku tak tahu nak cakap apa lagi... itu terpulang pada kehendak kau sendiri samada nak kahwin sama dia atau pun indak... tapi kalau aku jadi macam kau kan lebih baik aku berkahwin saja dengannya sebab aku nak jadi kaya raya. hehehehe...", kata badli sambil ketawa mengekek. "whatever.... by the way terima kasih li, sebab kau sudi mendengar masalah aku ni...", kata alex perlahan lahan. "hm... sama sama lorh... anyway, kau ada nampak kumar sama kawan dia si pondan tu tadi, tak?", soal badli ingin tahu. "tak... aku tak nampak diorang pun dari tadi... mungkin diorang masih di tempat kerja diorang kot?... kenapa pula kau tiba tiba tanya pasal diorang ni?", soal alex ingin tahu

"aku rasa macam indak selesa bah kalau si pondan tu ada kat sini... awal pagi tadi kan lepas dia hidangkan sarapan pagi untuk kita, dia kemas semua barang dalam ruang tamu ni... macamlah kita ni tak pandai kemas ruang tamu ni pula... pas tu kan dia cuci lagi semua kain baju dalam bilik mandi kita tu... ini termasuklah kain baju aku dan juga kain baju kau sekali... lepas siap dia terus jemur kain baju kita tu... haish... bikin malu kita bah kalau dia buat semua kerja tu untuk kita semua padahal kita bukannya suruh dia buat semua kerja tu pun...", tutur badli separuh merungut. "kira baguslah tu... dia rajin tolong kita buat kerja dalam rumah ni... mungkin dia nak balas budi kita kot sebab tu dia tolong kita buat semua kerja tu...", komen alex pula. "tapi aku indak senang hati bah tinguk dia buat semua kerja tu... dia bukannya kuli batak kita pun...", badli pula meluahkan pandangannya. "memang pun dia bukan kuli batak kita tapi kalau dia nak tolong kita nak buat macamana lagi kan... terpaksalah kita biarkan dia buat semua kerja tu...", kata alex perlahan lahan. "no... no... i dont agreed with you...",tiba tiba badli berspeaking pula depan mata alex. tersenyum kambing pula si alex bila dia dengar kawan dia berspeaking padanya. maklumlah inilah first time dia dengar badli berspeaking speaking padanya. "berspeaking pula kau, eh?... anyway, apa yang kau rasa tak setuju tu ar?", soal alex sambil tersenyum kambing. "dia tak bulih buat semua kerja tu untuk kita... aku takut nanti dia cakap kita ni buli dia pula dengan membiarkan dia buat semua kerja tu... sebaiknya kita tanya dia dulu kenapa dia rajin sangat nak buat semua kerja tu untuk kita supaya kita tahu tujuan dia berbuat demikian...", tekan badli dengan wajah yang serius. "hm... ikut suka hati kaulah... tapi aku malas nak tanya soalan macam tu sama dia... biar kau seorang saja yang tanya soalan tu sama dia... aku indak melarang... okaylah aku masuk ke bilik tidur aku dulu ya... aku nak rehat kejap...", tutur alex sambil beredar dari situ. tinggallah badli seorang diri di ruang tamu tersebut.

ALEX (18) Onde histórias criam vida. Descubra agora