ALEX 60

116 1 0
                                    

Beberapa hari kemudian alex di benarkan pulang ke rumahnya tapi kali ini dia di ajak pulang ke rumah agam milik papanya dato chai. Nenek yayan pun turut di ajak ke sana. Pada mulanya nenek yayan enggan pulang ke rumah mewah milik anak lelakinya itu tetapi setelah di pujuk rayu oleh alex akhirnya dia pun bersetuju. Di sepanjang perjalanan menuju ke rumah agam milik papanya alex indak banyak bercakap. Dia berfikir bagaimana caranya dia hendak bertemu dengan avanisha. Maklumlah tuan Benjamin indak suka dia berjumpa dengan anak gadisnya sejak dari dahulu lagi. Buktinya dia memarahi alex hanya kerana avanisha dekat dengannya. Avanisha melarikan diri dari rumah papanya pun gara gara dia di halang oleh papanya daripada berhubungan dengan alex. Jikalau alex datang menemui avanisha sekarang pun belum tentu papanya akan membenarkan dia berjumpa dengan gadis tu. Oleh kerana itu Alex terpaksa memendam hasratnya untuk bertemu dengan avanisha buat sementara waktu. Dia ingin mengambil masa untuk memikirkan apa yang harus dia lakukan selepas ini. namun keesokan paginya alex indak dapat menahan dirinya untuk pergi mencari avanisha di rumahnya. rasa rindu di dalam hatinya membuatkan dia indak senang duduk. jadi dia mengambil keputusan untuk mencari avanisha di rumahnya pagi itu juga. tanpa pengetahuan nenek yayan dan orang tuanya dia menyelinap keluar dari rumah agam milik papanya. dia berangkat ke rumah avanisha dengan menaiki sebuah kereta teksi

*** *** ***

Avanisha duduk di atas katilnya sambil merenung keindahan alam di luar pintu jendela biliknya. Dia cuba menggagahi dirinya untuk bangun dari atas katil tersebut. walaupun tubuhnya terasa lemah namun dia tetap berusaha untuk bangun dan berdiri. Dia mula menapak selangkah demi selangkah sambil tangannya berpaut di dekat meja solek yang terletak bersebelahan dengan katilnya. Avanisha indak tahu kenapa tubuhnya terasa lemah sekali dan lebih membingungkan kepala otaknya ialah dia langsung indak ingat apa yang telah terjadi ke atas dirinya. Sudah banyak kali dia cuba mengingati apa yang telah terjadi namun ingatannya tetap kosong. Seolah olah memori di otaknya sudah terkena ‘delete’ pula. avanisha sering juga bertanya pada papanya apa yang telah terjadi ke atas dirinya tapi jawapannya sama. Dia terlibat dalam kemalangan di jalanraya. Kereta yang di pandunya habis remuk di langgar lori. Dia terpelanting jatuh dari dalam kereta tersebut. dia di temui oleh orang ramai di tepi jalan. Begitulah cerita papanya tapi avanisha macam ragu ragu pula dengan cerita papanya itu. maklumlah dia dapat merasakan ada sesuatu yang di sembunyikan oleh papanya. Dari riak wajah papanya saja dia sudah dapat menekanya namun avanisha indak lagi bertanya pada papanya kerana dia tahu pasti di suatu hari nanti dia akan tahu juga cerita sebenar di sebalik semuanya itu.

Ketika avanisha sedang berdiri di situ tiba tiba pintu bilik tidurnya di buka orang. Kelihatan papanya tuan Benjamin melangkah masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu. “anak papa dah bangun?... amacam?... anak papa dah rasa sihat ke?”, soal tuan Benjamin seraya tersenyum lebar. Dia menghampiri anak gadisnya itu. “I’m okay now...”, balas avanisha perlahan lahan. “papa gembira sebab anak papa ni dah sihat… papa akan suruh mak kiah datang ke sini untuk menghantarkan sarapan pagi buat anak papa yang seorang ni…”, kata tuan benjamin seraya tersenyum lebar. “mak kiah… oooh mak kiah…”, panggil tuan Benjamin. “ya… ada apa tuan?”, kelihatan mak kiah berlari terkocoh kocoh menghampiri majikannya itu. “tolong sediakan sarapan pagi untuk anak aku ni dan hantarkannya ke sini…”, perintah tuan Benjamin. “baiklah tuan Benjamin…”, perlahan lahan mak kiah beredar dari situ. Tuan Benjamin berdiri di dekat jendela. Dia merenung wajah anak gadisnya yang saling tak tumpah macam wajah mendiang isterinya itu. “Bagaimana sekarang? Apakah kau masih belum ingat apa apa lagi?”, soal tuan Benjamin ingin tahu. “maksud papa?...”, soal avanisha dengan dahi yang berkerut. “maksud papa kau tak ingat apa yang telah terjadi ke atas diri kau?…”, terang tuan Benjamin semula. “tak… aku indak ingat apa apa pun… setiap kali aku cuba mengingati sesuatu kepalaku terasa sakit pula…”, kata avanisha perlahan lahan. “baguslah tu… biar masa lalu kau tu indak dapat di ingati langsung…”, kata tuan Benjamin seraya menarik nafas lega. “kenapa papa cakap macam tu pula?... apakah masa laluku indak begitu baik?”, soal avanisha. “ya… sebaiknya kau jangan cuba ingati masa lalu kau tu lagi… sekarang masa depan kau adalah bersama dengan papa… papa nak kau fokuskan perhatian kau pada rancangan masa depan kau iaitu pergi menyambung pelajaran di menara gading. Papa dah terima surat kemasukkan kau ke universiti yang papa katakan pada kau tempohari tu. Sebaik saja kau sihat dan kuat semula papa akan menghantar kau ke sana…”, kata tuan Benjamin dengan tersenyum lebar. “tapi papa kenapa papa beria ia sangat nak menghantar aku ke universiti di negara orang putih tu?... di negara kita indak ada universiti lain lagi ke?...”, soal avanisha separuh memprotes. “bukan indak ada universiti tapi papa sengaja pilih universiti tu sebab ianya yang terbaik. So papa harap kau akan ikut cakap papa ni ya… ini untuk kebaikan kau juga…”, kata tuan Benjamin.

“Hm… baiklah…”, balas avanisha perlahan lahan. “tuan Benjamin tersenyum riang. Dia memeluk avanisha dengan perasaan gembira. “akhirnya anak papa kembali jua kepangkuan papa… papa gembira sebab kau ada di samping papa...”, kata tuan Benjamin dengan gembira. Avanisha terdiam kaku di dalam pelukan papanya. dia merasa sedikit hairan dengan perkataan papanya itu. “tunggu dulu papa…”, avanisha bersuara cuba meleraikan pelukan papanya itu. “ada apa nisha?’, soal tuan Benjamin. “kenapa papa cakap yang papa gembira sebab aku dah kembali kepangkuan papa?... apakah aku telah meninggalkan papa sebelum ini?”, soal avanisha penuh dengan tanda tanya. “oooh… sebenarnya begini… aahhhh… lupakan saja apa yang telah berlaku tu… anggap saja ianya indak pernah terjadi dalam hidup ini, okay?”, tuan Benjamin bersuara sambil tersenyum. Belum pun sempat avanisha bersuara, kelihatan mak kiah datang ke situ dengan membawa sarapan pagi untuknya. “sila makan sarapan pagi cik muda…”, kata mak kiah seraya meletakkan dulang makanan di atas meja solek anak majikannya itu. baru saja avanisha hendak memakan sarapan paginya tiba tiba dia nampak seorang lelaki berjalan di luar pagar rumah agam mereka. Lelaki itu seperti hendak masuk ke halaman rumah mereka pula. “papa… siapa lelaki tu?”, soal avanisha. Tuan Benjamin menjenguk ke bawah. “hish… dia datang ke sini pula…”, gerutu tuan Benjamin dengan marahnya. “siapa lelaki tu papa?”, soal avanisha ingin tahu tapi papanya indak menjawap soalan anak perempuannya itu. “nisha… kau duduk diam dalam bilik ni. Jangan sekali kali kau keluar dari bilik ni…”, perintah tuan Benjamin dengan wajah yang serius. “ya… tapi siapa lelaki tu pa?”, sekali lagi avanisha bertanyakan soalan yang sama. Tanpa menjawap soalan anak perempuannya itu tuan Benjamin terus beredar dari situ. Dia ingin membuat ‘perhitungan’ dengan lelaki yang di anggapnya indak berguna itu.

ALEX (18) Onde histórias criam vida. Descubra agora