Bab 2

4.3K 349 7
                                    

Sudah ku dah agak.

Si Irene ni memang kuat kaki kencing orang.

Bila sahaja aku dan dia sudah sampai di rumah berkediaman Villa milik teman lelakinya di tengah bandar Seoul ni,  tak sampai beberapa minit pun aku dah mula ditinggalkan seorang diri.

Bayangan dia pun tak nampak,

Batang hidung dia apatah lagi.

Tuan rumah ni pun aku tak tahu siapa pemiliknya tapi aku pasti ini adalah rumah teman lelaki Irene.

Suasana dalam rumah ni tak ubah macam club. Bunyi muzik kuat berdentum. Lelaki dan perempuan berjoget tak ingat dunia. Sampaikan mata aku yang suci ni pun dah tercemar bila terlihat adegan yang tidak senonoh di merata tempat. Boleh dikatakan yang aku ni dah terkena kejutan budaya.

Tch, menjijikkan.

Seriouslah Hwayoung,

Kenapalah kau boleh berada di sini?

Kata hati aku nak sahaja terus keluar dari sini dan balik rumah. Lantaklah si Irene ni nak marah aku ke apa bila aku tinggalkan dia dekat sini.

Sekejap,

bukannya aku tinggalkan dia. Dia yang tinggalkan aku apa?

Pergerakkan keluar aku agak sukar dengan adanya ramai orang dekat dalam ni. Sampaikan aku terlanggar dengan seorang lelaki menyebabkan muka aku tersembam di dadanya. Bau perfume lelaki itu aku dapat jelas baunya.

" Ah sorry.." ucapku pantas dan segera menjauhinya sedikit.

Adui,

Masa-masa nilah kau nak langgar orang.

" it okay. " ucapnya pendek dan mata dia dan aku bertembung seketika. Seluruh wajahnya aku perihati. Bibir lelaki itu menarik perhatian aku untuk menatap lebih lama.

Aku terus tersedar. Cepat-cepat aku menghalakan pandangan kearah lain. Hati aku mula berdebar-debar.

" kawan Taehyung ? " soalnya tiba-tiba kepadaku. Dahi aku terus berkerut.

" Tae..hyung ? Siapa tu? "

" pemilik rumah ni, takkan lah kau tak tahu? "

Ahh, jadi pemilik rumah ni namanya ialah Taehyung? Baru aku tahu nama sebenar boyfriend Irene siapa.

" saya temankan kawan saya dekat sini. Dia kata rumah ni boyfriend dia."

" boyfriend ? Tch, as always." ucapnya sinis dan tersenyum senget bila aku berkata seperti itu.

Aku lambat nak faham dengan respon dia tadi tu. Ada ayat yang kelakar ke apa yang aku sebut tadi?

" aku nampak kau seorang diri. "

" yeah, saya datang ke sini pun sebab dipaksa." bicara aku dan berjalan beriringannya sampai di hadapan meja bar ditengah ruangan rumah ini.

Macam ada magnet.

Aura lelaki itu kuat sampai buatkan aku ada keinginan untuk melihatnya lebih lama. Dan aku rasa dia tak macam orang lain disini. Dia nampak tenang.

Kami berdua duduk di kerusi dihadapan meja bar itu sambil melihat suasana orang ramai di dalam rumah ini. Bunyi muzik rancak semakin kuat. Sampaikan aku naik pekak telinga.

Pandangan aku mula jatuh kearah lelaki itu yang duduk tidak jauh dariku. Aku lihat dia sedang menghisap vape ditangannya. Asap yang keluar dari mulut lelaki itu bebas keluar sampai terkena pada muka aku.

" minum ? " tanya lelaki itu bila menyedari yang aku lihat dirinya.

" boleh juga."

Dia mula memanggil seorang lelaki yang merupakan bartender disitu.

Terus diberikan dua gelas kaca wine merah kepada kami. Kaya juga tuan rumah ni, sanggup ambil upah bartender disini.

Aku mula mengambil satu dan minumnya perlahan. Pahit tapi paksanya untuk telan. Walaupun aku bukannya kaki clubbing tapi aku tahu juga cara minum minuman keras. Aku ni tak adalah noob sangat. Cuma tak suka terlalu bersosial.

Kerja aku yang stress dapat mengubati dengan cara minum.

Tak sampai beberapa teguk, kepala aku mula pusing. Cawan aku diletakkan di atas meja dan tangan aku mula menyentuh dahiku sendiri. Pandangan aku mula menjadi dua dan tiga. Badan aku terasa panas.

" hey, kau okay ? " tegur lelaki itu bila melihat perubahan aku. Dia pun hairan bila melihat gadis itu berkelakuan seperti itu.

" saya rasa pening."

" kau boleh minum ke tidak sebenarnya ? "

" boleh. Cuma..entahlah. Tiba-tiba rasa panas, Kepala macam berat. " ucapku dengan nada berat.

Sejurus berkata seperti itu, lelaki itu diam memerhatikan aku. Dia tidak berbuat apa-apa hanya memandang ke arah aku dengan wajah serious nya.

Tubuhku terus menjadi tidak seimbang dan sempat disambut olehnya.

Bauan perfume maskulin lelaki itu aku hidu sekali lagi. Perasaan aku jadi lain bila tangan lelaki itu menyentuh belakang badan aku supaya tidak terjatuh. Sentuhan dia buatkan aku rasa sesuatu. Aku inginkan lebih.

" hey.. kau kenapa ni." pipi aku terasa ditampar perlahan oleh lelaki itu. Mata aku separuh terbuka.

Kepala aku sangat berat ketika ini. Badanku terasa panas dan aku macam nakkan sesuatu. Tapi aku tak pasti apa.

Dan selepas itu, aku tak tahu apa yang terjadi.
Semuanya mula menjadi gelap.





Our Mistake🍂

Bersambung.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now