Bab 7

3.5K 331 8
                                    

" Sudah-sudahlah tu. Kau kalau nakkan seseorang bukan dengan cara begini. Kau tengoklah  sekarang, bukan dia tidur dengan kau, perempuan lain pula."

" diamlah ! "

Rose menjerit geram. Kepala sudah menjadi kusut. Plannya tidak menjadi dan Jimin sudah lari dari gengamannya.

" kau tak pernah beritahu pun yang Jimin sudah ada penganti ? "

" aku tak kenal dia. Stop bercakap pasal perempuan tu boleh tak ? Kau bukannya nak tolong aku pun."

" tapi Rose, aku rasa kau patut berhenti kejar dia. Dia pun tak pedulikan kau. "

Rose mengambil nafas panjang. Dia perlu tenangkan diri untuk masa ini.

" sorry Lisa, aku tak boleh lepaskan dia. Kalau dia nak guna cara kasar, aku pun boleh."


🍂🍂


" Hwayoung, kau tak pergi kerja ke ? "

Irene menjenguk Hwayoung sebelum dia ingin meninggalkan rumah. Dia rasa hairan bila lihat beg tangan Hwayoung masih berada di ruang tamu.

Selalunya Hwayoung akan bangun awal pagi dan menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Tapi hari ini tidak, Irene yang bersiap dahulu.

" weh kau kenapa ni? " Irene terus menyelak selimut tebal yang membaluti tubuh Hwayoung ketika itu.

Tubuh Hwayoung pada ketika itu sedang berbaring mengiring. Dahi gadis itu berkerut-kerut seperti menahan sesuatu.

" kau sakit? " tanya Irene sedikit risau sambil tangannya mula menyentuh dahi Hwayoung. Panas.

" aku okay. Kau pergilah kerja."

" aku tengok kau macam tak sihat je. Nak aku belikan ubat ? "

" tak payah. Aku ada pil ubat sendiri. " beritahu Hwayoung sambil berkerut dahinya. Matanya dipejam rapat.

" serius nih ? "

" ya."

" aku pergi dulu tau. Kalau kau nak apa-apa beritahu aku."

" ya pergilah." halau Hwayoung. Terus Irene beredar dan meninggalkan dia disitu.

Kepalanya pada hari ini terasa berat dan pening. Tubuh Hwayoung rasa penat padahal dia tidak melakukan kerja berat apapun.

Hari ini dia telah cuti kerja untuk sehari. Dia betul-betul tak larat untuk pergi kerja. Nak bangun untuk bangun mandi pun dia rasa penat.

Hwayoung mula bangun perlahan dan menyandarkan tubunya di kepala katil. Selama beberapa saat dia termenung melihat keadaan biliknya sendiri. Kepalanya terasa sengal.

Perutnya tiba-tiba bergelodak seakan ada sesuatu yang ingin dikeluarkan. Mulutnya terbuka bila ada benda yang ingin keluar dari dalam tubuhnya.

Dengan pantas Hwayoung bergerak ke bilik air dan memuntahkan segala isi perut ke arah singki di bilik air.

Berkali-kali sampai dia rasa tekaknya mula menjadi perit dan loya.

Bila dia rasa muntahnya sudah habis, Hwayoung mencuci mulutnya dan memandang wajahnya sendiri di cermin disitu.

Dia tidak pernah alami perkara sebegini di awal pagi hari. Ini adalah kali pertama.




Our Mistake🍂

Bersambung.

Maaf kerana terlewat update🙏

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now