Bab 3

4.1K 326 9
                                    




Tubuhku terasa memberat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tubuhku terasa memberat.

Seperti ada yang menindih di belakang badan aku. Perlahan-lahan mataku cuba dibuka. Kepala aku masih lagi terasa pening.

Bila aku sudah membuka mata sepenuhnya,  pekara pertama sekali yang aku lihat ialah keadaan disini.

Tempat yang asing bagiku. Rupanya bukan didalam bilik aku sebab aku tahu bilik aku tidaklah secantik yang ini.

Aku mencuba gerakkan badan tapi ada sesuatu yang menyekat tubuhku. Ada satu tangan yang melingkari pinggang aku yang diselubungi oleh selimut tebal.

Bila aku sedar sahaja apa yang sedang berlaku, terus aku berpaling ke arah sebelah dan aku melihat ada seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur.

Yang paling mengejutkan aku adalah dia lelaki semalam yang aku jumpa !

" Arghh ! "

Aku terjerit kuat kerana terkejut. Posisi kami berdua tadi adalah sangat intim. Dan yang membuatkan aku rasa gila sekarang ni ialah tubuhku yang berselindungkan dengan selimut tebal ini langsung tiada pakaian di tubuh aku !

Lelaki ini pun sama,

kami berdua tidak berpakaian dan berkongsi satu selimut yang sama.

Lelaki yang aku tidak ketahui namanya itu dah tersedar bila aku menjerit kuat tadi. Dia masih mamai dan rambutnya serabut sedikit.

" A-apa yang kau dah buat ni hah ?! " jeritku lantang kearahnya. Lelaki itu sudah sedar sepenuhnya. Dia juga seperti terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.

Aku lihat pakaian aku dan dia berterabur di atas lantai bilik ini. Aku semakin mengesotkan tubuh aku menjauhi dia. Seboleh-bolehnya aku mencuba untuk menutupi keseluruhan tubuhku dengan selimut tebal ini.

Tangan aku yang pada waktu itu tanpa sengaja telah menyentuh di kawasan cadar katil ini. Ianya seakan basah dan melekit.

Bila aku lihat sahaja dengan mata aku sendiri ada setompok darah merah yang melekat di cadar katil ini dimana tempat aku berbaring tadi.

Mata aku dan lelaki itu kembali bertembung.

Takkanlah..?


🍂

Masih terkejut dengan situasi yang tadi, aku sudahpun keluar dari bilik asing itu setelah berpakaian sepenuhnya.

Lelaki itu aku tidak tahu. Dia masih duduk di atas katil sambil termenung sebelum aku berlari keluar dari bilik itu. Dia masih tak sedar apa yang berlaku.

Aku melihat keadaan disekeliling rumah ini. Terus aku turun ketingkat bawah dan aku ingat. Aku masih berada di dalam rumah teman lelaki Irene.

Taehyung seingat aku namanya.

Bauan masakkan yang datangnya dari arah dapur menarik perhatian aku ketika ini. Kaki aku dengan perlahan pergi ke arah dapur dan aku dapati ada seorang lelaki sedang shirtless hanya memakai boxer sahaja.

Dia sepertinya sedang memasak sesuatu sambil memejang pemegang frying pan itu. Pemandangan yang agak janggal bagi perempuan macam aku.

Bila sahaja dia berpaling dan matanya bertembung dengan aku, aku sendiri terkejut.

" Arghh ! " aku terjerit dan lelaki bertubuh lampai itu juga terjerit.

Habis frying pan yang dia pegang tadi sudah melayang ke arah lantai.

Bunyi jeritan kami bersama dengan bunyi kuat frying pan yang terjatuh menyebabkan bunyi bising bergema di satu dapur ini.

Dengan gelabahnya aku terus berpusing kearah belakang dan ingin keluar dari rumah ini.

" Hyung, bunyi apa yang bising tadi? "

" arghhh ! "

Jeritan yang ketiga aku rasa, kali ini aku terlanggar pula dengan seorang lelaki dan dia hanya bertuala putih melilit di pingangnya. Badan dan kepalanya basah seperti baru sahaja selesai mandi.

Kenapalah dalam rumah ini semua orang tidak berpakaian?

Dan semuanya lelaki ?

Aku dekat mana sebenarnya ni ?!

" kau ni siapa ? " tanya lelaki itu yang baru sahaja aku langgar tadi.

Aku tidak bersuara dan kini aku sudahpun jatuh terduduk di atas lantai rumah ini. Mukaku terus ditekup dengan kedua tangan aku. Aku mula mengigil dan menangis. Aku rasa takut.

Banyak kejutan yang aku dapat hari ini.

Bangun tidur dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali.

Melihat adegan percuma lelaki yang tidak berpakaian sepenuhnya didalam rumah ini.

Jujur, aku sangat takut ketika ini.

" sayang.. mana pancake yang saya suru- eh Hwayoung ? "

Irene yang baru sahaja muncul di tingkat bawah ini terkejut bila melihat rakan baiknya itu sedang duduk memeluk kakinya sendiri.

" Hwayoung ! " cepat-cepat Irene pergi kearah Hwayoung apabila mendapati gadis itu telah pengsan di atas lantai.

" siapa perempuan ni ? " tanya Taehyung. Terkejutnya tidak hilang lagi. Habis pancake buatannya tadi tidak menjadi.

" dia housmate saya. Saya fikir dia dah balik malam semalam. Tak sangka pula dia masih kat sini. " Irene mula menjadi risau bila melihatkan Hwayoung yang sudah tidak sedarkan diri. Ditampar-tampar beberapa kali pipi Hwayoung tapi masih juga tidak sedar.

" haah, lepastu menjerit macam orang gila bila nampak lelaki? "

Jungkook hanya bercekak pinggang sambil melihat gadis yang pengsan itu. Dia masih lagi sedang bertuala.

" ish dia terkejutlah ! Dah korang berdua tak pakai baju. Sekarang ni tolong aku bawa dia masuk bilik! " Irene sudah mengarah manakala Taehyung dan Jungkook terpaksa membantu gadis yang baru sahaja mereka kenali itu.








Our Mistake🍂

Bersambung.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now