Bab 14

3.1K 298 12
                                    


" Dramatik betul cerita kau kali ni."

Taehyung bersuara setelah Jimin memberitahu tentang segalanya.

Siapa lagi yang boleh dia luahkan kalau bukan Kim Taehyung?

" Aku serius ni Tae, tak ada masa nak main-main."

" Aku tak cakap apa-apa pun lagi. Aku tak sangka ada lagi rupanya zaman sekarang ni kena kahwin paksa. Alah Jimin, kau kahwin sahajalah dengan Rose. Dia tu pun perempuan juga."

Jimin membuang pandangan ke arah luar. Pemandangan luar daripada tingkap kaca di dalam ruang pejabatnya ini dia renung. Kota raya bandar Seoul masih tak lekang dengan kesibukkannya.

Taehyung tak membantu aku pun sebenarnya.
Beri idea mengarut dia lagilah ada.

" aku anggap dia sebagai sepupu, tak lebih dari tu."

" Sedangkan abang pun boleh rogol adik dia sendiri, ini lagilah sepupu." balas Taehyung terus. Selamba sahaja tingkah laku dia.

Taehyung yang pada ketika itu sedang duduk di atas kerusi sambil kedua hujung kakinya disilang dan diletak di atas meja. Tentang adab memang dia fail.

" kau jangan nak serabutkan otak aku dengan ayat-ayat mengarut kau tu boleh tak? Kau bukannya nak membantu."

" Alahai..nak koyak pulak dengan aku. Rileks lah Jimin. Kau fikir panjang pun tapi tak guna otak memang tak jalan lah. Itulah, jalan senang kau tak mahu ikut ini jalan rumit jugaklah yang kau nak lalu. Apasalah kau ni bengap sangat? " ucap Taehyung dengan kata berkiasnya.

Taehyung sebenarnya dah malas nak fikir. Baginya jalan penyelesaian masalah Jimin ada sahaja di hadapan mata. Tinggal nak bertindak sahaja.

" maksud kau? "

" kan sebelum ni aku pernah beritahu, perempuan bernama Hwayoung tu boleh settlekan masalah kau. Plot twist, dia tengah pregnant sekarang ni. Ha, cantik sangatlah tu."
Jimin terdiam untuk seketika. Ada benarnya juga kata-kata Taehyung. Tapi..

" kita ikut haluan masing-masing. Walaupun ini adalah anak awak, tapi kita tetap tiada hubungan. Saya nak awak tahu itu."

" dia tak mahu aku libatkan dia dalam masalah aku. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Hwayoung pernah beritahu."

" kau ni kan Jimin, aku kata kau bodoh nanti tak mahu terima. Perempuan perlukan lelaki. Lambat laun juga anak dalam perut dia tu pun akan cari siapa bapaknya. Takkanlah Hwayoung nak cakap yang bapak dia tu seorang perogol?  Lagipun aku tahu kau mula sukakan Hwayoung bukan? "

Jimin kembali berdiam diri semula. Dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya perasaannya terhadap Hwayoung.

Dia perlu buat pilihan sekarang ni.

Rose ataupun Hwayoung.








Our Mistake🍂

Bersambung. 

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now