Bab 33

3K 292 19
                                    

A/N : Sorry sebab lama sangat menyepi🙏 selamat membaca❤

••

Malam candle light dinner yang ditemani suasana romantik itu masih lagi tidak dapat mengubah keadaan diantara pasangan suami isteri itu.

Hwayoung terleka melihat pemandangan sekeliling di bumi Maldives manakala Jimin asyik memandang kearah wajah isterinya. Masing-masing membisu. Mereka berdua langsung tidak berkata apa-apa.

Jimin menghela nafas panjang. Kalau masih berterusan bergini, masalah mereka berdua takkan selesai.

" Awak sihat? " Jimin memulakan perbualan.

Terasa kekok sedikit. Mungkin masih lagi terkesan dengan kejadian yang menimpa mereka berdua tempoh hari.

Jimin rindukan Hwayoung. Sejujurnya dia rasa menyesal atas sikapnya terhadap Hwayoung selama ini. Cemburu buta dan salah sangka terhadap isterinya menyebabkan dia kehilangan anak sulung yang dikandungkan oleh Hwayoung.

Sudahlah dia penyebab Hwayoung mengandungkan anaknya, dia jugalah penyebab kandungan Hwayoung gugur.

Suami dan bapa jenis apa itu?

Hwayoung tidak membalas. Malah dia mendiamkan diri dan langsung tidak bertatapan mata dengan lelaki dihadapannya. Hatinya masih lagi bengkak. Kejadian dulu masih lekat di ingatanya.

" Saya mintak maaf. Saya bersungguh ni Hwayoung. Berikan saya peluang kedua sayang, please.." ujar Jimin mengharap.

Tangan Hwayoung cuba diraih tapi Hwayoung cepat-cepat mengelak.

Hwayoung rasa meluat bila telinganya mendengar ungkapan sayang dari lelaki itu. Peluang kedua? Senangnya minta.

" Saya dah maafkan. Segala perbuatan awak sebelum ni saya maafkan. Tapi untuk terima awak balik saya minta maaf, mungkin kita berdua tidak sesuai. Rose lagi sesuai dengan awak."

Siapa yang tak sakit hati?

Suami dia lebihkan perempuan lain berbanding isterinya sendiri. Hwayoung penat nak bertekak lagi. Kalau lepasni hubungan mereka masih begitu nampaknya mereka berdua tiada jodoh.

" Sayang.. Bukan itu yang saya nak. Saya nak kita kembali macam dulu. Saya hanya ada awak seorang je Hwayoung. Awak perempuan pertama yang saya sentuh dan sayang. Itu pun susah nak percaya ke? "

" Kalau macam tu saya berikan awak peluang tebus kesilapan awak. Jangan ulang semula kesilapan awak tu pada perempuan lain. Awak dengan hidup awak, saya ada kehidupan sendiri. Lepaskan saya. "

Hwayoung terus bangun dari duduk dikerusi.
Dah tak betah nak menghadap muka lelaki itu. Sakit hatinya masih lagi terasa.

" Park Hwayoung ! "

Langkah kaki Hwayoung terhenti saat nama nya dipanggil oleh lelaki itu. Dia tidak menoleh ke arah belakang tetapi telingganya peka mendengar.

" Saya takkan sesekali lepaskan awak. Awak terikat dengan saya. Ingat ni, saya dah sentuh awak bermakna awak kepunyaan saya selamanya. Ingat tu sampai bila-bila. "

Sakit hati.

Hwayoung terus melangkah pergi jauh dari situ. Makanan pun tidak terusik. Perutnya lapar kini tidak dihiraukan.

Jimin pula hanya memerhatikan bayangan Hwayoung yang semakin menghilang di matanya.

Tuhan, masih ada harapan lagikah untuk hubungan ini pulih semula?


🍂🍂🍂

" Okay, i'm really sorry. Aku buat semua ni untuk kebaikkan kau juga apa."

" Tapi kau tipu aku! Kau tetap tipu aku! "

Hwayoung menghempaskan beg tangan dengan kuat. Dia terus meluru masuk untuk ke arah sliding door.

Irene dah garu kepala tidak gatal. Kawannya dah mengamuk bila kena tipu. Alahai, dia cuma nak tolong pulihkan semula hubungan Hwayoung dan Jimin. Itu pun salah?

" Taehyung pun sama kan? Dia kat sini betul? Kau dengan dia yang rancang semua ni kan? " duga Hwayoung lagi sekali.

" Iya. K-kau janganlah marah. Aku just nak tolong je."

" Tolong jangan masuk campur urusan aku boleh? Aku tak suka. Dan kau tipu aku. Aku tak suka orang tipu aku. Lagi-lagi kau orang yang aku percaya." ucap Hwayoung terasa.

Irene perlahan mendekati Hwayoung. Bila sahaja dia mendapat panggilan dari Hwayoung, kelam kabut dia berlari menuju balik ke bilik semula. Terpaksalah dia tinggalkan Taehyung keseorangan.

" Jadi..korang berdua still bergaduh? "

" Aku minta Jimin lepaskan aku."

Wajah Irene terus berubah. Terkejut.

" A-apa? Habis Jimin cakap apa? "



🍂🍂🍂

" Aku dah sentuh dia bermakna dia kepunyaan aku selamanya."

" Kau memang bodoh Park Jimin." ucap Taehyung terus. Kenapalah dia ada kawan yang ada otak macam ni?

" Memang patut pun dia blah bila lepas dengar kau cakap macam tu. Kau ingat dia patung? Slave kau? "

" Dia isteri aku."

Taehyung kembali diam.

" Jadi kau nak buat apa lepas ni? " Taehyung bertanya.

Jimin menuang penuh wine itu kedalam gelasnya. Diteguk sekali sahaja sehingga habis airnya.

" Aku setuju dengan plan kau tu."

Taehyung tersenyum.








Our Mistake🍂
Bersambung.


Disini saya nak ucapkan SHRMZDB kpd readers walaupun dah raya yang keberapa dah ni😂 Maaf kerana sangat lama menyepi. Dan tak sangka masih ada lagi yg tunggu cerita mengarut ini.

Ciksueran sekarang agak busy.
Mohon faham keadaan saya ya.

Oh ya, saya akan update setiap hari jumaat dan sabtu♥

Apapun selamat hari raya guys✨dan selamat kembali ke sekolah.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now