Bab 24

3K 313 13
                                    

" Pelik. Sejak kau dah berkahwin ni aku tengok mana pernah kau nak datang ke sini. Bergaduh dengan bini ke? "  soal Jungkook yang baru sahaja tiba.

" Tak adalah, aku dah lama tak lepak sini."

" Iyalah tu. Kau tu kalau ada problem mesti melekat dekat sini sampai ke pagi. " sindir Jungkook.

Jimin hanya diam. Malas nak membalas kata-kata Jungkook sebentar tadi. Wine dihadapannya diteguk perlahan. Bunyi muzik rancak di club malam itu terus masuk ke gegendang telinganya.

" Hyung, aku ni bukanlah kawan yang baik tapi kalau ada problem tu share la dekat aku. Aku ni pendengar yang baik tau."

" Dengar pun tak ada gunanya juga."

" Tentang isteri kau? Atau ibu? Atau kerja? Oh... ni mesti kes bini tak layan ni."

" Stop Kook, kau buat aku makin pening kepala."

Dahi terus disentuh oleh tanganya. Jimin memejamkan seketika mata lalu dicelikkan semula. Ingat boleh hilangkan sedikit tekanan tapi ada pulak malaun gigi arnab datang kacau.

" Kau ni tak sporting lah. Semua orang ada masalah bukan kau seorang je. Cuba jadi macam Tae hyung, ceria je." seloroh Jungkook sambil membuat muka.

" Taehyung mana? Dia tak join kau? " soal aku. Pelik pula bila tak nampak batang hidung lelaki itu disini.

" Kau dah lupa ke dia kat Venice ? Minggu depan dia fly balik sini. "

Oh aku lupa. Taehyung dengan kerja Pilot dia. Patutlah tak nampak batang hidung dia yang selalu kacau aku dekat office dua tiga hari ni. Dah sambung  balik kerja dari cuti panjang dia.

" Yah, beritahulah. Kau dengan Taehyung boleh eh share rahsia bagai dengan aku taknak pulak." bahu aku disentuh oleh tangan Jungkook tiba-tiba.

Lama juga aku mendiamkan diri. Bukan aku tak mahu share masalah kepadanya cuma aku pun keliru dengan diri aku sendiri.

" Ntahlah, aku pun tak tahu nak cerita macam mana."

" Cerita jelah. Pakai mulut tu bukan susah." desak Jungkook. Baginya Jimin ni susah nak berkongsi masalah dengannya.

" Aku ni macam tengah berbini dua sedangkan aku cuma ada seorang isteri dekat rumah. Kau kenal Rose kan? "

" Rose?.. sepupu kau tu? " tanya Jungkook.

" Ya. Dia sukakan aku tapi aku dah tolak dia dengan cara baik. Aku anggap dia macam adik sendiri. Tapi tindakan dia dah keterlaluan bila dia hampir nak suicide gara-gara aku tolak dia."

" Serious lah? " tanya Jungkook terkejut.

" Aku macam tersepit antara Hwayoung dengan Rose. Hwayoung yang tengah pregnant kan anak aku manakala Rose pula masih mengharap. Ikutkan kata hati nak je aku biarkan Rose tapi aku dah berjanji dengan parents dia sebelum meninggal untuk jaga Rose sebaik mungkin bila mereka tiada. Takkan aku nak mungkir janji pula. Aku penat, nak melayan bini dengan sepupu gila lagi."

" Hwayoung tahu tentang Rose? "

" Tak, aku tak cerita dekat dia pun. Hati perempuan ni lainlah, Kook. Complicated jadinya nanti. "

" Kau sebenarnya yang buatkan masalah kau jadi complicated. Sepatutnya kau patut beritahu Hwayoung tentang Rose. Memanglah hati perempuan ni susah. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu yang kau ni jujur."

" Aku bukannya buat benda kotor dekat belakang dia pun. Rose tu cuma sepupu aku. "

" Inilah sebabnya aku tak kahwin-kahwin lagi. Korang berdua ni lost communication. Sepatutnya suami dengan isteri perlu tahu keadaan masing-masing. Kau sepatutnya jujur, even kau penat nak melayan kedua-duanya at least Hwayoung faham apa sebenarnya yang berlaku."

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now