Bab 34

3.2K 312 14
                                    


Tidur Hwayoung terganggu apabila bunyi ringtone alarm dari handphone milik Irene
berbunyi tidak henti dari tadi.

Matanya terpaksa dicelikkan walaupun kelopak matanya susah dibuka seakan ada gam gajah yang melekat disitu.

Dengan bantuan mengesot di atas katil bersaiz Queen, tangannya mencapai handphone Irene dan segera ditutup alarmnya.
Tuan empunya handphone pun tak sedar bunyi alarm dia. Rasanya letak bom dekat sebelah telinga dia pun tak bangun dari tidur agaknya.

8.00 pagi.

Awal lagi rasanya untuk bangun tidur. Rasa mahu lagi untuk bermalasan di atas katil empuk ini. Memandangkan Irene dah tempah bilik ikut suits honeymoon punya, katil ini kami berdua kongsi.

Irene dah tidur mati dan aku yakin dia tidak akan bangun. Tapi bila mata dah celik dan imbasan cahaya matahari yang mula memasuki dalam bilik ini membuatkan aku teringin nak melihat keluar pemandangan seawal diwaktu pagi.

Badan dipaksa bangun dan kaki aku terus melangkah ke arah slidding door lalu dibuka luas. Silauan cahaya matahari membuatkan mata aku terus jadi segar bugar.

Cantiknya pemandangan dihadapan. Aku mengeliat sambil kedua tanganku dinaikkan keatas dan kehadapan. Dengan aku yang pakai gaun baju tidur singkat itu selamba sahaja aku keluar tanpa melihat keadaan di sekeliling.

Aku masih lagi meneruskan aktiviti tadi. Tapi kali ini aku melakukan sedikit senaman ringan dengan mengerakkan badan aku kekiri dan kanan. Terasa juga sengal di pinggang. Mungkin dah lama tak buat senaman pagi rasanya.

Sedang asyik melakukan senaman ringan perbuatan aku terus terhenti bila mata aku bertembung dengan sepasang mata yang dari tadi sudah lama memerhatikan aku.

Kebetulan pada waktu itu aku sedang tertoleh ke arah kanan.  Dia yang tenang sedang duduk di atas kerusi menghadap kearah dimana aku sedang berdiri.

Jiran sebelah aku ini rupa-rupanya dia!

Pantas aku melihat kearah lain. Patutlah aku rasa macam diperhatikan sejak awal tadi. Dah berbakul-bakul sumpah seranah yang aku simpan di dalam hati. Nak menjerit takut kejutkan penghuni lain, nak masuk bilik semula kaki aku macam dah kena simen kat lantai ni pulak.

Bertenang Hwayoung, anggap sahajalah dia tu macam strangers. Dengan dia tak pakai baju hanya berseluar pendek sahaja. Kau ingat boleh goda aku? Tak dapat pujuk nak goda pulak?

" Rasanya kita ni memang tak boleh dipisah, kan Puan Hwayoung? Tak sangka pula kita bilik sebelah-sebelah. Tak nak ucap good morning ke? "

Jimin mula menegur aku dari arah sebelah sana. Aku buat-buat pekak sambil memerhatikan pemandangan air laut yang membiru dihadapan mata.

" Cantik baju tidur. Kalaulah kita sebilik, saya tak bagi awak keluar langsung dengan baju tu." Jimin bersuara lagi.

" Oh ya? Jadi apa bezanya dengan awak. Tayang perut awak yang ketul-ketul tu awak bangga la? " Hwayoung menjawab. Geram.

" Saya ni lelaki. Nak bogel pun tak ada apa masalah. Awak tu perempuan, isteri orang."

" Isteri orang tapi suami layan perempuan lain apa bezanya."

Jimin terdiam seketika. Dari situ dia berdiri sambil memerhatikan tubuh belakang Hwayoung dari bilik sebelah. Nasib kau tak sebilik dengan aku. Kalau tak dah lama aku  terkam kau.

Masa awal-awal kahwin haritu tak ada pula nak pakai gaun tidur macam tu. Dahlah singkat, jarang pulak tu. Bahaya, memang bahaya kalau orang lain nampak keadaan Hwayoung ketika itu.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now