two : the bell, ding dong

3.3K 223 0
                                    

Aku berlari lari anak menuju ke dataran sekolah. Para pelajar bertempiran lari bersama jeritan nyaring, takut mungkin. Tidak ketinggalan juga para guru.

Perlahan lahan suasana menjadi sunyi. Tipulah kalau takde yang berbisik bisik, tapi segelintir lah.

Aku beratur di barisan kelas 3 Winter. Well disebabkan ketinggian yang tidak mencukupi zat, aku berbaris sebagai orang ke-3 dari depan. Pikir pendek ni comel apa? Huhh, kau tinggi boleh arhh cakap. Potong kaki kau baru tau, kat situlah baru kau tahu betapa nikmatnya jadi pendek ni.

Ketua setiap kelas akhirnya mengira setiap ahli dalam barisan mereka.

" Cukup! " jerit 28 orang ber'gender'kan lelaki serentak. Total ketua kelas dalam Baetylus School, means ada 28 kelas lah kan? Yupp. Setiap tingkatan 1 - 3 ada 4 kelas dan setiap tingkatan 4 & 5 ada 8 kelas.

Wanita yang ber'dress'kan hitam bawah lutut itu mengangguk faham. Masing masing menelan kelat air liur. Gerun, takut, gelisah, semua ada.

Dia, wanita yang dikenali dengan nama ...

Magnificent.

Dia mengeluh. Wajahnya ketat seribu. Tiada senyuman tiada bicara manis, hanya dengan killer eyes.

" Seperti yang korang dengar. The bell rang .. ding.dong. Benda yang paling saya takuti sudah terjadi " sejurus habis sahaja wanita bergelar magnificent itu berbicara, para pelajar dan guru berbisik antara satu sama lain.

Aku hanya mendiamkan diri. Entah mengapa, aku terasa seperti .. tak sedap hati. Sekeliling aku lihat, mata pedangku menangkap satu figura lelaki berkeliaran di satu bilik darjah, T3. Mata aku kecil. Otakku ligat memikirkan sesuatu. Wait a second, ni kelas aku woii!!

Jariku automatik menunjuk kearah bilik darjah 3 Winter. " He .. " kataku tergantung. Disebabkan suasana yang sunyi, suara kecil ku bergemar di setiap sudut dataran. Memasing melihat aku hairan lalu melarikan pandangan kearah tempat yang aku tunjuk. " .. gone? " sambungku hairan. Baru sahaja aku melihat dia dan kini dia, hilang? Sedar akan pandangan sekeliling dan juga mata tajam magnificent, aku menunduk. " nothing " kataku perlahan. Salah aku juga. Tetiba mengarut, time macam ni pun still nak mengarut? Cehh.

" Damn it. " carut magnificent perlahan. Namun disebabkan mikrofon yang diajukan kearahnya, suaranya bergemar di setiap pelusuk sekolah.

Tanpa menghiraukannya, dia berlalu pergi. Matanya memerah seperti singa putih bermata saga merah kelaparan. Penuh dengan amarah.

Masing masing tergamam. Lidah kelu seribu bahasa. Aku mengigit bibir bawah, salah aku ke? ' shitt ' carutku dalam hati.

> ⏳ <

Pintu kayu berwarna gold brown itu ditolak kasar. Meja lama kayu yang bersambung dengan cermin antik dihempuk kuat. Akibatnya, meja kayu itu pecah, tapak tangannya jatuh bertapakkan pasir pantai berwarna keemasan yang berada didalam meja tersebut.

Bunyi kuat daripada pintu dan meja diabaikan.

Pantulan imejnya disebalik cermin kaca yang berhabuk itu dipandang geram. Perasaannya bercampur bauk. Benci dan kesah.

" Macam mana semua ni boleh berlaku? " tanyanya pada pantulan imejnya sendiri. " Arhh!! " jeritnya kuat.

Pasu kaca bernilai lebih 1 juta di meja sisi ditolak. Pecah berderai pasu kaca itu dibuatnya. Serpihan kaca pasu berluas luasan di permukaan lantai. 1 juta? K, propa je. Dalam RM35 lah kot. Beli dekat kedai Ah Chong 5 bulan yang lepas.

" Yall punya jantan " jerkahnya lagi. Cermin kaca dihadapannya pula yang menjadi sasaran. Penumpuk kanannya dikepal lalu dilepaskan di cermin. Darah yang mulai mengalir di cermin dihiraukan.

Tiba tiba sahaja mutiara jernih mengalir ke pipinya. Penumbuknya lemah lalu terjatuh semula bersambutkan pasir keemasan tersebut. Pasir itu digenggam dengan kedua belah tangannya. Matanya meliar di pasir yang digenggamnya. Lututntya longlai jatuh menyembah lantai.

Esakan tangisnya semakin kuat. Hujung rambut hitam panjangnya paras bawah lutut perlahan lahan bertukar kelabu.

Genggaman pasir perlahan lahan dilepaskan. Wajah putihnya ditekup.

" Jack Frost!! " laungnya lagi bersama saki baki tangisannya.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now