six : revenge

1.1K 116 4
                                    

[ MEDIA : Baetylus School ]

Backpack berwarna black aku gantungkan pada kedua belah bahuku. Langkah diatur keluar dari bilik darjah. Fikiran melayang memikirkan hal pelik yang terlalu PELIK untuk diterima dek akal.

" Magnificent, boleh terbang. Lelaki misteri, ice? Ourt? Oit? Oiurt? Tak kesah lah apa nama pun sekali pun, asal sekolah ni pelik? " usai melepasi pagar sekolah, langkah terhenti. Pandangan dibawa meliar ke setiap sudut sekolah. Bangunan yang sudah lama didirikan dan kelihatan sedikit unsang. Namun disebabkan dekorasi bangunan yang mix dari negara lain seperti Tusdarsy, Kaeryna, Fyrners dan Qaizy, bangunan ni lebih cantik dan istemewa dari sekolah-sekolah lain.

" Syasya " panggilan seseorang menyebabkan aku berpusing ke belakang.

" Eh, Elly? " senyuman nipisnya aku balas. Langkah diatur menghampirinya.

" Kau tak balik lagi ke? Tunggu Pak Zack? "

" Tak, aku balik jalan kaki je " kataku acuh tak acuh. Kebetulan, kereta Ferrari merah berhenti betul-betul tempat mereka berada sekarang ni.

" Kau nak tumpang? " tanya Elly.

" Takpalah " tolakku sopan.

" Oklah, dah kau kata macam tu. Bye. " tangan dilambai lalu dia beredar.

Figura Elly beredar dihantar dengan anak matanya. Kereta Ferrari merah mulai membelah jalan. Aku mengeluh lemah. Menyesal jual mahal lagi, kan dah kena redah 1 km ni.

Langkah perlahan aku atur. Kadang-kadang, batu kecil dijalan aku tendang. Menghilangkan kebosanan yang melanda. Kesunyian jalan yang dilalui menyebabkan bulu roma menegak. Fikiran yang sudah berfikir lain cuba dikawal. Kiri kanan dipandang silih berganti.

Ketulan batu yang jatuh berhampiran tempat aku berdiri pantas dilihat.

" Mana batu ni muncul? " bangunan atas dilihat. Bahu dijongketkan sedikit. Batu yang sedikit berkilat menarik perhatiannya. Segera langkah diatur menghampiri batu tersebut.

" Wait .. " tubuh dicangkungkan. Jari tangan disentuhkan pada permukaan batu. " Ais?! " ujarnya sedikit tergamam. Jeritan kecilnya menyebabkan satu kawasan bergema. Disebabkan semuanya bangunan kosong, so ke peratusan untuk suara bergema adalah 99.5%. Dan seperti yang dijangka.

" Siapa tu?! " jerkah seseorang dari atas bangunan. Pantas aku bertindak masuk kedalam bangunan untuk menyembunyikan diri. Dada dipegang. Dup dap dup dap, adakah ini cinta? Nafasku turun naik. Peluh yang menitik dikesat dengan hujung lengan. Air liur ditelan kesat.

" Mereka ... Magnificent dan lelaki misteri. "

> ⏳ <

Sasarannya terlepas menyebabkan batu ais buatannya jatuh menjunam ke bawah. Baru dia mahu menetapkan sasarannya semula, jeritan kecil mengganggu konsentrasinya.

Langkah diatur menuju kearah penjuru rooftop, kepala dijengahkan kebawah. Nothing! Senyuman sinis terukir.

" Kenapa kau muncul?! " sudah berkali-kali soalan itu meniti di mulutnya dan sudah lali dia mendengar.

" Kau tahu kenapa. "

" Bukan itu jawapan yang aku mahu! " jerkahnya kuat. Suara nyaringnya bergema di kawasan terbiar itu.

Dia mengeluh lemah. Ayat disusun untuk dihambur keluar. " Sejak adik aku takda, hidup aku sengsara. " wajah ditunduk menghadap lantai rooftop.

" Yee aku tahu. Tapi bukan ini caranya untuk kau memberontak. " katanya tak puas hati. Nada suaranya turun naik.

" Dah lama aku berjasa untuk Baetylus. Tapi ini balasan diaorang. Masa adik aku jatuh dalam Florezt, ada diaorang kesah? Tak! Kau tahu apa diaorang kata? Sorry Jack, ajal dia dah sampai. "

" Jack, sudah lah tu. " tapak tangan dijatuhkan pada bahu kanan Jack." Aku faham perasaan kau. Tapi, bukan ni ... "

" Tak! Kau tak paham! " air mata yang jatuh pantas dikesat. Tangan Magnificent pantas ditepis. " Aku akan balas dendam. " katanya putus. Magnificent terkedu.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya. Mata dipejam. Amarahnya semakin memudar. Jiwanya tenang.

" Macam mana? " tanya Magnificent setelah lama terdiam.

" Mempergunakan manusia "

" Siapa? "

" Dia! "

Aku tergamam apabila muka tongkat menunjuk tepat kearah diri aku. Maknanya, dia dah lama perasan keberadaan aku? Aku berura-ura mahu melarikan diri. Namun terlebih dahulu dihalang.

Tongkatnya dihalakan pada kakiku. Entah dari mana datangnya, ais yang berkilat-kilat datang mencengkam kakiku. Sedaya upaya aku cuba untuk bergerak, namun hampa. Perasaan takut menguasai diri.

" Lepaskan aku! " teriakku geram.

Magnificent tergamam. Wajah ku dipandang tanpa kelip. Dia terkejut. Matanya terbelalak.

" Any comment? " tanya Jack bersama sengihan di bibir. Wajah memerah menahan marah ku dipandang dengan mata yang tajam seperti pemangsa memandang mangsanya.

Jack dan aku dipandang silih berganti. Mata dipejamkan lalu dibuka.

" Satu hari nanti kau akan tahu rahsia ni Jack. Bukan sekarang untuk aku bongkarkannya. " gumam Magnificent perlahan. Keluhan berat dilepaskan. Sudah tiba masanya untuk dia memikul rahsia besar negaranya, Baetylus. " Maaf, Jack, "

-

-

-

-

Tusdarsy ( tegas ) : negara yang lebih mengetengahkan ukiran grafik dalam seni bina bangunan. Setiap ukiran yang dihasilkan dipamerkan dalam warna gold ( emas ).

Kaeryna ( lembut, suci ) : negara yang menggunakan warna-warna pastel dalam sesuatu bangunan untuk melambangkan negara mereka. Warna yang biasa digunakan adalah white, grey, soft pink dan sky blue.

Fyrners ( masa depan ) : pada asalnya nama yang digunakan adalah Fairy ( pari-pari ). Namun disebabkan pemerintah yang tak percaya akan kehidupan dongeng, segera beliau menukar nama. Walaupun begitu, hiasan seni bina dahulu masih dikekalkan. Bangunan yang dihasilkan akan dihiasi dengan kilauan berwarna-warni, tanda keamanan untuk puak pari-pari.

Qaizy ( ahli sihir ) : negara yang penuh dengan magik. Setiap hiasan yang diletakkan pada  bangunan Baetylus School adalah berdasarkan pemerhatian mereka sendiri. Sampai sekarang ia masih menjadi tanda tanya tentang keperluan hiasan tersebut. Namun disebabkan tali persahabatan yang kukuh antara negara-negara, hiasan itu masih dikekalkan hingga kini.

Baetylus ( kuasa ) : tercipta dari sebiji batu magik berwarna merah bernama ' baetylus '. Terkenal dengan negara TMSK ( The Most Successful Kingdom ).

Florezt : hutan yang dipenuhi dengan kehidupan liar.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now