ten : syasya

692 102 0
                                    

Usai menikmati breakfast pancake, piring kaca berwarna grey yang sudah licin ditolak tepi. Mug berisi mocha dihirup perlahan lalu dijatuhkan semula diatas piring mug. Hujung lengan putihku aku tarik, berura-ura mahu mengelap sisi makanan yang melekat disekitar bibirku.

" Wait! " pergerakanku terhenti. Huluran sehelai tuala nipis berwarna cream aku sambut. Keningku bertaut. Tisu boleh guna, buat apa guna tuala? Pantas aku mengesat kasar mulutku, tuala itu aku letakkan di atas muka meja. Punggung aku angkat. Backpack berwarna blue grey disarungkan pada kedua belah bahuku.

Baru sahaja aku mengatur beberapa langkah, pergerakanku terhenti. Tubuh dipusingkan kebelakang menghadap Miss Wendy yang sedang menikmati breakfast nya.

" Erkk Miss Wendy. " dengar sahaja namanya dipanggil, segera dia berpaling ke arah ku. Kening brownnya diangkat meminta untuk aku meneruskan percakapan. " Kita nak pergi mana ea? " tanyaku bersama sengihan kerang busuk.

Dia terdiam. Dahinya berkerut seribu. Tidak berkelip matanya memandang wajah bersihku. Seperti, pelik dengan perangai aku hari ni.

" Cik Fryz, are you okay? " aku terpinga-pinga. Sungguh, pelik sangat ke aku hari ni? Disebabkan respon blank yang diberikan aku, segera dia menjawap pertanyaan aku sebelum ini. " Cik Fryz akan ke Baetylus School. Kita? Maaf, selepas ini saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan. " ujarnya penuh tatatertib. Segaris senyuman nipis dilemparkan padaku. Aku hanya terangguk kecil. Perlahan-lahan jawapan yang diberikan Miss Wendy aku hadam.

" Siapa yang akan hantar saya ke sekolah? " baru sahaja Miss Wendy mahu membuka bicara, seseorang sudah menyampuk terlebih dahulu.

" Aku! " ujar satu suara garau dari belakang. Miss Wendy hanya mencebik. Tubuh aku pusingkan ke belakang. Pemilik suara garau itu aku tilik.

Lelaki, berhoodie sky blue?

" Tak .. tak mungkin " gumamku tergagap-gagap. Seluruh tubuh badanku menggeletar ketakutan. Langkah diatur perlahan mengundur kebelakang. Riak ceria diwajah lelaki berhoodie itu memudar.

" Fryzeer? " langkahnya diatur perlahan mahu menghampiri aku.

" Pergi! Jangan, dekat. "

> ⏳ <

Lelaki berumur 50-an yang berjubah putih persis seorang doktor dihampiri.

" Macam mana, sir? " tanya Jack cemas. Lelaki yang dipanggil ' sir ' itu memberikan isyarat tangan menyuruh Jack bersabar.

Bibir bawah digigit. Magnificent disebelah dipandang sekilas lalu kembali memandang lelaki dihadapannya.

" Ok. " nafas diambil. " Untuk korang berdua balik ke masa silam, peratus untuk berjaya adalah 99.99 % "

Jack dan Magnificent menghembus nafas lega.

" Tapi, make sure. Korang balik ke dunia ni dalam masa 5 hari. Or, something bad will happen. "

Jack dan Magnificent berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan kesat. 5 hari? Cukupkah waktu itu untuk menyelesaikan segalanya. Cukupkah?

> ⏳ <

Kelibat sekolah yang sudah semakin dihampiri dipandang lama. Bibir bawah digigit. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu. Kereta Labugiq ( kereta khas negara Baetylus ) terhenti tepat berhadapan pagar yang disaluti warna gold.

" Fryz .. "

" Thanks " potongku. Daun pintu aku kuak dari dalam. Tubuh aku boloskan dari perut kereta. Daun pintu kembali merapati dinding kereta. Tanpa menunggu lama, pantas aku berlari masuk kedalam kawasan sekolah. Nafasku tercungap-cungap menyebabkan tubuhku membongkok.

Usai mengatur semula nafasku, tubuh aku tegakkan semula. Bangunan di hadapan dipandang dengan satu kerutan didahi.

" Baetylus School? Tapi, kenapa nampak macam baharu? " tak silap aku, hari tu aku tengok ada warna hitam-hitam kat tembok tu. Tapi sekarang, takde. Macam baharu!

Sedang sibuk bermain dengan fikiran yang berserabut dalam otak, aku disapa.

" Hye, Fryz. " senyuman yang melebar dilemparkan.

" Erkk, hye " teragak-agak aku mahu membalas sapaannya.

" Jom ikut aku. " pergelangan tangan kananku dicapai lalu ditarik mengikut langkahnya.

" Eh, nak gi mana ni? " tanyaku bingung namun dihiraukannya.

> ⏳ <

" Kau .. "

Daun pintu kayu ditolak, tubuhku ditolak masuk tanpa sebarang signal.

" Auchh " aku mengadu kesakitan.  Bahu kiri ku yang jatuh beralaskan lantai diusap laju. Pintu yang sudah tertutup rapat dijeling tajam. Dahiku berkerut menahan sakit.

" Syasya "

Pantas aku berpaling. Tubuh aku gigihkan untuk berdiri. Dan sekali lagi, aku berjalan mengundur. Namun malang, langkahku terhalang dek pintu. Tangan, aku kepal. Menunggu masa untuk dilepaskan.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now