nine : florezt

735 110 0
                                    

" Arhh "

Penglihatan aku buka luas-luas. Nafasku turun naik. Diriku disambut dengan taburan bintang-bintang di langit malam. Suasana sekeliling sunyi bertemankan muzik daripada sang cengkerik. Tangan aku rabakan.

" Daun? " segera aku membangunkan diri dari pembaringan. Dahiku sedikit berkerut apabila dadaku terasa sakit.

Setelah berjaya berdiri teguh di atas permukaan bumi, sekeliling aku pandang dengan penuh tanda tanya.

Gelap.

Hanya dipenuhi dengan tumbuhan. Terutama sekali, pokok maple leaf. Tiba-tiba sahaja, sekumpulan kelip-kelip datang menghampiri. Tahu-tahu sahaja yang aku memerlukan cahaya.

" Fryzeer " suara kecil itu memenuhi gegendang telingaku. Perlahan, namun cukup untuk didengari. Kiri kanan aku pandang. Hampa, hanya kekosongan yang menyambut pandanganku. " Fryzeer " sekali lagi suara kecil itu memanggil, pantas aku hiraukan. Entah siapa entah yang dipanggilnya.

Baru sahaja aku mahu menapak kehadapan, terlebih dahulu sekumpulan kelip-kelip bergerak kehadapan. Dua barisan di kiri dan kanan dibuat. Keningku terangkat sebelah.

' mungkin ini jalan keluarnya ' dugaku. Sekadar dilafazkan dalam fikiran.

Langkah diatur perlahan mengikuti jalan khas yang telah dibuat oleh sekumpulan kelip-kelip. Setiap kali aku berjalan, setiap kali itulah kelip-kelip yang berada dibelakangku beransur-ansur bergerak membuat jalan dihadapan.

Aku terhenti. Kelip-kelip dibelakangku langsung tidak bergerak. Mungkin ini jalan keluarnya, tapi .. kenapa masih gelap? Anak mata yang memandang daun-daun kering ditanah diangkat memandang kedepan. Terbuntang mataku apabila ' mereka ' menyapa pandangan mataku.

" Mimpi kah? " pantas kedua belah mataku digosok laju. Seusai itu mata dibuka, masih sama. Pipi mulus, aku tampar kuat. Tidaklah kuat mana, namun cukuplah sekadar untuk membuat hutan ini bergema dengan bunyi tamparan itu. Pandangan masih sama. " Aku tak salah pandang. Aku tak mimpi. " seketika aku berdiri statik. " LARI! " teriak ku kuat. Larian marathon aku mulai.

Pandangan mataku tadi aku ingati. " white bear, rusa, moose, siberian wolf, lynx, chipmunk, .. arhhh, apa semua ni " larian aku teruskan. " Dan, ' mereka ' senyum? Hsjsjhsjbd " larian, aku lajukan. Pandangan aku bawa kebelakang.

Gluppp.

' Mereka ' tengah kejar aku.

" Fryzeer! " panggilan itu semakin kuat. Tak sekarang ni, Fryzeer tu apa?

Tanpa sedar, akar yang menjalar berjaya membuatkan aku tersungkur jatuh. Hahh, tulah. Lari laju lagi. Kang mendapat. Ni muka dah tersembam kat tanah nak lari apa lagi. Mata aku pejam erat. Adakah ini mengakhiran hidup ku? Huwarhh. Air mata perlahan-lahan mengalir turun.

" Fryzeer, asal kau lari. Penat tau kejar "

Aku hanya mendiamkan diri. Pertanyaan ' fryzeer ' itu aku hiraukan. Tumpuan aku lebih difokuskan pada suara asing itu. Aku yakin, itu bukan suara manusia. Japp, takkan suara ...

Bahuku disentuh dari belakang. Automatik aku bergerak untuk membangunkan diri. Langkah aku atur kebelakang. Cuba untuk menjauhi ' mereka ', namun hampa apabila langkahku dihalang dengan sepohon pokok besar. ' Mereka ' datang menghampiri.

" Fryzeer, kenapa kau .. lari? "

Aku masih diam. Satu persatu aku pandang. ' Mereka ' kelihatan sungguh bingung.

" Fryzeer, kau .. "

" Pergi! " jerkahku kuat. ' Mereka ' tersentak.

" Fryzeer .. "

" Siapa fryzeer?! " tanyaku bernada tegas.

" Fryzeer, nama kau "

" Tak. Aku, Syasya. Aku bukan Fryzeer. Lepaskan aku " serentak itu, langkah aku atur untuk melarikan diri. Baru beberapa langkah aku bergerak, tiba-tiba sahaja pergerakanku terhenti. Kakiku, tak boleh bergerak. Anak mata aku liarkan. White Bear itu merangkak menghampiriku. " Nuryy " burung berwarna putih keemasan bertenggek dibahuku. " Nite " aku terlena.

> ⏳ <

" Waekup " serta merta aku terbangun.

Pandangan ku disambut dengan Snow Bear dan Nuryy.

" Nanti malam, aku datang. "

" Fryzeer! " panggil seorang wanita dari luar. Pintu bilik diketuk.

" Bye " ' mereka ' menghilang.

Figura wanita tersembur dari sebalik pintu.

" Mama? "

" Ehh? " dia tergelak kecil " I'm just your PA, not mama. Call me, Wendy. Miss Wendy. "

Kejutan apakah ini?

[C] Hourglass Where stories live. Discover now