eleven : klon

678 85 0
                                    

" Kau .. "

Daun pintu kayu ditolak, tubuhku ditolak masuk tanpa sebarang signal.

" Auchh " aku mengadu kesakitan.  Bahu kiri ku yang jatuh beralaskan lantai diusap laju. Pintu yang sudah tertutup rapat dijeling tajam. Dahiku berkerut menahan sakit.

" Syasya "

Pantas aku berpaling. Tubuh aku gigihkan untuk berdiri. Dan sekali lagi, aku berjalan mengundur. Namun malang, langkahku terhalang dek pintu. Tangan, aku kepal. Menunggu masa untuk dilepaskan.

Langkahnya terhenti. Riak wajahnya kosong begitu juga aku. Entah kenapa, aku tidak tahu. Perasaan ku tika ini. Takut? Gembira? Entah. Segalanya, masih kosong.

Langkahnya terhenti seiring dengan langkahku. Penumbuk yang aku kepal menggeletar. Peluh yang menitik didahi aku lap laju. Keningku bertaut. Hujung jari tangan yang basah dek peluhku dipandang dengan satu kerutan. Peluh aku, sejuk?

" Aku tahu siapa kau " katanya menyentakkan aku. Pantas fokus aku alihkan kepada figura dihadapan.

" Si .. siapa kau? " tanyaku sedikit gagap.

" Fryzeer " lafaznya perlahan namun dapat ditangkap oleh pendengaranku. Wajah terkejut aku pamerkan.

' tak mungkin ' monolog aku. Mulut yang ternganga akibat breaking news itu aku tekup.

" Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau " nafas diambil lalu dihembus lelah. Ayatnya yang tergantung itu disambung. " Aku adalah kau pada masa silam, Syasya. " terangnya tegas. Cukup satu ayat, tujuh perkataan itu untuk membuatkan aku tergamam.

Suasana yang tegang tadi berubah kepada suasana awkward. Suasana di mana masing-masing hanya mendiamkan diri. Mencuba untuk menghadam segala perkara yang berlaku. Cuma satu yang berlegar dalam benak fikiranku, aku bermimpi kah?

" Tipu! " bantahku tegas. Tombol pintu dimana tubuhku ditolak masuk menjadi sasaran. Berkali-kali aku mencuba untuk memulas bola besi itu, namun hampa. Sentapan yang diterima pada pergelangan tanganku menyebabkan bahuku terhinjut sedikit. Tubuhku yang ditarik secara mendadak membuatkan lepasan aku pada tombol pintu itu terlepas. Aku jatuh terduduk. Dia, insan yang seperti cermin wajahku dipandang.

" Selagi aku tak jelaskan apa yang berlaku, kau jangan mengada nak lari! " tegas dan padat.

" Lepaskan aku! "

" Diam! " matanya dijegilkan. Aku terdiam seribu bahasa. Bagai dipukau, mulutku tertutup rapat bagai dizip. Otakku memproses untuk mendengar penjelasannya.

Keluhan berat dilepaskannya.

Tangannya diangkat dengan tapak tangannya diatas manakala belakang tangannya dibawah. Perlahan-lahan bebola yang bersaiz kecil muncul diatas tapak tangannya lalu berubah saiz kepada yang lebih besar. Bola yang bercahaya grey itu aku pandang lama. Dunia apakah ini? Bae.ty.lus.?

" Bertarung dengan aku dan aku akan explain apa yang berlaku. "

" Macam mana? "

" Dengan kuasa kau. "

> ⏳ <

Dunia yang sudah tidak asing bagi dirinya dipandang sekilas. Sengihan sinis menghiasi wajahnya. Diri dibangunkan dengan bantuan tongkat saktinya.

" Magnificent! " teriaknya kuat. Suaranya bergema.

Hampa. Tiada sahutan yang diterima. Hanya suaranya yang bergema.

" Aku kena bertindak. Aku tak boleh sia-siakan waktu lima hari. " tekadnya. Baru sahaja langkahnya mahu diatur, seseorang terlebih dahulu menyapa dirinya. Figura dihadapannya dipandang penuh dengan tanda tanya. " Fryzeer? " spontan sahaja nama itu yang terhambur keluar dari mulutnya.

" Hehh. " sengihan sinis diukir dibibir mungilnya. " Aku Syasya, bukan Fryzeer! " tegas.

" Tak! Kau Fryzeer. Adik aku! "

" Adik kau? Hehh. " dia mencebik. " Adik kau dah MATI! "

" Tak! " bantah Jack tegas. Masih tidak percaya dengan apa yang dilemparkan dari pemilik bibir mungil itu.

" Kenyataan apa lagi yang kau nak auta kan? "

" Tipu! "

" Fryzeer dah mati! Kau sendiri yang bunuh. Lupa?! "

" Tak. Aku bukan pembunuh " kedua belah tapak tangannya ditekupkan pada kedua-dua cuping telinganya. Menghalang daripada segala bunyi atau suara untuk menembusi gegendang telinganya. Namun hampa, masih suara itu yang berlegar dalam pendengarannya.

" Pembunuh "

" Pembunuh "

" Pembunuh "

Berulang-ulang ayat itu didengarinya.

" Takkk!! " serentak itu, pipinya ditampar kuat. Matanya terbuka luas. Nafas yang laju diatur semula. " Mag, aku mimpi Fryz. "

" Ia cuma mainan mimpi sahaja Jack. Ingat tu! " pesan Magnificent tegas. Rambut hadapannya yang mengurai diselak kebelakang telinga. Wajah gusar Jack dipandang bersama satu keluhan berat.

" Tapi, Mag .. " Jack yang masih terbuai dalam mimpinya terpinga-pinga.

" Jack, fokus! Misi kita tinggal tiga hari sahaja! " Jack tersentak.

" Tiga hari? "

" Yupp. Kau pengsan selama dua hari. Tapi kau jangan risau, aku dah sediakan semuanya. "

" Fryzeer, kita balik ea? " omelnya. Magnificent yang mendengar hanya memandang Jack sayu.

> ⏳ <

Tapak tangannya yang mendarat diatas bahu aku tepis kasar.

" Tak! " bantah aku tegas. " Aku akan teruskan apa yang aku pilih. "

" Tapi, kau kena balik Syasya. " pantas pergelangan tanganku disambarnya.

" Lepas! " tanganku aku tarik laju menyebabkan lepasan tangannya terlerai. " Aku percaya kau Fryzeer, masa silam aku. Tapi tolong, jangan halang aku untuk tahu siapa aku. " daun pintu dikuak lalu dihempas kuat.

Fryzeer jatuh terduduk.

" Syasya, balik. Kau tak tahu apa akibatnya. "

[C] Hourglass Kde žijí příběhy. Začni objevovat