thirteen : failed

581 65 1
                                    

Dress berwarna merah hati yang tersarung kemas di tubuhku aku tilik seketika.

Keluhan berat aku lepaskan.

Hari ini.

Hari yang akan menentukan segalanya. Dan mungkin juga, mengakhiran bagi cerita aku.

Backpack grey yang sudah terisi dengan pelbagai alatan penting aku sangkutkan pada kedua belah bahu. Rambut hadapan yang terjurai aku selitkan di belakang telinga. Tombol pintu aku pulas, tubuh aku bawa keluar dari bilik tersebut lalu pintu kayu itu aku tutup kembali. Anak tangga aku daki perlahan. Figura gadis berpakaian serba hitam menyapa pandangan mataku. Anak tangga terakhir aku daki kemudian langkahku terhenti statik menghadapnya.

" Ready? "

Cara pemakaiannya aku tilik. Sweater loose berwarna hitam yang tidak menampakkan sebarang bonggol dibadannya dipadankan dengan seluar hitam yang mengikut bentuk kakinya. Rambutnya pula diikat cara ponytail. Wajahnya bersih tanpa sebarang makeup. Alis matanya ...

" Hye, Syasya " tangannya dilambaikan berhadapan wajahku menyebabkan aku tersentak. Sengihan kerang busuk aku ukir. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

" So how, are you ready? "

Keluhan berat dilepaskan.

" I .. I don't know, Fryzeer. I just .. " jelas terpapar riak gelisah di wajah Syasya yang sudah cantik bermakeup itu.

" I'm begin you. " tapak tangan kanannya jatuh diatas bahu kiri aku untuk menyalurkan kekuatan. Kekuatan untuk aku menghadap peristiwa yang bakal berlaku.

Wajah Fryzeer aku pandang. Agak awkward lah jugak bila depan mata ni klon sendiri. Kau bayangkan, macam kau cakap dengan cermin but bayangan ni boleh bercakap dengan kau. Creepy? I don't know.

> ⏳ <

Pegangan pada tongkat saktinya diperkemaskan lagi. Debaran pada dadanya membukakan dirinya sedikit gelisah. Tapak tangan yang sudah dibasahi peluh pantas dilap pada bajunya.

" Aku harap kau bersedia, Jack. " cardigan hitam labuh mencecah lantai diperkemaskan lagi. Magnificent berpeluk tubuh.

Keluhan berat yang kesekian kalinya dilepaskan lagi.

" Kau kena ingat, ini peluang terakhir kita. " kata Magnificent mengingatkan Jack. Jack terkedu. Takut? Yee. Takut jika ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Syasya aka Fryzeer, adik Jack. Sudah berulang kali dia berjumpanya tapi sering kali jawapan ini yang membuatkan dirinya terkedu.

" Kau abang aku? Kalau betul, tolong aku cari tahu, siapa aku! "

" Jack? " lamunan Jack terhenti. Wajah hairan Magnificent dipandang sekilas sebelum dilarikan pada tongkat saktinya. Disebabkan tongkat ini, dia, satu-satunya insan yang dia paling sayangi ... berubah. Satu-satunya amanah yang telah dititipkan pada dirinya. Kini, dia hancurkan.

> ⏳ <

Sebuah banglo gah yang meriah dengan majlis yang berlangsung disitu membuatkan gegendang telingaku bingit dengan alunan muzik rancak dari dalam rumah banglo itu. Senyuman sinis terukir dibibirku. Fryzeer disebelah aku pandang. Dia mengangguk faham lalu pantas beredar selaju yang mungkin. Aku bersendirian. Fryzeer sudah jalankan tugasnya, kini aku.

Langkah diatur kehadapan tanpa henti. Gerbang pintu kayu yang merupakan sempadan antara rumah banglo itu dengan kawasan luarnya pantas aku tolak.

[C] Hourglass Where stories live. Discover now