seven : tolong aku?

914 127 0
                                    

Pemergian mereka dihantar bersama lirikan mata. Rambut hadapan yang sedikit berjuntai jatuh diraup ke belakang.

Dahi dipegang. Dia tergamam. Lidahnya kelu seribu bahasa. Titisan hujan yang jatuh membasahi tubuh dihiraukan. Skru lututnya longgar. Tanpa sedar, punggungnya sudah selamat jatuh menyembah lantai rooftop.

" Arghh! " jeritan kuatnya berlawan dengan petir yang menyambar. Penumbuk dikepal lalu dilepaskan. Pedih luka yang terkena titisan air hujan dihiraukan.

Bibir bawah diketap geram.

Kecelaruan menguasai fikirannya. Sama ada ' perjanjian ' atau ' sahabat ' ? Yang mana patut dia dahulukan.

Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, figura lelaki bertubuh sasa mendarat dihadapannya. Jarak yang memisahkan mereka hanyalah 2 meter. Menyedari sesuatu dalam genggaman tangan lelaki itu, pantas dia mendengus geram.

" Damn it "

" And .. "

" I don't have time for this "

> ⏳ <

Tubuh genit aku dihempas mengenai dinding. Tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan. Cukup sekadar untuk aku mengadu kesakitan.

Mulut pantas dikunci. Menghalang daripada pelbagai jenis sumpah seranah dilepaskan. Lelaki berhoodie biru dipandang penuh kebencian. Takut? Entahlah. Bagi aku, ia perkara .. biasa.

Diri yang masih bebas tanpa diikat masih kaku bersimpul. Bila memikirkan tongkat yang dipegangnya, segara niat mahu melarikan diri dihapuskan dalam benak fikiran. Gengaman penuh kebencian dikepal. Air mata yang mulai bertakung pantas ditahan.

' Mama, sweet takut ' rintih hati kecilku penuh ketakutan. Yee, aku takut. Takut dengan semua benda nonsense ni. Takut dengan takdir. Takut dengan semua benda ni. Tanpa sedar, titisan demi titisan air mata mengalir membasahi pipi.

Bibir masih tersenyum sinis tanda kemenangan. Figura gadis bersimpul dihadapannya dipandang tanpa riak. Rambut panjang keperangan milik gadis itu jatuh mengurai, menghalangnya daripada melihat wajahnya.

" A .. apa kau nak dari aku? " tanyaku gagap. Masih dalam keadaan bersimpul, persoalan diutarakan.

" Tolong kau  " katanya senafas. Keningku bertaut.

" Tolong .. aku? " kataku perlahan. Cukup sekadar dia mendengar.

" Yee. Selesaikan nightmare kau. " ujarnya bernada biasa. Sedar aku hanya mendiamkan diri, pantas dirinya dibawa keluar. Memberi waktu untuk aku berfikir dengan lebih mendalam.

Bunyi derapan kaki yang semakin perlahan berlegar dalam gegendang telinga hinggalah bunyi itu menghilang. Anak mata dilarikan pada sekeliling dibalik celah rambut. Figuranya sudah tiada, bermakna dia sudah pergi jauh tinggalkan aku sendirian.

Bagi aku, ini terlalu .. cepat.

Patut ke aku sambut pertolongannya, tanpa mengenali dirinya? Sungguh aku keliru dengan semua yang berlaku. Berharap aku terbangun dari mimpi dongeng. Namun hampa, ia adalah realiti. Nonsense reality.

> ⏳ <

Langkah diatur perlahan. Daun pintu dikuak. Bilik yang berselerak dengan barangan lama diikuti habuk persekitaran pantas dimasuki. Meja kaju usang dihadapannya dihampiri.

Senyuman sinis terukir.

Hourglass yang sudah terisi dengan pasir emas digenggam lalu ditilik.

" Dendam aku akan terbalas demi memperjuangkan nyawa yang dianiaya. "

Seketika kemudian, dia terdiam. Senyuman sinis menghilang.

" Tapi .. " dia kembali terdiam. Berharap semua ni hanya mainan fikirannya. Niatnya mahu membalas dendam tergugat. Dirinya keliru. Perlu ke aku berdendam? Dan .. a .. aku .. takut. Takut dengan perasaan ini. Terlalu, takut. Perasaan gelisah menguasai diri.

Cuma satu persoalan yang berlegar dalam fikirannya.

" Siapa, dia? "

[C] Hourglass Where stories live. Discover now