PROLOG

3.1K 109 11
                                    

Gempar seluruh warga Kampung Tinggal dengan penemuan mayat seorang lelaki. Mayat yang tubuhnya penuh dengan kesan cakaran dan isi perutnya yang terburai ditemui tidak jauh dari sebatang anak sungai yang berada di hujung kampung tersebut.

“Sangkaan saya ianya plastik hitam. Tapi bila diamati betul-betul tak sangka itu mayat si husin.” Ujar Pak daud pada seorang anggota polis yang menyoalnya.

Dia orang pertama yang menemui mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai husin. Menurutnya ketika itu dia ke sungai untuk mengambil sedikit sayur kangkung yang tumbuh meliar di sekitar sungai besar itu. Namun dia dikejutkan dengan mayat husin yang terapung di permukaan air.

“Anak aku... Husin!!”

Jeritan dan raungan dari si ibu kedengaran sangat jelas. Yusmah memeluk tubuh yang sudah ditutup dengan plastik hitam itu erat. Tangisannya seakan tidak mahu berhenti meskipun sudah dipujuk beberapa kali oleh jiran terdekat.

“Siapa yang bunuh anak aku?!”

Yusmah bingkas berdiri. Mencerlung matanya memerhati wajah-wajah yang berada di situ.

“Aku tanya siapa bunuh anak aku!!” Jerit yusmah lagi.

Melihat akan reaksi yang ditunjuk para penduduk kampung yang hanya berdiam diri membuatkan yusmah semakin hilang kawalan. Dia berlari menuju ke motorsikal milik Pak daud dan terus menyambar pisau yang berada di dalam raga motorsikal itu.

“Aku bunuh kau!!”

Yusmah mengacukan pisau di tangannya dan terus bertindak untuk menyerang.  Beberapa orang anggota polis sudah pun bersedia untuk mematahkan serangan wanita separuh usia itu.

Hayunan demi hayunan diselang seli dengan suara jeritan yang seakan memarahi seseorang. Anggota polis yang memakai tanda nama Nadia terus memeluk tubuh yusmah dari belakang. Tangkas tindakkannya mematahkan serangan yusmah. Pisau yang sudah terjatuh ke tanah disepaknya jauh dari kedudukan mereka.

“Sabar makcik. Ingat Allah!” Ujar nadia di telinga yusmah.

Yusmah masih lagi meronta. Dirinya ketika itu tak ubah seperti dikuasai oleh sesuatu. Sangat agresif.

Zaleha yang merupakan jiran terdekat yusmah segera mendekat. Ditarik tubuh yusmah ke dalam dakapan.

“Mah, sabar.. Jangan bertindak macam ni. Semua ini dah ditentukan Allah.. Kau kena terima dengan hati yang redha.” Pujuk zaleha.

Yusmah terdiam. Perlahan tubuh yusmah jatuh melutut ke tanah. Begitu juga dengan zaleha.

“Anak aku leha.. Anak aku..” Ngongoi yusmah di bahu zaleha. Dia tidak boleh terima semua ini. Satu-satunya anak yang dia ada sudah pergi tinggalkannya dalam keadaan yang sangat tidak diduga.

Dibunuh! Malah mayatnya dibuang ke dalam sungai. Sangat kejam! Memang dia tidak boleh terima semua ini.

Tidak jauh dari situ, berdirinya seorang lelaki yang sedari tadi hanya bertindak menjadi pemerhati. Asap rokok dihembusnya bersama keluhan nafas yang kasar.

“Nampaknya kau dah kembali..” Ayat yang tersembunyi seribu makna terluah dari bibirnya yang kehitamannya.









Permulaan utk story yg kedua.. Nak author sambung tk? Nak tahu jugak berapa org yg akn respon..

Komen dan vote ok!

EMBUN (ON GOING)Where stories live. Discover now