EMBUN - BAHAGIAN 1

2.2K 90 7
                                    

Warung kecil itu sudah dipenuhi ramai orang. Satu-satunya warung kopi yang sangat popular di Kampung Tinggal. Tidak kira tua atau muda, semuanya seakan sudah mewajibkan diri datang ke warung itu.

Kata mereka, sehari tidak jejak kaki ke sana ibarat makan nasi berlaukkan garam. Tanpa rasa dan tanpa nikmat.

“Haishh! Mana dia ni.. Selalunya time macam ni dia dah datang.” Rungutan yang lahir dari bibir seorang lelaki.

Tingkahnya yang tidak senang duduk menarik perhatian ismail, si pemilik warung popular itu.

“Kamu dah kenapa borhan? Tingkah tak ubah macam kucing nak beranak jer aku tengok.” Tegur ismail sambil ditatangnya secawan kopi.

“Tak ada apalah pak mail. Mana air aku?” Soal borhan.

Percakapannya yang hanya beraku-engkau sudah lali di telinga ismail yang usianya lebih tua dari borhan.

“Ni ha.. air kau.” Terus diletak cawan air kopi itu dihadapan borhan. Dilap permukaan meja yang masih bersih itu dengan sehelai tuala kecil.

“Mana dia pergi? Takkan tak datang kot..” Bisik borhan perlahan namun masih mampu didengari ismail. Ismail ketawa kecil. Borhan melemparkan pandangan pelik.

“Dah gila agaknya orang tua ni. Tiba-tiba saja gelak.”

“Geli hati aku tengok tingkah kau ni borhan. Kawal la diri tu sikit. Jangan nak tunjuk sangat..” Kata ismail. Sempat lagi diperlinya borhan itu.

“Tunjuk apa pak mail? Aku tak fahamlah kau cakap apa.”

Ismail mencebik bibir. Meluat dengan sikap borhan yang sengaja buat tidak faham itu.

“Tak payahlah kau nak buat-buat tak faham. Macamlah aku tak tahu. Kau tengah tunggu embun kan?” Teka ismail. Borhan mengawal riak wajahnya. Tidak disangka ismail dapat meneka tentang itu.

“Tak payahlah kau nak tunggu dia. Tak mahunya dia pada kau. Silap hari bulan, muka kau pun dia tak pandang.” Kutuk ismail dan diakhiri dengan gelak ketawanya yang semakin kuat.

Borhan mengalih wajahnya ke sisi. Malu sungguh dia saat itu. Tambahan pula bukan ismail seorang yang mentertawakannya malah semua yang berada di warung itu jugak.

“Embun tu cantik.. takkanlah dia nak pilih lelaki muka pecah rumah macam kau.”Kutukan yang datang dari Mat clorox pula kedengaran.

Borhan mengetap bibir menahan geram. Kalau diikutkan hatinya yang panas itu mahu saja dia hadiahkan penumbuk sulung ke wajah mat clorox.

“Amboi kau.. Kalau boleh kutuk aku tak ingat dunia. Nama saja mat clorox tapi mulut busuk!” Balas borhan.

Mat clorox atau nama sebenarnya Mohd Sayuti hanya tersengih. Gelaran nama itu diberi padanya sewaktu usianya belasan tahun kerana tersilap meminum cecair peluntur jenama Clorox yang disangkanya air kosong. Mujur sahaja umurnya masih panjang. Jika tidak tentu saja dia berumahkan batu nisan.

“Assalamualaikum..”

Warung yang tadinya riuh dengan gelak ketawa kembali sepi. Suara yang memberi salam  bagaikan memukau mata semua yang berada di warung itu termasuklah borhan.

Embun tersenyum manis sambil perlahan langkah diatur menuju ke arah ismail yang masih berdiri tegak berdekatan meja yang diduduki borhan.

“Pak mail, bungkuskan embun teh tarik dan nasi lemak ya.” Ujar embun lembut.

Ismail hanya mengangguk. Sempat lagi dipelawa embun duduk namun ditolak gadis itu sopan.

Embun..

Anak gadis yang memiliki rupa paras yang menawan. Wajahnya yang bujur sireh ditambah dengan alis mata yang lebat lagi melentik. Bibir nipis itu dihiasi tahi lalat dipinggirnya membuatkan si pemilik bertambah manis apabila tersenyum.

Mata galak milik borhan meliar ke seluruh tubuh embun. Atas dan ke bawah sambil menahan debar di dada. Nafas yang penuh dengan desakan nafsu dihembusnya perlahan. Borhan berdehem cuba menarik perhatian embun.

Embun mengerling sekilas.

Wajah manis itu tiada secalit senyuman. Embun segera menjarakkan kedudukannya yang begitu hampir dengan meja yang diduduki borhan. Dapat dirasa renungan tajam lelaki itu menghala tepat padanya.

“Sombongnya..” Perli si borhan.

Embun hanya diam. Tidak berminat mahu melayan lelaki itu.

“Maaf embun.. Pak mail lambat sikit. Nah! Teh tarik dan nasi lemak. Harga macam biasa”.

Embun segera menghulur beberapa keping wang bernot satu ringgit. Plastik dan juga wang bertukar tangan. Tanpa bersuara walaupun sedikit embun terus berlalu pergi. Langkahnya dihantar dengan pandangan tajam dari borhan.










bahagian 1 sudah selesai.. Maaf  kalau bahagian ni tk berapa nk menarik. Dah naik kebas otak ni memikio kan idea.. Tak apa! Author akn cuba 'menarikkan' lagi cerita ni..

Macam biasa.. rajin-rajinkan jari jemari anda mengomen dan mengevote ya..

EMBUN (ON GOING)Where stories live. Discover now