EMBUN - BAHAGIAN 8

1K 45 11
                                    

"Aku embun.. dan kau milik aku." Serentak dengan itu wanita berkenaan menerpa ke arahnya dalam keadaan yang tidak terjangka.

"Aku embun!! Dan kau milik aku!!!" Sekali lagi dia bersuara menegaskan perkara yang sama. Tangannya melingkar kejap pada leher qaseh. Mata yang merah bak biji saga betul-betul membuatkan qaseh tidak mampu untuk menatapnya. Meronta tubuh lemah itu cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.

"Ark..arkk.." Suara yang tersekat di antara kerongkong langsung tidak mampu untuk orang lain mendengar rintihan meminta pertolongan dari qaseh. Melilau anak mata hitamnya ke sana sini mencari sesiapa saja dan semestinya orang yang diharapkan adalah syakir.

"Sudah lama aku mencari kau!! Sudah berkurun lama!!" Jerkah makhluk berbulu di hadapannya itu. Aura jahat terpancar jelas dari tubuh sang iblis.

"Dan sekarang... kau di hadapanku.." Seringai kecil terbias. Qaseh masih lagi meronta cuba untuk lepaskan diri. Terasa begitu perih dan ketat di lehernya kerana begitu kuat dicekik.

"Al..ll..." Nama Sang Pencipta cuba untuk disebutnya dan semakin kuat cekikan sang iblis di lehernya.

'Ya Allah... Bantulah hambamu ini..' Doa disematkan dalam hati memohon pertolongan. Kekuatan yang diharapkan terasa menjalar keseluruh tubuh dan serentak dengan itu satu tempikan keras kedengaran.

"ALLAHUAKBAR!!"

Dumm!!! Melayang tubuh sang iblis yang dahaga untuk bertuan menyembah bumi. Leher yang terasa perih diusap. Pantas kaki mengatur larian menuju ke muka pintu rumah bagi menyelamatkan diri. Mulut tidak henti terkumat-kamit menyebut kalimah suci al-quran sebagai pelindung diri.

"Sudah tiba waktunya kau menjadi tuan aku!!" Garau suara sang iblis menutur kata. Tubuh yang separuh hangus kerana perbuatan qaseh tidak menjadikan dia lemah dan sakit. Malah semakin menjadikan ia kuat untuk mencapai apa yang diinginkan.

Qaseh menggeleng laju. Tak! Sampai ke mati pun aku takkan terima kau!! Kata yang hanya tercetus dalam hati bukannya dari mulutnya sendiri.

Zapp!! Sepantas kilat sang iblis sudah berdiri di hadapannya. Menghalang segala perlakuan dan tingkahnya yang mahu melarikan diri.

"Apa kau nak syaitan?! Jangan ganggu aku!!" Bentak qaseh kuat. Pandangan dialih ke arah lain.

"Terima aku.. Laksana segala suruhanmu akan aku ikut." Balasnya cuba untuk menghasut seorang lagi anak adam untuk menyembahnya.

Qaseh menggeleng lagi.

"Tak!! Aku takkan terima kau sampai aku mati. Kau iblis! Makhluk terkutuk yang dibenci semua umat Nabi Muhammad!"

Ketawa kuat terledak dari diri sang iblis. Perlahan dirinya bertukar menjadi diri tuannya yang lama.

"Aku makhluk terkutuk? Pandang aku qaseh.. Lihat aku! Jika aku seperti yang kau katakan, tak mungkin tuan aku mahu bertuhankan aku. Meminta segala pertolongan dari aku. Hanya aku!" Megah sekali ujaran sang iblis. Menabik dada dengan keistimewaan yang ia miliki. Keistimewaan yang membawa kehancuran iman dalam diri umat Islam.

Qaseh hanya diam. Langsung tidak membalas segala kata-kata makhluk itu.

"Terima aku qaseh.. Hanya kau yang layak untuk jadi tuan aku". Rayu sang iblis.

"Aku dah cakap sampai ke mati aku takkan terima kau! Kau boleh berambus dari hidup aku dan jangan ganggu aku lagi. Pergii!!" Jerit qaseh kuat disertai dengan libasan tangannya yang laju menampar bayang sang iblis.

....

"Qaseh... qaseh..." Sayup-sayup satu suara memanggil namanya dan dapat dirasakan pipinya sedikit pedih seperti ditampar sesuatu.

Perlahan qaseh mencelik kelopak matanya dan terbias wajah hasnida dan syakir dihadapannya sekarang. Melihatkan kedua orang tuanya itu bingkas qaseh bangun dari pembaringan dan terus memeluk tubuh hasnida erat. Tangisan ketakutan tercetus.

Hasnida mengusap belakang tubuh anak daranya itu sambil memandang pelik ke arah syakir.

"Along takut... Dia datang lagi.." Ngongoi qaseh di bahu hasnida.

"Along takut dengan siapa? Siapa yang datang?" Hasnida pura-pura bertanya. Walhal dia sudah dapat menebak apa yang tersirat disebalik kata-kata qaseh itu.

Pelukan dilepaskan. Qaseh menatap wajah hasnida bersama lelehan air mata yang laju mengalir membasahi pipi.

"Embun.. Nenek.."

Syakir terkejut. Berdebar jantungnya ketika itu saat nama itu meniti di bibir anaknya.

"Ne..nenek?"

"Apa yang along merepek ni? Ne..nenek kan ada di kampung." Hasnida mencelah.

"Tak! Nenek tak ada di kampung. Nenek dah mati! Dan dia dah hantar makhluk belaan dia untuk ganggu along." Tegas qaseh.

"Kan mimpi jer tu.. Abaikan saja". Pujuk hasnida. Dia cuba untuk membuat qaseh berhenti bicara tentang itu.

"Along yakin ini bukan mimpi. Along dapat rasa benda tu memang nakkan along. Ada sesuatu yang along tak tahu ke ibu, abah?" Tanya qaseh dan pandangannya dilemparkan tepat pada syakir. Menanti jawapan yang akan meniti dari bibir abahnya.

Syakir menelan liur. Apa yang aku nak jawab sekarang ni? Bukan masanya untuk dia tahu hal sebenar. Getusnya dalam hati.

"Along, pandang ibu.." Hasnida mencuit dagu qaseh agar qaseh memandangnya.

"Abaikan tentang mimpi tu. Semua itu mainan tidur. Jangan percaya apa yang along lihat dan rasa dalam mimpi itu. Itu semua kerja syaitan nak menyesatkan kita. Ingat apa yang ibu pesan, sentiasa ingat Allah. Sentiasa basahkan bibir dengan zikir dan ayat kursi. Minta Allah beri perlindungan pada diri along dari semua hasutan dan godaan dari syaitan. " Nasihat demi nasihat terluah buat seorang anak. Qaseh mendengar tanpa mencelah.

Betul apa yang ibu cakap. Aku harus amalkan segala nasihat yang ibu berikan
Terkadang kita tak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Makhluk itu aku yakin dia akan kembali. Tapi tidak tahu bila dan dimana. Dan sekarang aku dah ada 'senjata' sendiri.

"Tidurlah.. Dah lewat malam ni. Besok pagi-pagi ibu nak along dah ada di meja makan dan ibu tak nak dengar lagi pasal mimpi tu. Faham?"

Anggukan dari qaseh sebagai balasan. Dia kembali terbaring dan hasnida menyelimuti tubuhnya separas dada. Satu ciuman kasih singgah di dahi qaseh. Melihat qaseh sudah pun memejam mata hasnida pantas menarik tangan syakir dan terus keluar dari bilik itu.

"Abang tengok apa dah terjadi? Banyak kali saya cakap pada abang, kita kena cepat! Sekarang 'dia' datang. Saya tak nak apa-apa terjadi pada along. Abang kena bertindak sebelum terlambat!".






          BERSAMBUNG...

EMBUN (ON GOING)Where stories live. Discover now