EMBUN - BAHAGIAN 7

825 43 3
                                    

Qaseh tersedar dari lenanya yang panjang. Mata yang masih terasa berat digagahkan juga untuk mencelik. Dikerdip beberapa kali kelopak matanya memandang sekeliling.

"Aduhh.." Keluhan tercetus dari bibir qaseh apabila dia cuba untuk bangun dari pembaringannya. Sakit sungguh seluruh tubuhnya saat itu. Sehinggakan hendak gerakkan jari jemari pun terasa bagaikan memikul beban yang begitu berat.

"Ibu..." Insan pertama yang dicari. Suasana bilik tidurnya yang sunyi dan agak suram memaksa qaseh cuba untuk turun dari katil meskipun tubuhnya sedikit lemah.

"Ibu.." Sekali lagi dia memanggil namun tiada sahutan dari sang ibu. Langkah kaki diatur sehingga ke muka pintu bilik. Dijenguk kepalanya keluar untuk melihat. Ruang tamu juga kosong.

"Ibu..abah.." Kali ini lebih kuat suaranya melaung memanggil syakir dan hasnida. Kemana perginya kedua orang tuanya itu.

Kepala yang berdenyut secara tiba-tiba memaksa qaseh melabuhkan duduk di atas sofa di ruang tamu. Belakang tubuh disandar lalu mata dipejam seketika bagi meredakan sedikit rasa denyutan di kepalanya.

"Qaseh.." Satu suara menegur dari belakang. Pantas qaseh mencelik dan terus menoleh. Dilihat hasnida berdiri sambil memegang plastik berwarna hitam.

"Ibu kemana? Dari tadi along panggil ibu tapi ibu langsung tak menyahut." Adu qaseh dengan suara yang manja. Hasnida hanya tersenyum.

Qaseh melirik matanya pada plastik hitam di tangan hasnida. Tertanya-tanya apa yang terkandung di dalam plastik itu.

"Plastik apa tu bu?"

"Plastik sampah. Ibu nak letak di luar. Kejap lagi lori sampah datang ambil." Balas hasnida dan terus mengatur langkah menuju keluar rumah.

"qaseh dah okey?" Soal hasnida sebaik sahaja dia melangkah masuk dan duduk berhadapan dengan qaseh di ruang tamu.

Qaseh mengubah kedudukannya agar sedikit selesa. Kepala dianggukkan tanda menjawab soalan hasnida itu.

"Cuma kepala ni jer la.. berdenyut dari tadi. Tak tahu kenapa."

"Nanti qaseh makan ubat lepas tu terus rehat ya." Pesan hasnida. Qaseh sekali lagi mengangguk. Dia memandang hasnida sedalam yang mungkin. Ada sesuatu yang seakan tidak kena dengan ibunya itu.

"Ibu..boleh along tanya sesuatu?"

"Qaseh nak tanya apa?"

"Ibu okey?"

Soalan yang diajukan qaseh itu mengundang ketawa kecil dari hasnida.

"Mestilah ibu okey. Kenapa qaseh tanya macam tu?"

"Tak laa.. along pelik! Kenapa sejak tadi ibu asyik panggil along, qaseh? Sebelum ni tak pernah pun. Selalunya ibu cuma panggil dengan panggilan along saja."

"Tak boleh ke kalau ibu panggil macam tu?"

"Tak! Bukannya tak boleh. Cuma.. along tak selesa la bu.. Qaseh kan hanya untuk panggilan dari orang luar. Bukan dari family kita.."

"Kalau ibu nak panggil juga. Qaseh nak buat apa?" Hasnida menyoal. Qaseh diam tidak menjawab. Seketika kemudian hasnida mengukir senyuman sinis.

"Qaseh..." Mendayunya suara hasnida ketika itu mengundang rasa meremang di seluruh tubuh qaseh.

Tambahan pula pandangan ibunya itu sudah pun berubah menjadi satu pandangan yang sangat pelik.

"Qaseh..." Seiring dengan ketawa halus. Qaseh lantas berdiri. Tidak betah mahu duduk lebih lama di situ. Dapat dirasakan wanita itu bukanlah ibunya. Tapi wanita itu adalah sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.

"Tak apalah ibu.. Along masuk bilik dulu. Nak mandi." Kata qaseh meminta diri untuk pergi. Kakinya sudah menapak sebanyak tiga langkah namun terhenti di hadapan sebuah almari paras pinggang yang mengandungi beberapa jenis hiasan kaca didalamnya.

Terdapat sebuah cermin besar di atas almari tersebut yang dijadikan sebagai hiasan agar kelihatan menarik.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang membuatkan kakinya kejang untuk terus melangkah. Figura ibunya sudah berubah menjadi satu figura yang pernah dilihatnya kelmarin.

"Aku embun.. Dan kau milik aku!"


  - BERSAMBUNG.. -

Acewahh.. dah macam drama tv pula bersambung bagai ya... 😝Maaf jika ada banyak kekurangan dalam bab ini. Insya Allah.. sis akn cuba untuk perbaiki lagi dari semasa ke semasa.. Love uollss😘❤💞

EMBUN (ON GOING)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن