EMBUN - BAHAGIAN 9

1K 29 9
                                    

"Saya tak nak anak saya jadi mangsa! Perkara ni tak boleh dibuat main". Ujar Hasnida tegas. Syakir hanya berdiam diri. Sedari tadi mereka asyik berbicara tentang perkara semalam.

Sungguh! Mereka tidak dapat bertenang selepas kejadian yang menimpa Qaseh. Segala apa yang mereka risau, apa yang mereka takut sekarang ia sudah mula menjelmakan diri.

Qaseh menuruni anak tangga satu persatu. Langkah kaki dituju ke arah dapur untuk mengisi perut yang lapar. Namun terhenti di saat telinganya menangkap butir bicara antara Hasnida dan syakir.

"Kalau mak awak tak amal benda tu semua ni takkan terjadi. Sekarang awak tengok, tak pasal-pasal anak kita jadi mangsa."

"Awak boleh diam tak? Dari tadi asyik memekak saja. Serabut saya!" Ujar syakir bengang. Hasnida menghela nafas kasar. 

Kerusi ditarik lantas punggung dilabuhkan. Dia memandang wajah syakir sedalam mungkin. Dia tahu semua yang berlaku bukanlah berpunca dari suaminya. Tapi entah mengapa setiap kali kejadian itu berulang hatinya tidak tenang dan ringan saja mulut ini melemparkan kata-kata yang bisa melukakan hati syakir.

"Saya dah buntu nida.. saya dah tak tahu nak buat apa lagi agar semuanya selesai. Perjanjian ini seakan menghantui hidup saya Dan awak, anak-anak kita jadi mangsa. Saya minta maaf.." rendahnya ego seorang suami apabila ucapan maaf itu bagaikan air yang mengalir.

'perjanjian? Rahsia apa yang mereka sedang sembunyikan?' monolog hati kecil qaseh.

Dia masih berdiri disitu. Memasang telinga untuk mendengar segala butir bicara.

"kita putuskan 'mereka'?"

Syakir memandang hasnida. Kepalanya digeleng perlahan.

"Bukan mudah nida.. Ia membabitkan keturunan. Dan qaseh.. waris sulung keturunan abang."

"Kita ikhtiar. Kita boleh cari ustaz atau siapa-siapa yang boleh putuskan semua ni".

Syakir terdiam. Sejenak suasana sepi menyelubungi mereka.

"Awak yakin? Dengan cara ni Kita dapat selesaikan semuanya?" Ujar syakir. Hasnida mengangguk laju. Syakir lantas berdiri dan menarik lembut tangan isterinya untuk menuju ke bilik tidur mereka.

Langkah diatur terhenti. Masing-masing tercegat memandang qaseh yang secara tiba-tiba sahaja berdiri dihadapan mereka.

"Apa yang ibu dan abah cuba sembunyikan?"

Soalan yang terpacul dari mulut gadis muda itu umpama guruh yang berdentum dalam hati syakir dan hasnida. Liur Yang ditelan terasa begitu pahit.

"Err.. sem.. sembunyikan apa along? Mana ada ibu dan abah.."

Tergagap-gagap hasnida Cuba menjawab. Namun cepat sahaja qaseh memintas.

"Along dengar ibu.. 'sesuatu' Yang melibatkan keturunan. Apa yang berlaku selama ni Yang along sendiri tak tahu? Kenapa masih nak rahsiakan? Kenapa tak berterus-terang saja ibu, abah?" Desak qaseh ingin tahu. Anak Mata silih berganti memerhati wajah kedua insan itu.

"Along Salah dengar ni.. ibu tak.."

"Dah tiba masanya untuk along tahu nida." Pintas syakir. Hasnida pantas berpaling memandang wajah suaminya. Sedikit terkejut dengan ucapan syakir.

"Tapi abang.."

Syakir menggeleng. Hasnida terdiam.

"Dah terlambat.. along kena tahu, demi dirinya dan kita.."

........

BERKURUN TAHUN BERLALU..
KAMPUNG LENGKUAS..

"Dengar khabar, anak Pak anjang si fatimah tu sudah dipinang orang. Betul ke?"

Kecoh gerai kopi milik haji ramli dengan suara orang kampung pagi itu. Isu yang sudah tiga hari berlalu itu diungkit kembali. Kebanyakkan seakan tidak percaya dan ada juga Yang tidak berpuas hati.

"Ha'ah .. betul la tu apa yang kau dengar."

"Ishh !! Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Jadi macam mana? Dah orang masuk meminang takkan nak ditolaknya pulak". Sahut suara Haji ramli. Haji ramli merupakan seorang guru pencen Yang berusia lewat 60-an. Gerai yang menjadi sumber rezekinya itu sudah diusahakan hampir 3 tahun. 

Secawan kopi panas diletak dihadapan Abu. Kemudian kerusi ditarik Dan punggung dilabuhkan. Matanya memandang tepat pada wajah hassan vespa yang berada tidak jauh Dari tempatnya duduk.

"Aku tetap tak puas hati. Pak anjang tu buta agaknya." Ujar hassan vespa. Dua tiga orang penduduk kampung Yang menikmati sarapan pagi digerai itu hanya mendengar tanpa sebarang reaksi.

"Sebab dia buta la dia tak pilih kau. Kalau dia pilih kau, silap hari bulan si fatimah tu pegang title janda berhias."  Balas abu selamba. Rokok daun yang terselit dicelah bibir dinyalakan api. Asap disedut perlahan.

Haji ramli menahan ketawa dari tercetus apabila wajah hassan vespa berubah cemberut.

"Mana kau tahu fatimah tu akan Jadi janda kalau kahwin dengan aku? Aku Hassan vespa, siapa tak kenal dengan aku. Boleh dikatakan seluruh penduduk kampung ni bergantung harap dengan aku saja." Hassan vespa mula mendabik dada.

Abu mencebik. Meluat pula dengar butir bicara orang yang langsung tak mahu 'jatuh' ke bawah.

"Memang orang kenal kau. Tapi orang kenal kau bukan dengan sikap kau Yang suka tolong orang. Tapi dengan sikap kau yang suka men'jandakan' anak dara orang. Tuhh! Si Laila anak meon kampung sebelah. Berapa Bulan ja Jadi isteri kau. Lepastu kau ceraikan dia dengan alasan dia tak boleh mengandung. Dah tu kau kahwin pula dengan si janda bibah. Lepas seminggu  dengar kau ceraikan dia dengan alasan badan dah tak 'umphh'. Kau tukar isteri umpama tukar kain. Sebab itu Pak anjang tak terima pinangan kau." Panjang lebar hujahan si Abu membidas Hassan vespa.

"Betul cakap si abu ni.. kau dari muda sampai ke tua tak pernah berubah. Dulu asyik 'mengandungkan' anak orang. Sekarang hobi baru pulak, 'menjandakan' anak orang. Berubahlah Hassan oii.. kau Tu bukannya muda lagi.. sebaya aku dah pun." Kata Haji Ramli. Hassan vespa yang tidak betah berada disitu menyeluk kocek seluarnya. Wang bernot Rm5 diletak kasar atas permukaan meja.

"Terasa hati la tu". Cebik abu. Laungan vespa perlahan-lahan hilang dari pendengaran.

......

Biasan diri di cermin ditatapnya sedalam mungkin. Tangan tidak henti mengusap dari rambut turun ke pipi. Sesekali senyuman menghiasi bibirnya yang mungil.

"Kau bukan tak cantik.. kau cantik! Tapi.. kenapa sampai sekarang tak ada seorang lelaki yang mahukan kau?" Ujarnya. Berbicara dengan diri sendiri.

"Apa kurangnya aku? Nak dibandingkan dengan fatimah tu? Aku cantik , ada rupa.. fatimah? Huh! 24jam bertudung. Rimas!"

"Lihatlah.. pandanglah.. pinggangku yang ramping dan dadaku bidang.."

Nyanyian yang merdu disertai dengan lenggokan tubuh dihadapan cermin membuatkan dia ketawa perlahan. Bangga dengan apa yang dimiliki.

             BERSAMBUNG..


EMBUN (ON GOING)Where stories live. Discover now