EMBUN - BAHAGIAN 5

1K 45 2
                                    

"Di dalam gerimis penuh rahmat dia tersentuh.. Cendawan akrab sesegar pagi mempermai damaikan.."

Gitar dipetik bersama mata yang terpejam. Begitu menghayati lagu yang penuh dengan maksudnya yang tersendiri. Nafas ditarik sebelum bibirnya kembali mengalunkan bait-bait patah lagu tersebut.

"Tak tersedar menyeresapi, kepusar keinsanan.. Membibitkan titis-titis, sepekat warna darah dan dosa!!"

Bukk!!

Satu balingan bantal begitu kuat mengenai wajahnya membuatkan dia yang sedang menjerit bernyanyi terdiam.

"Itu makan dia! Apa nak jadi dengan kau ni? Aku suruh keluar cari kerja, bukannya suruh kau melalak,melolong macam orang gila!" Jerkahan dari si ibu begitu kuat sehingga beberapa orang jiran tetangga terjenguk-jenguk dari dalam rumah mahu melihat.

Azam menarik muka masam.

Aku baru nak berangan jadi artis dah kena kacau. Betul-betul tak boleh tengok hidup aku senang sikit! gumamnya dalam hati. Tidak senang dengan tingkah ibunya yang tiba-tiba bertindak begitu.

"Mengutuk aku dalam hati la tu! Anak jenis apa kau ni zam oiii..."

"Apa mak ni bising-bising.. Malu la sikit dekat jiran tertangga.." Tegur azam. Kurang senang dengan sikap ibunya yang suka menengking itu.

"Eh, menjawab pulak.. Mak ni dah penat dengan sikap kau. Sampai bila kau nak macam ni? Kerja pemalas! Asyik dengan gitar buruk tu saja."

"Tu! Dalam sana ada dua mulut yang nak kena suap. Takkan semuanya nak harapkan mak. Kau dengar tak apa mak cakap ni?!" Sambungnya lagi sambil jari telunjuknya ditunding ke dalam rumah.

Azam diam. Gitar lapuk di tangannya dibelek. Dari tali sehinggalah ke bentuk gitar itu. Gayah mengetap bibir menahan geram yang begitu membuak-buak dalam diri.

Sakit pula hatinya dengan reaksi anak tunggalnya itu. Sudah berbuih mulut ni bercakap, boleh pula anaknya itu buat tidak tahu. Asyik menilik gitar buruk itu sahaja. Kalau diikutkan hatinya yang panas ini, mahu sahaja dia menghempuk gitar itu ke kepala azam. Biar hilang terus ingatannya pada gitar itu.

Uwerkkk... uwerkkk...

Suara tangisan bayi begitu kuat kedengaran dari dalam rumah. Kemudian diselangi dengan suara pujukan dari seorang wanita.

"Shhhhh... jangan nangis sayang.. Adik lapar ya? Kejap ibu buatkan susu.." Botol susu terus dicapai. Laju dia menarik raga yang terisi termos air panas dan juga bekas
susu. Penutup bekas itu dibuka. Seketika wajahnya berubah.

"Aduhh.. Susu habis pula." Ujarnya sendirian. Tangisan yana semakin kuat. Segera dikendong anak kecil itu dan terus dibawa keluar dari bilik.

"Awak.. susu yana dah habis." Beritahunya. Mata tepat memandang azam yang sudah menoleh ke arah lain.

"Awak dengar tak apa saya cakap ni. Susu yana dah habis!"

"Dah tu, beritahu saya kenapa? Pergilah beli." Balas azam selamba. Zati diam. Terasa hati dengan sikap suaminya yang langsung tidak ambil peduli itu.

"Saya tak ada duit. Sebab tu saya minta awak belikan." Balas zati perlahan.

Gayah yang sedari tadi menjadi pemerhati menggeleng kepala berkali-kali. Kesal dengan sikap anaknya yang lepas tangan itu.

"Sudahlah zati.. Tak guna kau suruh laki kau ni. Dia bukannya fikir kau anak beranak. Yang dia fikir gitar buruk tu saja." Ujar gayah. Dia berlalu masuk ke dalam rumah mengambil beg dompetnya. Zati yang masih termangu berdiri di muka pintu di arah masuk ke dalam rumah.

EMBUN (ON GOING)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora