EMBUN - BAHAGIAN 3

1.3K 63 3
                                    

Tok.. tok.. tok..

Ketukan di pintu bilik mematikan lamunannya tentang seseorang. Seketika terpacul wajah hasnida, isteri kesayangannya.

"Boleh saya masuk?" Soal hasnida penuh kelembutan sambil kepalanya dijenguk sedikit dari celahan pintu.

Syakir tersenyum lantas kepalanya diangguk perlahan. Hasnida melangkah masuk. Tidak lupa untuk menutup kembali pintu bilik mereka berdua. Katil yang menempatkan syakir yang sedang terbaring itu dihampiri. Birai katil menjadi tempat labuhan duduknya.

"Saya ingatkan abang dah tidur.." Ujar hasnida. Syakir mengubah posisi tubuhnya. Dari keadaan terbaring kepada duduk. Belakang tubuh disandarkan pada kepala katil.

"Tak mengantuk lagi.. Awak ke mana lama sangat?"

"Macam biasalah.. Temankan anak bongsu abang tidur." Jawab hasnida ringkas. Syakir mengangguk kepala tanda faham. Dahinya diurut sambil keluhan berat dilepaskan.

"Ada sesuatu yang perlu saya tahu ke?" Tekaan hasnida itu membuatkan syakir menoleh memandangnya. Syakir tersenyum buat kesekian kalinya.

"Awak rasa ada sesuatu yang perlu awak tahu?" Soalan berbalas soalan. Hasnida hanya mengangkat kedua bahunya sebagai reaksi jawapan kepada soalan syakir yang berbelit itu.

"Awak nak tahu?"

"Saya sedia untuk mendengarnya." Balas hasnida.

"Tentang along.." Nama yang meniti di bibir syakir membuatkan dahi hasnida berkerut seribu.

"Kenapa dengan along?" Hasnida berasa hairan kenapa suaminya itu tiba-tiba saja menyebut perihal anak sulung mereka.

"Perjanjian tu.." Kata syakir separuh berbisik. Hasnida terpempan. Serta merta riak wajahnya berubah. Dia mengubah kedudukannya agar lebih dekat dengan syakir. Rasa takut dan seram mula menyerang diri.

"Shhh... Jangan diungkit tentang tu abang. Saya tak nak dengar.." Balas hasnida. Suaranya agar bergetar. Tangannya mengenggam erat lengan sasa milik syakir.

Syakir tahu dia sepatutnya tidak perlu timbulkan tentang itu. Tetapi dia terpaksa.  Tambahan pula, anaknya itu tidak lama lagi akan tamat pengajiannya. Mahu atau tidak, perkara ini harus dibicarakan juga.

"Lagi berapa bulan saja along akan balik ke sini. Saya risau nida.. Saya takut kalau.."

Belum sempat syakir menghabiskan kata-katanya, hasnida pantas mencelah.

"Selagi kita boleh diam, kita diam!" Suara hasnida kedengaran sedikit tegas. Matanya bertemu pandang dengan mata syakir. Lama mereka berkeadaan begitu. Seolah-olah seperti mereka sedang melihat sesuatu melalui anak mata masing-masing.

"Rahsiakan segalanya dari pengetahuan mak. Termasuk tentang..qaseh." Bisik syakir di telinga hasnida. Tangannya mendarat di perut hasnida yang kian memboyot.

Hasnida hanya diam. Langsung tidak berkutik walaupun seinci. Wajah suaminya dipandang bersama seribu rasa yang menerjah dalam diri.

"Macam mana kalau mak.."

Syakir pantas meletak jari telunjuknya pada bibir hasnida.

"Shh... Macam mana sekali pun, mak tak boleh tahu."

"Saya tak rasa kita boleh rahsiakan tentang ni. Perut ni dah semakin besar. Apa saya nak jawab kalau mak tanya nanti?"

Syakir bungkam. Matanya melorot jatuh pada perut hasnida yang dilitupi dengan baju itu. Benar kata isterinya itu. Apa yang perlu dia buat? Tak mungkin dia akan biarkan semuanya terbongkar.

Wajahnya diraup. Jelas sekali menunjukkan dirinya berada dalam keadaan yang paling kusut. Syakir mundar-mandir ke sana sini. Hasnida hanya bertindak sebagai pemerhati.

Sekejap syakir berhenti memandang pintu bilik mereka yang masih tertutup rapat itu. Sekejap syakir kembali berjalan ke sana sini sambil tangan berada di belakang kepala meramas rambut.

Seketika tingkah syakir terhenti. Lama syakir berdiri menghadap tubuhnya ke arah almari pakaian yang berada tidak jauh dari tempat hasnida berdiri. Hasnida cuak. Perasaan takut menjalar dalam diri melihat tingkah syakir itu.

Pintu almari dibuka syakir. Beberapa helai pakaian milik hasnida dan sebuah beg kecil diambil. Dengan kasar syakir memasukkan kesemua pakaian hasnida ke dalam beg tersebut. Zip ditarik.

Syakir berjalan merapati hasnida lantas lengan isterinya itu digenggam erat. Hasnida terkejut.

"Ikut abang sekarang!" Kata syakir  serius. Tanpa menghiraukan suara hasnida yang merayu, syakir terus mengheret hasnida keluar dari bilik itu.









Hai semua.. Sorry sbb dah lama tk bersiaran. Sibuk sikit semenjak dua menjak ni. Harap dengan bahagian ke-3 ni boleh hilangkan rasa MENANTI tu dlm diri uollls..

Walaupun hanya sikit saja utk bahagian ni, tapi okey la kan dari tak ada langsung. Jalankan tugas uollss sbgai reader okey! Tekan butang comel bwah tu and komen berbanyak! Daaa....

EMBUN (ON GOING)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz