EMBUN - BAHAGIAN 6

911 51 9
                                    

Syakir masih tegak berdiri di muka pintu menunggu kepulangan anak sulungnya, Qaseh. Lenguh yang terasa menjalar di kedua belah kakinya akibat terlalu lama berdiri langsung tidak diendahkan.

Hasnida menatang dulang yang berisi sepiring pisang goreng bersama seteko air teh dan juga dua biji cawan bercorak bunga biru. Dulang tersebut diletakkan di atas permukaan meja sebelum punggungnya dilabuhkan di sofa.

"Haishh!! Mana along ni? Kata bertolak dari sana pukul 3, sekarang dah pukul 4 lebih. Awak yakin ke dia balik hari ini?" Rungutan beransur pertanyaan tercetus dari mulut syakir. Dia menoleh memandang hasnida dengan riak tidak puas hati.

"Kejap lagi sampailah tu.. Entah-entah jalan sesak." Balas hasnida.

Syakir yang masih tidak berpuas hati berjalan mendekati hasnida. Punggungnya dilabuhkan di sofa berdekatan dengan isterinya.

"Awak telefon dia sekarang!" Arah syakir. Hasnida memandang tepat wajah suaminya. Jelas riak diwajahnya tidak suka dengan kelakuan suaminya yang tidak tahu bersabar itu.

"Yang awak tengok saya kenapa? Saya suruh telefon along, bukannya suruh tatap muka saya yang kacak ni.." Sempat lagi syakir bergurau namun gurauannya dibalas dengan jelingan.

"Bawak-bawaklah bersabar abang oii.. Tak kemananya anak sulung awak tu. Kejap lagi sampailah dia. Nah! Minum air ni dulu. Hilang sikit rasa risau awak tu." Cawan yang berisi air teh ditolak ke arah syakir. Begitu juga dengan piring pisang goreng.

Syakir hanya memandang tanpa menyentuhnya. Lain yang disuruh, lain yang dibuatnya.

Deruan enjin kereta kedengaran tidak jauh dari rumah mereka membuatkan syakir bingkas berdiri. Dihadapan rumahnya sekarang berhenti sebuah teksi. Pintu belakang teksi dibuka dari arah dalam dan qaseh terus melangkah keluar.

Melihat sahaja kelibat anaknya itu, laju syakir meluru keluar dari rumah. Qaseh segera menyalami tangan syakir.

"Kenapa lambat?" Soalan pertama yang terpacul keluar dari bibir si abah. Qaseh terkulat-kulat mahu menjawabnya. Tambahan pula pemandu teksi itu sedari tadi asyik menjeling mereka dua beranak. Hairan mungkin dengan sikap abahnya yang jelas kalut dan risau itu.

Hasnida hanya berdiri di muka pintu memerhati. Dapat dilihat syakir menghulur kepingan wang bernot 10 kepada pemandu teksi itu. Sejurus kemudian beg pakaian milik qaseh diangkat sambil tangannya laju menyambar pergelangn tangan qaseh menuju ke pintu rumah.

"Ke tepi sikit.." Pinta syakir kepada hasnida yang menghalang laluannya. Hasnida berganjak sedikit ke belakang memberi laluan kepada syakir dan qaseh.

"Nida.. awak tutup pintu tu." Arahan syakir hanya disambut dengan reaksi diam oleh hasnida. Namun begitu, hasnida tetap menurut arahan dari suaminya itu. Qaseh melempar pandangan pelik kepada syakir yang masih tidak lepas pegangannya.

"Kenapa ni abah? Lain macam jer.." Ujar qaseh perlahan. Syakir memandang tepat ke dalam mata anaknya itu. Dapat dirasa ada sesuatu yang berada disamping qaseh. Dia kemudian mengalih pandangan pada hasnida yang masih berdiri tidak jauh darinya.

Kerdipan mata sebanyak sekali bersama bahasa isyarat yang hanya mereka berdua sahaja yang faham membuatkan hasnida berlari anak menuju ke dapur. Ditarik laci almari yang terisi pelbagai jenis bahan masakan kering berasaskan rempah ratus. Balang kecil yang mengandungi lada hitam dibuka dan dituang lada hitam itu ke tapak tangannya. Kemudian balang garam kasar dicapai dan dilakukan perkara yang sama.

Kedua bahan sudah berada dalam genggamannya. Tangan kanannya disorok ke belakang dan terus berjalan menghampiri syakir.

"Hulur tangan.."

"Abah nak buat apa dengan lada hitam dan garam tu?" Soal qaseh ingin tahu. Syakir tidak menghiraukan pertanyaan anaknya malah dia semakin tekun membaca sesuatu dan terus menghembus ke arah garam dan lada hitam yang berada di tapak tangannya.

"Aku tahu kau ada.. Dan sekarang aku perintah kau pergi dari sini!" Syakir bersuara. Kepalanya menunduk ke bawah memandang lantai.

"Abah cakap dengan siapa? Dengan along ke?"

"Pergi sebelum aku hancurkan tubuh badan kau!" Kali ini lebih tegas suaranya. Qaseh terpinga-pinga. Dah kenapa dengan abah aku ni? Dia suruh siapa keluar? Aku ke?

"Abah kenapa ni? Ibu.. Kenapa dengan abah? Kenapa ibu diam?" Hasnida juga begitu. Memandang terus ke bawah tanpa bersuara.

'Dah kenapa sampai ke sini kau ikut..' Getus hati kecil hasnida. Tidak kuat rasanya mahu memandang makhluk itu lama-lama. Seperti mahu pengsan dan sebagainya.

"Mungkin dengan cara ini kau akan pergi!"ujar syakir. Dan serentak itu balingan campuran garam kasar dan juga lada hitam mengena tepat ke tubuh badan qaseh.

Qaseh tersentak. Terasa pedih seluruh tubuh berserta dengan rasa yang sukar ditafsirkan. Syakir dan hasnida hanya memandang. Membiarkan qaseh bergelut seorang diri menahan bisa dan pedih di seluruh tubuhnya. Syakir hanya bertindak menyambut tubuh anaknya yang mahu menyembah bumi.

"Tolong abang angkat along." Kata syakir yang memangku tubuh qaseh yang pengsan itu. Hasnida mengangguk.

EMBUN (ON GOING)Where stories live. Discover now