EMBUN - BAHAGIAN 2

1.7K 72 4
                                    

"Tak mungkin pisang berbuah dua kali.."

"Kau nak menidakkan lagi? Kau tak tengok keadaan mayat si husin tu macam mana? Aku yakin itu semua kerja 'dia'!" Bentaknya. Dia yakin dengan apa yang dituturnya. Yakin dengan apa yang difikirnya.

"Tapi abang.. kita sendiri tahu 'dia' dah lama.."

"dah lama apa? Mati? Itu yang kau nak cakap?" Pintasnya memotong percakapan si isteri.

"Kau dah lupa?"

"Saya tak pernah lupa. Saya masih ingat. Mungkin ini semua satu kebetulan."

Dia merengus marah. Kenapa susah benar kau nak percaya ini semua angkara 'dia'!

"Sejak orang bandar tu datang sini, kampung kita ni dah tak aman. Ramai datang mengadu pada aku mereka nampak kelibat yang tak seharusnya muncul di kampung ni!"

"Hanya satu cara saja. Kita kena halau mereka keluar dari sini. Keturunan 'pelesit' tu tak boleh tinggal di sini!" Usia berkata dia terus berjalan menuju ke pintu rumah namun sempat dihalang.

"Jangan abang! Biarkan mereka.. Kita jangan masuk campur. Saya tak mahu abang jadi 'mangsa' seterusnya."

Kata-kata yang keluar dari bibir isterinya membuatkan dia terdiam. Baru dia sedar akan tindakannya yang melulu itu.

"Aku tak akan benarkan sesiapa menyakiti insan yang darahnya mengalir darah aku!"

Suara itu kembali terngiang-ngiang di telinganya.

.....

Kereta meluncur laju membelah jalan raya yang sunyi itu. Tidak ada tanda-tanda untuk syakir berhenti meskipun sudah lebih 4 jam perjalanannnya dari kampung itu.

Badan yang letih ditambah pula dengan suasana malam yang dingin membuatkan syakir terpaksa menahan kantuk yang begitu menyiksa kelopak matanya. Butang kecil radio ditekan. Volume radio diperlahankan supaya tidak menganggu isteri dan anaknya yang sedang tidur.

Celoteh dan gelak ketawa dari dj radio mencetuskan senyuman kecil di bibir syakir. Segala yang meruntun di kepala otaknya hilang buat seketika.

"Kita dah sampai mana abang?"

"Lama lagi perjalanan kita. Awak tidur la dulu. Nanti dah sampai rumah saya kejutkan awak". Balas syakir. Matanya masih tepat menghala ke jalan raya.  Dia perlu memberi sepenuh tumpuan terhadap permanduannya. Tambahan pula jalan yang mereka lalui sekarang merupakan jalan yang kerap terjadinya kemalangan.

"Abang.."

"Iye! Kenapa nida?"

"Kita dah sampai mana?"

Syakir mengeluh. Dah kenapa dengan bini aku ni? Asyik bertanya soalan yang sama saja.

"Kan abang cakap perjalanan kita jauh lagi. Nanti dah sampai abang kejutkan awak.."

Seketika suasana kembali sepi. Tiada lagi pertanyaan dari isterinya. Syakir menutup. kuapan mulutnya dengan belakang tangan.

"Haishh! Kenapa mengantuk sangat ni.." Ujarnya sendirian. Diurut pelipis matanya bagi menghilangkan rasa kantuk yang kembali menyerang.

"Abang kita dah sampai mana?" Buat kesekian kalinya suara milik hasnida kedengaran lagi. Masih bertanyakan soalan yang sama.

"Awak ni dah kenapa nida? Asyik tanya benda yang sama saja. Kan saya dah cakap nanti dah sampai rumah saya kejutkan. Awak tak faham ke?!" Marah syakir sambil kepalanya ditoleh memandang isterinya. Geram hatinya saat itu tidak terkata. Nampak benar yang isterinya sengaja mahu menduga kesabarannya ketika itu.

EMBUN (ON GOING)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن