50 votes + 30 comments
Suyeon melangkah keluar dari pintu rumahnya, sempat dia bersarapan secara tenang. Terima kasih kepada abangnya yang kejutnya lebih awal daripada biasa.
Suyeon melihat langit yang seperti mahu menurunkan hujan. Dia mengeluh perlahan. Sempat dia menggapai sebatang payung berwarna biru gelap. Takut-takut hujan turun semasa dia menuju ke tempat kerja.
Jeon Jungkook POV 💚
Jejaka yang berparas-rupa kacak itu mengerutkan dahinya hingga terserlah kening coklat miliknya itu juga ikut berkerut.
Jungkook bercekak pinggang dihadapan pintu almari dengan keadaan tuala putih dililitkan pada pinggangnya. Rambutnya masih segar basah disebabkan baru selesai mandi.
"jangan cakap yang semua baju aku masih ada di kedai dobi" ujar Jungkook diselitkan keluhan berat dari bibirnya.
"ni nak marah ni" ujar Jungkook lagi.
Jungkook mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja tidak jauh daripadanya.
Nombor Kim Taehyung di dail.
Setelah beberapa detik, panggilan bersambung.
"Taehyung, baju-baju aku masih ada dekat dobi ke?" Jungkook menyoal.
"err, hari tu saya pergi sana, dia cakap yang dia belum iron baju tuan. Lepas tu, dia kata nanti dia sendiri yang akan hantar ke rumah tuan" ujar Taehyung.
"tak ada pun orang hantar" Jungkook membalas.
Buntu Taehyung jadinya.
Jungkook mengeluh, dengan keadaan hidungnya yang tidak henti-henti berair disebabkan selsema lagilah rasa serabut.
Maka, angin bertiup agak kencang daripada biasa, nasib baik tidak terlalu kencang kerana Jungkook masih dapat mengawal marahnya.
"tak apalah, aku pun nak cepat ni. Kalau aku pinjam baju kemeja dengan seluar kau dulu. Boleh?" tanya Jungkook kepada Taehyung.
"boleh, tuan" balas Taehyung.
☆☆☆☆
Kim Taehyung berlari sepantas yang mungkin untuk mengejar Suyeon yang sudah berada jauh dihadapan.
Setelah menghantar set pakaian ke rumah Jungkook, pantas Taehyung memandu ke pejabat untuk mendapatkan Suyeon bagi meminta gadis itu untuk menjadi hidung sementara Jungkook.
"tepi! tepi!" Taehyung menjerit bagi orang memberi laluan untuk dirinya.
Suyeon langsung tidak sedar yang dirinya sedang dikejar oleh kerana dia memakai earphone.
Taehyung mengukirkan senyuman bila dia rasakan yang jarak Suyeon tidak lagi jauh darinya.
Lantas Taehyung meraih lengan Suyeon dari belakang.
Suyeon memberi tindak balas dengan berpaling kebelakang menghadap wajah Taehyung yang tidak kurang kacaknya juga.
"ya?" tanya Suyeon lalu dia menanggalkan earphone dari telinganya.
"Nama saya Kim Taehyung" ujar Taehyung lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman, sempat dia meleraikan tangannya dari lengan Suyeon.
"Eo?" Suyeon memandang wajah Taehyung.
"awak yang semalam tu kan?" tanya Suyeon.
Semalam ketika dia interview lelaki ini duduk disebelah Jungkook dan turut memberikan pendapatnya kepada Jungkook.
"ya! nasib baik awak ingat. Nama awak Suyeon bukan?" tanya Taehyung.
Suyeon mengangguk "Kim Suyeon" dia menyambung.
"wah, nama saya Kim Taehyung, nama awak Kim Suyeon. Nampak tak ada jodoh disitu" Taehyung bergurau.
"Hahaha, pandai-pandai je" balas Suyeon.
"saya ada kerja untuk awak" nada suara Taehyung mula bertukar serious.
"huh?" Suyeon agak blur.
TBC
Acane eh? cerita ni macam tak best je. Kan?
YOU ARE READING
✔ Encik Pengubah Cuaca
Fanfiction▪▪Jangan buat Jeon Jungkook menangis, nanti banjir satu negara▪▪ Apabila seorang jejaka bernama Jeon Jungkook tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling disebabkan masalah yang dihadapi olehnya. 《cuaca berubah mengikut mood nya》 "tahu tak kenap...