12: Uji

7.8K 1.3K 184
                                    

120 votes + 40 comments

Suyeon dan Taehyung mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan didalam kedai 7 eleven itu, setelah mereka membeli semangkuk mee segera setiap orang. Yang sudah siap dimasak didalam ketuhar yang disediakan didalam kedai itu.

Kim Taehyung meniup perlahan mee yang diangkat menggunakan chopstick itu.

Manakala Suyeon hanya memandang keluar tingkap. Jadi, Taehyung turut berpaling untuk menghadap tingkap dengan mulutnya penuh dengan mee.

"Wae? awak tengok apa?" soal Taehyung setelah dia memerhatikan yang tiada apa diluar sana. Cuma hujan yang turun secara lebat.

"Awak percaya tak, yang cuaca ni sebenarnya ikut perasaan manusia?" soal Suyeon secara tiba-tiba. Matanya masih dihalakan keluar tingkap.

"Hahaha, kalau cuaca itu berubah mengikut perasaan manusia, mesti lah dalam sebuah bandar tu akan alami cuaca yang sejuta kali berbeza. Sebab nak ikut perasaan semua penduduk" Taehyung membalas.

"Ani, maksud saya. Cuaca ni mengikut perasaan, orang yang terpilih" ujar Kim Suyeon.

"Mungkin ada" tergantung ayat Taehyung apabila telefon milik Suyeon berdering.

"Sekejap ya" Suyeon meminta secara sopan.

Taehyung hanya mengangguk diikuti dengan senyuman pada bibirnya.

Suyeon slide skrin telefonnya untuk menjawab panggilan tersebut.

"hello" Suyeon menyapa terlebih dahulu.

"Ha, Hello. Adik, dekat mana ni? kenapa tak balik lagi?" abangnya, Kim Seokjin menyoal.

"Adik tengah makan dengan kawan" Suyeon membalas.

"ah, tak apalah kalau macam tu. Maaf ganggu. Sambunglah makan semula" ujar Seokjin secara lembut sebelum memutuskan panggilan tersebut.

Jeon Jungkook POV💚

Jungkook menekan beberapa punat nombor password diganggang pintunya untuk dia memasuki rumahnya.

Setelah pintunya terbuka, Jungkook melangkah masuk. Blazer miliknya dibuka dan sangkutkan pada lengan kirinya.

Manakala, tangan kanannya ralit menekan skrin putih yang mengawal pintu automatiknya. Bahagian Setting dibuka lalu dia menukar password nya.

Sebelum ini, kata laluannya merupakan tahun lahirnya, iaitu 1997. Hampir semua orang yang rapat dengannya tahu mengenai itu. Temasuklah Taehyung, ayahnya dan ibunya.

Jungkook menukar kata laluannya kepada 0143. Setelah memastikan semuanya selesai. Barulah dia berjalan memasuki kamar tidurnya.

Butang kolar bajunya dibuka, lalu diikuti dengan butang pada pergelangan tangan kiri dan kanannya.

Setelah selesai, Jeon Jungkook menghempaskan bahannya ke katil yang empuk itu.

Wajahnya serta matanya memandang syiling rumahnya. Dia berdiam diri sejenak.

"kenapa macam ni? aku bukannya sedih. Tapi kenapa hujan turun" ujarnya sendirian

✔ Encik Pengubah Cuaca Where stories live. Discover now