💜 Special, Poster for ending💜
●●●●
Jungkook mengorak langkah bersama Suyeon sambil mengeratkan genggaman tangan diantara mereka berdua.
Jungkook mengukirkan senyuman bahagia lalu dia mengangkat genggaman tangan dirinya bersama Suyeon itu ke atas.
Sengaja dia buat begitu bagi memberitahu kepada semua pekerjanya yang berdekatan disitu, yang gadis bernama Kim Suyeon itu sudah memiliki Jeon Jungkook sebagai teman lelaki.
Mahu sahaja Jungkook berteriak kepada semua orang yang akhirnya cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
"awak!" Suyeon menjerit kecil akibat tindakan Jungkook yang memalukan itu lalu Suyeon menurunkan tangannya kebawah.
"kalau boleh, aku nak suruh berita siarkan kepada satu dunia tentang kita berdua" balas Jungkook sambil tersengih.
"eyy, ngada" balas Suyeon lalu mencubit lembut pipi milik Jungkook.
"pipi awak tu eyy comel sangat, saya nak cubit kuat-kuat je" kata Suyeon.
Sejujurnya, setiap kali Suyeon menyatakan tentang diri Jungkook comel. Jungkook jadi tidak tentu arah, hampir sahaja Jungkook menjerit suka bahagia disitu.
Suyeon memandang kearah langit yang masih tidak berhenti menurunkan hujan sejak tengah hari tadi.
"awak, memang awak gembira ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk lalu mengeluh kecil.
"cuaca akan jadi huru hara, kalau aku, betul-betul jatuh cinta" suara Jungkook mengendur.
Suyeon memandang kearah Jungkook, adakah takdir bagi lelaki itu untuk tidak bercinta sehingga akhir hayatnya?
Lantas segala persoalan ditolak ketepi, Suyeon mengaku yang dirinya terlajak menyukai jejaka itu, dan Suyeon sanggup mengambil risiko yang akan berlaku sepanjang hubungan mereka ini.
Jungkook masih lagi memerhatikan hujan yang turun tanpa henti itu, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda hujan ingin berhenti.
Jikalau keadaan ini berterusan, akan boleh menyebabkan banjir berlaku.
Jungkook mengalihkan pandangannya kepada wajah Suyeon.
YOU ARE READING
✔ Encik Pengubah Cuaca
Fanfiction▪▪Jangan buat Jeon Jungkook menangis, nanti banjir satu negara▪▪ Apabila seorang jejaka bernama Jeon Jungkook tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling disebabkan masalah yang dihadapi olehnya. 《cuaca berubah mengikut mood nya》 "tahu tak kenap...