27: Mine

7.5K 1.2K 401
                                    

250 votes + 50 comments

"kau tahu kenapa musim luruh itu tiba?" Jungkook menyoal secara tiba-tiba.

"Awak nak sebab yang melibatkan sudut geografi atau sebab yang melibatkan perasaan awak?" Suyeon menyoal.

Jungkook ketawa kecil, masih lagi dia kekalkan pegangan tangan diantara mereka berdua sambil berjalan mara kehadapan serta mendengar alunan lagu dari earphone.

"Biasanya musim luruh terjadi sebab aku marah dan aku mula rasa nak memaafkan" kata Jungkook.

"tapi musim luruh tahun ini, lain sedikit" kata Jungkook.

"wae apa yang lain?"Suyeon menyoal.

"musim luruh berlaku sebab aku rasa simpati" kata Jungkook lalu dia mendongak memang langit.

Suyeon turut mendongak ke langit.

"Maksudnya awak boleh kawal cuaca?" Suyeon menyoal.

Jungkook menggeleng "kalau aku boleh kawal cuaca sudah tentu cuaca akan baik selamanya" kata Jungkook.

"Aku hanyalah, pengubah cuaca. Tidak boleh mengawal" sambung Jungkook lagi.

Suyeon merenung seketika wajah Jungkook, dapat dia merasai kesusahan selama Jungkook hidup di muka bumi ini.

Tidak boleh menangis, tidak boleh marah dan tidak boleh panik seperti manusia biasa.

"bagi saya, awak hebat" kata Suyeon.

"wae? apa yang hebat?" Jungkook menyoal.

"sebab awak masih boleh bertahan. Kalau saya jadi awak. Dah lama saya putus harapan untuk hidup" kata Suyeon.

"aku pun hampir nak berputus asa. Dan, aku nak berterima kasih pada kau sebab hadir dalam hidup aku" kata Jungkook makin dia bahagia apabila dapat tahu yang sebenarnya Suyeon itu belum berpunya.

"Hahaha, awak ni merepek je. Buat apa nak berterima kasih dekat saya" balas Suyeon.

Jungkook mengerutkan dahinya serta kening coklatnya turut ikut berkerut.

"Kim Suyeon, aku serious" nada suara Jungkook mendatar.

Kelu lidah Suyeon.

☆☆☆☆

Jungkook mengunyah makanan sambil memandang kearah ibunya serta ayahnya yang duduk berhadapan dengan dirinya.

"jadi, Jungkook. Macam mana dengan plan collaboration tu?" ayahnya menyoal.

"Ok, nanti baru nak adakan dinner dengan pengarah syarikat ni" balas Jungkook.

Ayahnya hanya mengangguk.

"malam ni Jungkook tidur rumah ibu ya" ibunya seakan-akan memujuk.

Jungkook hanya mengangguk tanda dia bersetuju.

"hari tu, yang di Paris kenapa, Jungkook?" Ibunya menyoal.

✔ Encik Pengubah Cuaca Where stories live. Discover now