180 votes + 35 comments
"T-tolong aku" ujar Jungkook sambil memandang tepat kearah mata Suyeon.
Sungguh, Jungkook berasa panik dan dia bertambah panik selepas menonton berita sebentar tadi.
"Tolong apa?" Suyeon menyoal lalu dia berjalan mendekati Jungkook.
"Aku kena panic attack" ujar Jungkook. Kadar hembusan udara dari mulutnya mula meingkat.
"U-uh o-okay, tarik nafas" Suyeon pula yang berasa panik bila melihat keadaan Jungkook begitu.
Jungkook menarik nafas sedalam-dalam yang dia mampu.
"okay, lepas" kata Suyeon lalu Jungkook menghembus perlahan nafasnya.
Jungkook menyelak langsir dengan kasar sehingga langsir itu bergerak ketepi.
Angin masih lagi bertiup kencang. Suyeon mendekati tingkap tersebut lalu dia melihat keadaan diluar.
"Kuatnya angin, ni dah nak ribut teruk ni" ujar Suyeon.
Makin Jungkook menjadi panik apabila Suyeon berkata yang ribut teruk akan berlaku.
Maka,angin makin kencang sehingga dedaun pada pokok mula tercabut dan melayang.
Lantas Jungkook menekup mulut Suyeon. Terbeliak mata Suyeon jadinya.
"D-diam" kata Jungkook sambil termengah-mengah mencari nafas.
Suyeon menyentuh wajah Jungkook menggunakan kedua belah tapak tangannya.
Mereka berdua kekal statik disitu buat sementara waktu, perlahan-lahan degupan jantung Jungkook kembali normal.
Barulah Suyeon meleraikan tangannya dari pipi Jungkook dan Jungkook menjauhkan tangannya dari bibir Suyeon.
"okay?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk perlahan lalu dia melihat keluar tingkap.
Angin kencang sudah berhenti. Jungkook melihat banyak kerosakan yang berlaku dibawah sana.
Perlahan-lahan dia meraup wajahnya, dengan itu, hujan rintik-rintik mulai membasahi bumi.
Seperti mana Jungkook mula menangis kecil.
"A-awak janganlah menangis" kata Suyeon.
"Aku tak suka dilahirkan macam ni" kata Jungkook, masih lagi dia membenamkan wajahnya pada tapak tangannya sendiri.
"ah, wae? saya rasa awak orang paling bertuah yang saya pernah jumpa. Umur yang muda pun sudah ada syarikat sendiri, keluarga pun complete, apa awak nak semua boleh beli" kata Suyeon lalu dia membongkokan sedikit tubuhnya bagi menyamai Jungkook yang terduduk di kerusi.
"Kau tak tahu apa-apa" kata Jungkook, makin banyak air matanya yang mengalir akibat terlalu takut.
Sejujurnya, Jungkook takut untuk melihat keadaan sekeliling yang musnah disebabkan dia tidak mampu mengawal emosinya.
"Ya Jungkook, memang saya tak tahu banyak pun tentang awak. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan saya ni. Awak sepatutnya bersyukur" kata Suyeon.
"Kau tak tahu apa-apa!" Suara Jungkook mula meninggi.
Zrang!
Bunyi guruh berdetum kuat.
Suyeon mengetap giginya.
Perlahan-lahan Suyeon memeluk bahu Jungkook.
Disebabkan tindakan Suyeon itu, Jungkook terkaku seketika.
"kalau awak rasa menangis tu buat awak tenang. Jadi, menangislah" kata Suyeon sambil menepuk perlahan bahu Jungkook.
"Hidup ni memang penat, bukan? Kadang-kadang rasa nak mengalah tu selalu ada" kata Suyeon secara lembut menyapa telinga Jungkook.
Jungkook masih lagi kekal mendiamkan diri.
Deruan nafas yang dihembuskan oleh Suyeon, terlalu hangat. Sehinggakan Jungkook tidak terasa kesejukan penghawa dingin didalam hotel itu.
"Aku nak tidur" kata Jungkook setelah lama mereka berdua menyepi.
"O-oh maaf" kata Suyeon.
Suyeon menjauhi beberapa langkah dari Jungkook, lalu dia naik ke katilnya sendiri.
Suyeon menarik selimut pada katilnya dan mencecah hingga ke paras kepala.
"Aduh, kenapalah aku pergi peluk dia tadi" Suyeon menyalahkan dirinya sendiri.
Jungkook menghempas perlahan kepalanya pada bantal dikatilnya.
Sempat dia berpaling sedikit ketepi bagi melihat ke arah katil milik Suyeon.
Jungkook merenung lama kearah katil Suyeon.
"Selamat malam" kata Jungkook perlahan sebelum dia melelapkan matanya.
TBC
Ok, part ni agak kelaut sedikit, bukan?
T-T fed up ah macam gini
Oh ya, part lepas ni, sweet dia semanis honey
YOU ARE READING
✔ Encik Pengubah Cuaca
Fanfiction▪▪Jangan buat Jeon Jungkook menangis, nanti banjir satu negara▪▪ Apabila seorang jejaka bernama Jeon Jungkook tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling disebabkan masalah yang dihadapi olehnya. 《cuaca berubah mengikut mood nya》 "tahu tak kenap...