9: Shopping

7.8K 1.3K 341
                                    

100 votes + 40 comments

"Shopping" ringkas sahaja jawapan yang Jungkook berikan kepada Suyeon.

"nak buat apa?" soalnya lagi.

"aku nak beli baju aku" ujar Jungkook sebelum dia memasuki tempat parkir kereta.

Setelah jejaka yang bernama Jeon Jungkook itu berpuas hati dengan kedudukan cara dia memarkir, barulah dia menarik handbrake ke atas.

Jungkook berpaling menghadap ke sebelah kanan untuk membuka seatbelt miliknya, sempat dia menoleh memandang sejenak wajah Kim Suyeon.

"Wae? Tak nak ikut?" tanya Jungkook.

"Ani.. cuma sekarangkan waktu berkerja" ujar gadis itu.

"sekarang pukul 12 tengah hari bukan? waktu makan tengah hari kan? sampai pukul 2 petang. Kira waktu rehatlah tu" Penjelasan yang diberikan oleh Jungkook amat padat dan ringkas.

Suyeon menepuk perlahan dahinya, lupa pula sekarang waktu makan tengah hari.

"Turunlah" ujar Jungkook sebelum dia membuka pintu keretanya sendiri lalu keluar.

Dengan kelam-kabut nya Suyeon membuka pintu, malangnya dia terhantuk pada bucu pintu kereta itu.

"aduh" Suyeon mengaduh kesakitan.

"Hey, kau ni, kalau pecah kepala dekat situ, siapa nak cuci kereta aku" ujar Jungkook sebelum dia menekan punat bagi mengunci kereta itu.

Suyeon hanya diam dan mengusap perlahan dahinya yang sakit itu, sempat dia mencarut secara perlahan disebabkan perangai Jeon Jungkook itu.

"Babi kau Jeon Jungkook" perlahan sahaja Suyeon ungkapkan bagi tidak didengari oleh Jungkook.

Jungkook sudah berjalan jauh dihadapan. Sudah hampir memasuki pintu masuk.

Cepat-cepat Suyeon belari mengejar jejak langkah Jungkook dari belakang.

Jungkook menekan butang lif lalu dia menyelukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya.

Sungguh! hal itu lebih menampakkan dia lebih kacak dari biasa.

Suyeon memperlahankan langkahnya apabila sudah berada bersebelahan dengan Jungkook.

Ting!

Lif tiba lalu pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk kedalam lif tersebut.

Apabila pintu lif tertutup, maka jelaslah suasana dalam lif itu sungguh sunyi.

"dahi kau ok?" soalan Jungkook memecahkan kesunyian itu.

Perlahan-lahan Suyeon mengangguk.

"ok" balas Suyeon. Suyeon mula merasakan bahawa, Jungkook bukanlah seorang yang kejam, tetapi dia jenis yang mengambil berat dengan cara yang tidak terlalu menonjol.

Bak kata orang, smooth je. Boyfriend materials gitu, Ceh!

"Lain kali, hati-hati" Ujar Jungkook lagi.

Suyeon hanya menunduk kebawah, ingin sahaja dia menarik balik apa yang dia kutuk Jungkook sebentar tadi.

☆☆☆☆

"Awak, kedai ni macam tutup je" ujar Suyeon apabila melihat Jungkook menuju ke sebuah kedai yang pintunya bertutup.

Biasanya kalau kedai, pasti pintunya terbuka bagi menarik pelanggan masuk. Tapi, kedai ini tertutup rapat pintunya. Macam tak nak bagi orang masuk.

✔ Encik Pengubah Cuaca Where stories live. Discover now