320 vote + 40 comments
"hari ni, aku hantar kau balik rumah tau" bisik Jungkook ditelinga Suyeon.
Lantas Suyeon memandang kearah lelaki itu. Jungkook hanya membuat muka innocent disitu.
Geram sahaja Suyeon ingin mencubit-cubit pipi lelaki itu akibat terlalu comel.
Lalu Suyeon mengangguk tanda setuju sahaja.
☆☆☆☆
Jungkook mengeluh kecil apabila mendapati yang jalan ingin memasuki kawasan perumahan Suyeon itu, sedang dibaiki.
Jadi, untuk masuk kedalam, perlu berjalan. Sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk.
"Tak apalah, awak hantar sampai sini pun saya dah cukup bersyukur" kata Suyeon.
"Jom" balas Jungkook.
"apa?" Suyeon menyoal.
"aku hantar kau sampai dalam" kata Jungkook lalu mematikan enjin kereta.
"eh, tak payah lah. Susahkan awak je" balas Suyeon.
"siapa yang hantar kau balik?" sengaja Jungkook menyoal.
Suyeon mengeluh, sudah datang kembali perangai hanat Jeon Jungkook.
"suka hati awaklah" ujar Suyeon lalu membuka pintu kereta.
Jungkook hanya mengukirkan senyuman bila melihat reaksi gadis itu, baginya sungguh comel!
Lantas Jungkook turut turun dari kereta dan mengejar langkah Suyeon, sempat lelaki itu mengunci kereta miliknya.
Jungkook memperlahankan langkahnya apabila dia hampir menyamai langkah Suyeon.
"hari tu, masa hantar kau balik yang kau tengah mabuk tu. Dekat kawasan sini, ada suara perempuan menjerit, lepas tu dia bercakap dengan seorang lelaki" kata Jungkook kepada Suyeon.
"maksud awak, mak cik Yeon dengan pak cik Tan ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook hanya mengangkat bahu tandanya dia tidak tahu itu siapa.
Suyeong menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah rumah yang tidak jauh dari situ.
"awak dengar dari kawasan lorong situ?" Suyeon menyoal.
Jungkook mengangguk laju.
"oh, mereka tu pelakon teater, selalu sangat dengar macam-macam bunyi sebab mereka berlatih" kata Suyeon.
Jungkook terkaku, jadi, hari itu. Cuma lakonan, yanh dia dengar tanpa sengaja. Ah, Jungkook tertipu.
Boleh rujuk part 14.
Jungkook mengembungkan pipinya tanda tidak berpuas hati.
Hal itu membuatkan Suyeon tergelak kecil.
"awak ni suka sangat buat riak wajah yang comel" kata Suyeon.
Jungkook hanya meneruskan berjalan kehadapan tanpa memandang wajah Suyeon, disebabkan Jungkook tersengih suka sehinggakan dia tidak boleh menyorokkan senyuman bahagia itu lagi.
YOU ARE READING
✔ Encik Pengubah Cuaca
Fanfiction▪▪Jangan buat Jeon Jungkook menangis, nanti banjir satu negara▪▪ Apabila seorang jejaka bernama Jeon Jungkook tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling disebabkan masalah yang dihadapi olehnya. 《cuaca berubah mengikut mood nya》 "tahu tak kenap...