16: Hotel

7K 1.3K 312
                                    

155 votes + 20 comments

"M-macam mana ni" ujar Suyeon sambil memandang wajah Jungkook.

Jungkook menghela nafas lembut dari bibirnya.

"Nanti kapal terbang jatuh lepas tu, bergolek jatuh ke bukit. Lastly kita mati" kata Jungkook disertakan dengan riak wajahnya yang dingin itu.

"A-awak janganlah cakap macam tu" kata Suyeon perlahan.

"Hahaha, Chill lah. Aku kan ada. Aku gurau je tadi tu" ujar Jungkook, terbit satu senyuman dari bibirnya bagi melegakan gadis itu. Tidak mengena nanti gadis itu meraung akibat takut menaiki kapal terbang.

Kim Suyeon merenung wajah Jungkook buat seketika.

☆☆☆☆

Jungkook memakai earpod miliknya, lagu klasik karya Beethoven dimainkan iaitu, Ode To Joy.

Manakala Suyeon yang mengambil tempat duduk tidak berhenti-henti daripada  meng ungkapkan panic nya.

"Sudah lah tu, Kim Suyeon" Ujar Jungkook perlahan tanpa memandang wajah Suyeon yang berada disebelahnya itu.

"A-awak.. macam mana ni" ungkapnya perlahan.

Lantas Jungkook meraut telapak tangan kanan milik Suyeon lalu dipegangnya kemas.

"Dah diam" kata Jungkook lalu dia menyandarkan kepalanya pada tempat duduk itu.

Mujur sahaja Jeon Jungkook memilih business class disebabkan dia tidak suka bercampur dengan ramai orang terutamanya kesesakan di economy class.

Suyeon memejam rapat matanya bila terasa kapal terbang tersebut mula naik ke udara.

Jungkook kekal tenang dan masih lagi dia mengekalkan genggaman kemas antara dirinya bersama gadis itu.

☆☆☆☆

Jungkook melambai tangannya bagi menahan teksi di kawasan lapangan terbang antarabangsa France itu.

Manakala Suyeon setia berdiri disebelah Jungkook dan menunggu apa sahaja yang Jungkook lakukan.

Setelah beberapa detik berlalu, sebuah teksi datang menghampiri mereka berdua.

Pemandu teksi tersebut keluar dari teksinya lalu membuka bonet keretanya lalu memasukkan beg roda milik Suyeon dan Jungkook didalamnya.

Jungkook dan Suyeon mengambil tempat duduk di seat belakang.

Setelah selesai, pemandu teksi tersebut masuk semula kedalam teksinya dan duduk di tempat pemandu.

"May I know your destination?" soal lelaki berbangsa perancis itu.

Jungkook menyadarkan kepalanya pada cermin tingkap kereta lalu berkata
"Hôtel Ritz Paris" lalu Jungkook memejam matanya dan menghela nafas perlahan.

Pemandu tersebut hanya akur dengan destinasi yang di katakan oleh Jungkook tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel penginapan mereka, Jungkook kekal berdiam diri manakala Suyeon tidak berhenti memandang keluar tingkap bagi menghayati pemandangan negara asing ini.

"Are you going for honeymoon, miss?" soal pemandu teksi tersebut kepada Suyeon.

"No, we are here because we have a lot of works to do" Jungkook menyampuk perbualan itu.

"Dia tanya apa?" soal Suyeon.

"Dia tanya, esok hari apa" balas Jungkook secara malas.

Suyeon hanya mengangguk tanda dia percaya.

"Kau percaya?" soal Jungkook.

Suyeon mengangguk tanda ya. Jungkook berdecit perlahan.

"aku gurau je, dia tanya adakah kita berdua nak pergi berbulan madu" ujar Jungkook.

Suyeon memandang wajah Jungkook seketika, boleh sahaja dia teruskan menipu, akan tetapi dia tetap memberitahu hal sebenar.

Jelas sekali Jeon Jungkook bukan orang yang suka menipu.

"lepas tu awak jawab apa?" soal Suyeon.

"Aku cakaplah, tak. Kita datang sebab ada kerja nak buat" kata Jungkook.

Sejujurnya Suyeon tidak menguasai bahasa inggeris, hal itu menyebabkan dia mengalami kegagalan komunikasi dengan orang asing.

☆☆☆☆

"I've already booked two rooms from this hotel" ujar Jungkook pada pegawai itu.

"I'm so sorry for our mistakes. There's only one room available right now" ujar lelaki berbangsa perancis itu selaku penjaga kaunter di tingkat menyambut tetamu di hotel tersebut.

Jungkook memandang tajam kearah lelaki itu.

Zrang!

Bunyi kilat yang dipancarkan dari langit diikuti dengan bunyi guruh yang amat kuat.

"A-awak, kita pergi hotel lain jelah" kata Suyeon.

"Tapi syarikat aku dah bayar hotel ni, membazir tahu tak?" balas Jungkook.

"Dah tu.. tinggal satu bilik je yang kosong sekarang ni" kata Suyeon.

Lantas Jungkook berpaling memandang kembali lelaki itu.

"How about the available room? 2 single bed or queen bed ?" Jungkook menyoal tentang bilik yang masih kosong itu.

"2 single bed, sir" balas lelaki itu.

"Okay, I take it" ujar Jungkook.

Lelaki itu memberikan kad bilik hotel kepada Jungkook.

"Harga je mahal, servis teruk" ujar Jungkook yang menyebabkan lelaki berbangsa perancis tersebut tidak memahami bait-bait kata Jungkook.

"Kita kongsi bilik" ringkas sahaja Jungkook ungkapkan kepada Suyeon lalu Jungkook menarik beg rodanya menuju ke lif.

"Oh, okay" kata Suyeon lalu menarik beg menuruti Jungkook.

Tiba-tiba langkah Suyeon berhenti.

"Eh kejap! kongsi bilik?!"

TBC

Aku tahu English aku hancur, mohon jangan kecam 😂

Siapa yang masih loyal ngan cite ni??












✔ Encik Pengubah Cuaca Where stories live. Discover now