DIRI YANG DULU

4K 56 1
                                    

Darah yang mengalir dari pergelangan tangan hanya aku pandang kosong. Tiada perasaan apa yang ada hanya KOSONG. 

Pintu bilik air yang di ketok bagaikan nak roboh aku tidak perdulikan. Ada aku kesah kau nak ketok ke, kau nak tukul ke, kau nak sepak ke...  Aku tak kesah.

"Marsha! Buka pintu ni! Marsha!!  Aku tahu kau dengar!!. Jangan macam ni wehhh.  Aku tahu kau kuat!!.  Please tolong buka pintu ni!!"

Jeritan jessica dari luar membuatkan aku bengan. Darah yang mengalir dari tangan dan mula jatuh ke lantai cepat cepat aku bilas dengan air.

"Woi jes!! Aku nak basuh tangan pun tak senang. Kau tak reti sabar ke!?. Kejap aku nak cuci tangan yang kena darah ikan ni"

Selesai cuci darah ikan yang mengalir di tangan. Pintu di buka tersembur muka jessica yang tersengih macam kerang mampus.

"Ala...  Jangan marah aku saja je..  nak gurau, tu pun nak marah bencilahhh"
balas jessica.

"Banyak lah kau punya gurau...  Dah aku dah hilang mood nak masak. Aku bagi kau 15 minit untuk siap lepas tu kita keluar makan. Kalau lambat say bya ii"

sambil aku melangkah menuju ke arah bilik aku yang terletak di tingkat atas.

"Okey, kejap aku siap" dengan pantas binti bedesupnya dia menghilang entah ke mana.

Aku tersenyum melihat gelagat jes. Kalau tak perangai macam budak tak sahh. Tapi kalau dia tak buat macam tu bosan lah hari-hari aku. 

Ada hikmah rupanya ada seseorang yang bangang macam jes ni. Hahahah. Sorry jes aku termengata,  jangan marah a....

Aku masuk bilik untuk bersiap,  alah bersiap ala kadar je... Janji tak selekeh kan.... Tengah aku nak betulkan cap atas kepala. Boleh pulak minah senget tu datang dari belakang dan peluk aku.

"Kau nak apa jes? Aku kata pi siap...  Kau ni aku tinggalkan baru tahu"

Aku tengok dari pantulan cermin di depan aku. Jes hanya senyum sambil pelukan di eratkan.

"Aku dah siap kau tu yang tak siap² lagi. Emm Mar.. Aku nak tanya kau boleh?" nyempat lagi dia nak bertanya sambil buat muka comel. Cair aku.

"Hmmm apa?" Pelukan yang dia beri aku biarkan. Kerana aku rasa selesa. Entah kenapa tapi.. Aku suka.

"Sampai bila kau nak hidup macam ni?" slow² dia lepaskan pelukan. Muka dia hanya di tundukan ke bawah melihat lantai.

"Apa maksud kau ni!?" entah mengapa aku mula cemas dengan soalan dia. Aku...  Aku rasa aku tak sedap hati.

"Tolonglah Mar...  Kau kena teruskan hidup. Kau kena lupakan aku Mar... Kau kena! tolong lupakan aku dalam hidup kau.  Kau carilah orang lain untuk ganti tempat aku! Aku tak tenang kau macam ni. Please Mar lupakan memori kita bersama dan buka buku baru" dia seakan merayu.  Suaranya mula menghilang. Aku tengok dari dalam cermin.  Dia masih ada.

"Aku tak mampu jes...  Aku tak mampu. Kau orang pertama yang mampu curi hati aku. Aku takkan lupakan kau dengan mudah. Takkan"
Tampa aku sedar air mata aku mengalir. Pedih...  Hati aku pedih mengenangkan apa yang berlaku.

"Kalau kau sayangkan aku, kau kena cuba. Aku tahu kau boleh. Tolong lupakan aku Mar demi kebaikan kau. Aku mintak sangat² kau cari pengganti aku. kau kena jadi diri kau sebelum kau jumpa aku. Tolong lupakan aku Siti nur Marsha binti tan Sri Muhamad Khairy" sebaik ayat terakhir di lafazkan dia terus hilang bagaikan bayang².

aku terduduk kaku. Air mata terus mengalir tampa henti. Rindu, hanya itu yang mampu aku katakan.

Jes...  Kenapa kau pergi terlalu cepat? Saat aku kenal erti bahagia bersama kau, kau jugak yang mengajar erti derita. Jes Sungguh selepas pemergian kau, aku tak mampu nak tempuhi hari² yang mendatang lagi.

HatiWhere stories live. Discover now