MARAH

1.6K 43 8
                                    

Syuhada berjalan di belakang. Dia memegang fail yang ada maklumat tentang kerugian syarikat selama sebulan ketiadaan aku.

Pintu bilik mesyuarat aku buka dengan kasar. Amarah di dada masih membara. Mereka yang berada di dalam bilik tersebut terdiam kaku.

Mesti mereka terkejut dengan kemunculan aku semula. Ya...  Al maklum lah selama sebulan aku menyepi,  mereka ingat aku akan tetap hilang sampai mampus. Jadi sebab tulah mereka tak sangka aku datang hari ni.

Fail yang di pegang syuhada aku rampas kasar lalu aku hempak kuat di atas meja. Habis mereka terkejut. Renungan tajam bak helang aku lempar kan.

Ada di antara mereka berpuluh dan tak kurang juga yang langsung tidak melihat ke arah aku.  Takut?  Memang patut pun mereka takut sebab kejap lagi singa nak mengaum.

Penyaman udara bagaikan tak mampu nak sejukkan hati aku yang menggelegak kepanasan.

"Aku nak tanya korang semua ni..  pejabat ke sekolah?"tanya aku dalam kemarahan.

Mereka masih diam. Sekarang baru reti nak diam, sebelum ni bukan main macam pasar malam bising.

"When I ask you all don't shut up!!"
Terhinjut bahu mereka bila aku menjerit.

"Answer me!!" Making menggelegak hati aku bila mereka semua masih diam. Syuhada di tepi hanya tertunduk. Mungkin takut?

"Baik kalau korang nak diam tak apa, tapi lepas ni jumpa aku ambil surat berhenti" fail di atas meja aku ambil balik. Baru je aku nak melangkah setapak, aku dengar suara yang menjawab.

"Ni pejabat puan" agak pelahan tapi cukup untuk aku dengar. Aku lepaskan keluhan berat.

Dah lah aku masih kecewa dengan pemergian jessica dan semua ni pulak berlaku. Tapi semua ni memang salah aku kalau aku tak tinggal pejabat aku terlalu lama semua ni takkan berlaku.

"Tahu pun pejabat yang korang memekak macam pasar malam tu kenapa?" aku yang berdiri mula duduk.

Aku kerutkan dahi memerhati semua orang yang ada di dalam bilik mesyuarat ni. Ya...  Aku baru perasa yang khalis tak ada dalam ni.  Mana dia?

Mana CEO syarikat ni?  Mana?  Mana orang yang patut handle syarikat ni masa aku tak ada? 

Aku pandang syuhada dengan pandangan bingung tapi tetap menakutkan. Syuhada yang tengok aku pandang dia terus menundukkan kepalanya.

"Syuhada mana khalis? Dia ada appointment dengan customer ke?"
Tanya aku.

Syuhada diam tak ada sebarang jawapan. Aku pandang yang lain mereka hanya tundukan kepala.

"Syuhada i asking you " dia angkat kepala. Dia bagi aku senyuman paksa.

Sekarang ni aku tanya dia jawapan boleh pulak dia bagi aku senyuman paksa dia dekat aku. Woi kau faham tak aku tanya!!  Bukan mintak kau senyum.

"Tuan kha..  Khalis pergi cuti dua minggu dekat Osaka" terbeliak beb mata aku dengar jawapan dia.

Terus tangan aku hentak dekat atas meja. Panas weh..   Masa kompeni ada masalah boleh pulak dia pergi holiday. Siap kau khalis,  kau nak cuti e....  Nanti aku bagi kau cuti seumur  hidup tampa gaji.

Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kejap...  Dia cuti lama lama tu guna duit dia ke...  Atau duit family dia?

"Dia guna duit dia ke? " tanya aku lagi.

"Duit syarikat puan" rasa macam dah pecah otak aku masa syuhada jawab.

"What!!!  Dia guna duit kompeni!? " habis orang dalam bilik ni macam nak terkencing bila aku menjerit.

HatiWhere stories live. Discover now