2 6 | deaths

1.2K 65 4
                                    

Kuala Lumpur International Airport

"Penerbangan MH 256 dari London ke Kuala Lumpur selamat mendarat jam 2.35 pagi tadi."

Suara announcer yang mengumumkan ketibaan pesawat tersebut tidak diendahkan. Matanya melilau ke lautan manusia yang baru saja keluar dari balai ketibaan.

Kaki dihentak perlahan sambil mengeluh.

"Mana pulak dia ni," bebelnya. Jam di tangan dikerling.

"Biasa dia jalan laju, kenapa dia lambat semacam?"

Tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang. Dia tersentak. Dia terus memusing tubuh ke belakang.

"Looking for me huh?"

Bibir terukir senyuman sinis. Dia mendecit sebelum menumbuk bahu si penyapa.

"Welcome back bro. Kau dah boleh jalankan misi untuk tuntut hak kau balik," katanya.

Dia menggeleng.

"Not so fast. Aku nak warm up dulu, Sean. Aku nak tinjau sekeliling untuk biasakan diri baru aku boleh jalankan misi aku."

Sean hanya mengangkat bahu.

"Apa gunanya aku kat sini kalau aku tak tolong kau?"

"It's okay. Aku akan perlukan kau jugak satu hari nanti."

Sean mengangguk. Bahu lelaki itu ditepuk.

"Let's make a move. Aku tau kau jetlag lagi kan? Jom," ajak Sean lalu selamba menarik bagasi lelaki itu.

Lelaki itu hanya kekal menayang riak beku, lalu berjalan di sebelah Sean. Anak mata hijau miliknya memerhati kawasan sekelilingnya.

I'm back, for my tesoro.

Tanpa dia sedari, sepasang mata kelabu memerhati gerak-gerinya. Mulutnya pula aktif mengunyah gula-gula getah. Tangan yang berada dalam poket dikeluarkan bersama telefon di genggaman.

Nombor seseorang didail lalu telefon ditekap ke telinga.

"Info?"

"He's really make a comeback. For her."

"Okay, next step?"

"Trace his location."

"Heh, a piece of cake bro. Ciao."

Telefon dijatuhkan semula. Rambut yang terasa terjuntai ke dahi dikuak ke belakang.

"Lei è la mia cugina del cazzo. (she's my fucking cousin) Touch her, you die son of bitch!"

×××

Carl's Development

"Okay that's all for today, thank you. You may dismissed."

Elena mengangguk saat pekerjanya menunduk hormat ke arahnya.

"Thank you Miss Carla," ucap salah seorang pekerjanya. Elena mengangguk.

"Welcome."

Setelah bilik mesyuarat yang padat dengan manusia tadi telah kosong, Elena menyandarkan tubuhnya ke kerusi lalu menghela nafas berat.

Dia tidak boleh menunjukkan lelahnya ketika bersama para pekerjanya kerana itu hanya melambangkan dia sebagai seorang majikan yang tidak bertanggungjawab dan culas dalam pekerjaan.

Alexander HelenaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin