4 7 | new target

920 52 4
                                    

Lawrence's Cafe

"Nuh, aku dah lama tak nampak kau senyum lebar macam ni. Apa cerita? Dah ada berita baik ke untuk aku?" soal Hazran sebaik saja dia terlihat kelibat Alex memasuki ruang pejabatnya.

Maklumlah, tadi dia sibuk mengira stok bahan-bahan di stor simpanan sampai tidak perasan akan kelibat Alex yang berada di bahagian barista untuk menyiapkan pesanan pelanggan. Apabila dia selesai mengira stok, Alex terus saja bergerak masuk ke dalam pejabat dan Hazran mengekorinya masuk.

Melihatkan Alex yang sedang menggantungkan apron yang dipakainya di sebuah rak dan tidak memberi sebarang respons dengan soalannya membuatkan Hazran mendengus tidak puas hati.

"Come on Nuh. We've been friends for years. What's up with your new life?"

Alex hanya menggelengkan kepalanya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya sambil memandang Hazran yang terlihat sangat teruja untuk mengetahui bagaimama kehidupannya selepas berkahwin.

"What are you today, Ran? A paparazzi need a hot topic from me?" soal Alex, sedikit sinis.

Hazran menghela nafas kecil. Tangan disilangkan ke dada.

"Inilah member. Bila dah bahagia, lupa member susah senang. Lepas tu, bila kita nak tanya khabar dia, dia kata kita ni paparazzi pula. Kau ingat aku ni macam Hazrina ke?" omel Hazran.

Alex tersengih.

"Sejak bila kau ambil serius dengan gurauan aku? Oh, I got it. Aku baru tau kau ada soft side."

Hazran mengetap rahangnya. Pen di tangannya dibaling ke arah Alex. Lelaki itu sempat mengelak sambil ketawa lepas.

"Kau siapa sampai aku nak tunjuk soft side aku? Menyampah aku cakap dengan kau ni," kata Hazran dan dia terus berlalu keluar dari pejabat Alex.

"Aik? Merajuk? He's so weird today," omel Alex sendirian.

Drrrt.

Alex menoleh memandang skrin telefonnya yang menyala di sebelah planner miliknya.

esposa <3
Dah sampai kafe? How's everything?

Alex tersenyum nipis. Laju tangannya menaip di telefon untuk membalas pesanan ringkas daripada isterinya itu.

everything's fine. you can come over whenever you want, babe.

Alex meletakkan semula telefonnya dan mengambil pen yang dibaling oleh Hazran sebentar tadi di lantai.

Drrrt.

Alex meletakkan pen Hazran di mejanya lalu mengambil kembali telefonnya.

Okay, I'm on my way.

Alex mengerdipkan matanya berkali-kali. Takkan lah isterinya tidak pergi ke pejabat?

awak tak masuk office ke hari ni?

Tak. Saya nak buat kerja saya kat pejabat awak. Boleh kan? * puppy eyes *

Alex tersenyum sekali lagi.

anything for you, my wife. be safe.

Alright! ♡

"So, I need to prepare something special for her then."

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now