3 2 | preparation II

967 47 4
                                    

Persiapan bahagian ; pakaian

Kereta Porsche Panamera biru metalik milik Erfan sudah selamat diparkir di ruang parkir yang tersedia di sekitar butik itu.

Erfan menurunkan Ray-Ban Aviator yang dipakai. Dia memandang Elena di sebelah.

"Are you sure this is the place?" soal Erfan, mahukan kepastian daripada kembarnya itu.

Dia cuma... kagum dengan butik itu. Tampak gah dengan auranya tersendiri.

Charamaine Boutiques and Consultants.

"Okey jom. Kita masuk dan tengok-tengok dulu," kata Erfan. Elena hanya mengikut. Dia turun daripada kereta lalu berjalan menuju ke pintu masuk. Erfan mengunci kereta sebelum berlari anak mengejar langkah Elena yang laju.

Dalam hati, Erfan mendengus.

Taulah dia dah nak kahwin. Aku je ni yang masih single.

Elena membuka pintu butik itu. Kelihatan seorang pekerja butik menunduk hormat kepadanya.

"Selamat datang ke Charamaine Boutiques and Consultants, ada apa yang boleh saya bantu?" soal pekerja di situ.

Elena melirik matanya ke arah tag nama gadis itu.

Areefa.

"Hm, semalam I ada call butik ni, and I bercakap dengan Rania. Is she here? Dia tetapkan appointment I dengan Cik Tihani jam 9 pagi."

Areefa mengangguk.

"Jadi, cik ini.. Cik Irish Helena?"

Elena mengangguk.

"Okey cik boleh duduk di ruang menunggu di sana sebentar, saya akan panggilkan Cik Tihani. Sementara itu, cik bolehlah tengok koleksi yang ada dalam butik kami ini."

Elena tersenyum nipis.

"Thanks," ucap Elena dan dia terus berlalu ke arah sofa. Majalah yang berada di atas meja dibelek. Erfan yang baru masuk, menghela nafas seketika.

Ah, leganya dapat udara sejuk!

Matanya meliar mencari kembar kesayangannya. Sudahlah mereka berdua datang awal, Puan Irina dan Tuan Carl Hans kata mereka mahu berkonvoi ke butik ini. Jadi, Erfan ditugaskan untuk menjaga Elena.

Ala, tak payah disuruh, Erfan dengan rela hatinya jaga kembarnya seorang itu.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Elena yang sedang membelek majalah yang mengumpulkan koleksi pakaian di butik ini.

"So little, butik ni kena dengan taste kau tak?"

Elena mengangguk.

"What do you think? Butik ni nampak mewah dan elegan kan?"

Erfan senyum nipis lalu mengangguk.

"Well, mana kau tau butik ni wujud?"

Elena menggulingkan bebola matanya.

"This is Elena okay, aku ni pandai stalk mana-mana tempat."

Erfan tergelak halus. Pipi Elena ditarik.

"You're such a genius kid, little."

Elena memuncung sambil dahinya dikerutkan memandang Erfan yang seronok menarik pipinya itu.

"Fael, let me go! Pipi mahal ni!"

Erfan menggeleng sambil ketawa. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Aplikasi kamera ditekan. Telefon kemudiannya dihalakan ke arah Elena.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now