4 5 | "we've missed something"

1.1K 63 6
                                    

Bunyi pintu wad dibuka dari luar membuatkan Erfan dan Izmeer yang sedang berbual sesama mereka terus menghentikan perbualan mereka untuk seketika. Mereka memandang ke arah yang sama, iaitu pintu wad mereka.

Erfan menjongketkan keningnya, berasa aneh kerana wad mereka berdua jarang mempunyai pelawat. Hanya Tuan Carl Hans, Puan Irina, Aryan dan Isyraf sahaja yang kerap melawat mereka.

Figura seorang wanita yang melangkah masuk ke dalam wad mereka membuatkan Erfan tercengang. Izmeer turut terkedu. Mereka seakan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat ketika ini.

"Assalamualaikum. Aku bagi salam ni kalau korang tak jawab dosa," ucap Elena, selamba.

Beg tangannya diletakkan di atas meja kecil yang berada di tengah-tengah wad itu lalu dia melangkah ke arah Erfan. Tangan besar abang kembarnya yang berselirat dengan wayar dicapai lalu dicium.

"Waalaikumussalam," ucap Izmeer perlahan. Manakal Erfan pula menjawab salam yang diberi oleh Elena tanpa mengeluarkan suara. Hanya bibirnya yang terkumat-kamit.

Elena menjongketkan keningnya memandang dua lelaki yang sedang merenungnya aneh seakan-akan dia adalah makhluk asing.

"Why? Aku tau lah korang rindu aku tapi tak payah pandang aku macam tu sekali. Aku masih manusia bukan alien," kata Elena.

"Damn, is this for real?"

Itu ayat pertama yang terkeluar dari bibir Erfan. Elena tergeleng perlahan. Abang kembarnya kalau dah terkejut memang automatik jadi bebal seketika.

"Aku dah salam tangan kau, of course lah real. Kau nak aku buat apa? Cabut wayar kat tangan kau? Atau tumbuk tempat operate kau?" soal Elena, sarkastik.

"Seriuslah ni adik aku? Elena, kau tak demam kan?" soal Erfan lagi. Elena sudah menepuk dahinya.

"Tak. Aku sihat walafiat. Boleh fight dua tiga round kalau kau nak."

Erfan mengukir senyuman kecil sebelum lengan Elena ditarik lembut supaya mendekatinya dan tubuh adiknya dipeluk erat.

"I miss you damn much."

Elena tersenyum nipis sambil tangannya mengusap lembut belakang tubuh Erfan.

"I miss you too," bisiknya perlahan.

"Aku ingatkan kau dah benci aku. Yalah, kau siap block number aku kut," kata Erfan dengan nada suara sayu.

"You're insane. You're my other half, why should I hate you?"

Erfan mengeratkan pelukannya lagi.

"I did a big mistake to you. Peluang kedua yang kau bagi lima tahun lepas, aku sia-siakan lagi."

Kepala Elena tergeleng perlahan. Sedar pun kesalahan dia.

"Kau mesti tak bagi aku peluang lagi kan? Peluang untuk aku perbaiki semua kesalahan aku."

Elena terus meleraikan pelukan. Wajah Erfan yang masih terkebil-kebil memandangnya ditatap lembut. Dia melabuhkan punggung di atas katil Erfan sambil matanya tidak lepas daripada memandang anak mata biru laut milik Erfan.

Kedua-dua belah tangan Erfan dicapai lalu digenggam bersama dengan tangannya.

"Kalau aku memang tak bagi kau peluang lain untuk perbaiki kesalahan kau tu, apa kau nak buat?"

Erfan mengetap bibirnya.

"Aku akan rasa bersalah sepanjang hidup aku. Setiap kali aku pandang muka kau, aku teringat balik kesalahan aku. You're my greatest sister while I'm your bad twin brother. Kadang-kadang, aku tertanya-tanya. Macam mana kita boleh jadi kembar?"

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now