3 3 | preparation III

988 61 15
                                    

The Syed's Empire Hotel

Kaki panjang yang berbalut seluar slack hitam itu, melangkah dengan penuh gaya dan dia tahu, setiap langkahnya diperhati oleh orang sekeliling.

"Assalamualaikum tuan."

Hyde hanya mengangguk. Dia menjawab salam oleh pekerjanya dalam hati. Langkahnya laju menuju ke lif khas untuknya. Punat lif ditekan dan beberapa minit kemudian pintu lif terbuka. Dia terus memboloskan diri ke dalam.

Sebaik saja sampai di tingkat 32, di mana tingkat yang dikhaskan untuk pemilik hotel gah ini, dia terus keluar lalu menuju ke pejabatnya.

"Good morning, tuan."

Sapaan pekerja di aras ini hanya dibalas dengan anggukan.

Dia terus membuka pintu, membuka kot hitam yang membaluti tubuhnya lalu mengantungkannya di sebuah tiang dan hanya meninggalkan kemeja biru hitam yang dipakai. Dia terus melabuhkan punggung ke kerusi empuk miliknya.

Komputer dihidupkan. Interkom ditekan.

"Zaf, come in now."

"Alright, boss."

Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan kedengaran.

"Masuk." Kedengaran bunyi pintu dikuak dari luar.

"My appointments for today."

"Okay bos, hari ni schedule bos tak berapa nak pack sangat. Bos hanya perlu interview pekerja baru pada jam 10 pagi nanti..."

"Which department?"

"Housekeeping and cleaner."

Hyde hanya mengangguk, tanda 'teruskan'.

"Dan selepas itu, bos ada lunch meeting dengan Encik Firash Hakimi dari RF's Architecture. Sekian."

Hyde menjongket keningnya setelah mendengar jadualnya daripada setiausahanya, Zafri.

"Kau biar betul, Zaf? Itu je?"

Zafri mengangguk.

"Saya dah cakap dengan bos tadi dah kan? Schedule bos memang tak pack hari ni."

Hyde senyum lebar. Dia menyandarkan badannya ke belakang kerusi.

"Aku dah lama nantikan saat ni! Aku boleh relax akhirnya."

Zafri tersengih melihat majikannya itu.

"Tapi bos, bos kena ingat, kurang tiga bulan je lagi, majlis perkahwinan anak hartawan akan diadakan kat sini."

Hyde terus terduduk tegak.

"Majlis perkahwinan anak Tuan Carl Hans tu kan? Fuh, nasib baik kau ingatkan aku. Appointment aku dengan anak dia tu bila?"

"Kejap eh bos, cuak terus bila dengar pasal tu."

Zafri membelek buku notanya sambil tergelak kecil.

"Mana tak cuak? Wedding anak billionaire tu. Semuanya kena sempurna."

"Appointment bos dengan Cik Muda Carla Irish Helena tu, dua hari dari sekarang. Maksudnya, lusa lah bos dapat jumpa dia."

Hyde mengurut dadanya.

"Nasib baik."

"Untunglah bos, dapat bertentang mata dengan anak billionaire tu. Dahlah dia tu low profile. Saya dapat rasakan lah, yang dia tu baik orangnya. Mesti cantik kan dia?"

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now