4 1 | "our fault"

1.3K 63 4
                                    

"Kau tak rasa sendu ke duduk kat dalam wad ni seorang?" soal Aryan, yang sedang duduk di katil Izzat sambil menggigit epal hijau yang dibeli oleh adiknya, Rayfal.

Sebenarnya epal tu untuk Izzat, tapi memandangkan lelaki itu kurang gemar dengan epal hijau jadi dia tolong makan.

Izzat menggeleng.

"Sendu itu lebih baik daripada duduk satu wad dengan abang aku. Bingit lah dia tu," kata Izzat.

Rayfal yang duduk di kerusi hanya tersengih. Tahu sangat dengan perangai Izmeer yang suka mencari pasal dengan adik-adiknya itu.

"Itu yang kau sanggup tak nak satu wad dengan dia?" soal Rayfal pula. Izzat mengangguk lagi.

"Abang Fal, dia tu suka membebel kat Izz. Penat lah dengar."

Rayfal tersengih, tahu dengan perangai Izzat yang rimas dengan bebelan abang sendiri.

Izmeer mungkin kelihatan dingin pada mata manusia lain di luar sana, namun tidak bagi adik-adiknya. Personaliti Izmeer ketika di luar dan ketika bersama keluarganya sangat lain.

Izmeer menjadi sangat dingin ketika berjumpa dengan manusia lain, tetapi dia menjadi kuat membebel kepada adik-adiknya. Aneh.

"Abang kau juga tu, Izz."

"Izz tau, bang."

Rayfal hanya menggeleng.

"Izz, aku nak tanya." Arieq yang berdiam diri sejak tadi tiba-tiba sahaja membuka mulut.

"Apa dia?" soal Izzat.

Arieq membetulkan posisi duduknya di atas katil Izzat.

"Pasal malam tu. Kau tau apa-apa ke?" soal Arieq. Izzat mengerutkan dahi.

"Malam tu? Maksud kau?"

"Malam masa wedding Elena. Kau memang dah tau yang musuh dia akan datang serang majlis ke?" soal Arieq lagi.

Izzat menelan liur yang terasa kesat.

"Bukan ke kau dah tau juga sebab tu kau terlibat sekali kan..."

Arieq menggeleng.

"You know what? Aku langsung tak tau apa-apa. Aku ingatkan cuma menyamar jadi orang biasa untuk pastikan keselamatan hotel tu je. Aku tak sangka pula yang Pablo dengan Andrew akan muncul."

Izzat mengetap bibirnya.

"Bukan setakat dua ekor tu je..." celah Izzat. Arieq mengerutkan dahinya. Aryan dan Rayfal hanya mendengar, mereka juga seperti Arieq, keliru dengan apa yang telah jadi pada malam itu.

"Bukan setakat dua ekor tu je? What do you mean?"

"Charles. He was there."

Mata Arieq membuntang. Terkejut mendengar nama yang disebut oleh Izzat. Aryan dan Rayfal turut tersentak.

"Charles? Charles Pharell? He's still alive?" soal Rayfal dengan nada sinis.

Izzat mengangguk.

"Yeah. Dia ada datang masa akad nikah. Dia tak sempat nak masuk, Fael dengan Meer dah dapat diorang dulu," kata Izzat lagi.

"Diorang? Charles tak datang seorang diri?" soal Arieq pula.

"Yes. Kenal Sean Razael?"

Arieq mengerutkan dahinya.

"Sounds familiar. He's the famous assassin, no?" kata Arieq. Rayfal turut mengangguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Arieq.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now