4 6 | worried

1K 72 9
                                    

"Good morning, my little sister."

Ucap Hafiey dengan senyuman nipis di bibirnya saat melangkah ke arah katil adiknya itu.

Satu ciuman diberikan ke dahi Hanis, lalu bunga yang dibawanya diletakkan ke dalam pasu yang turut dibawa bersama.

Kreak.

Pintu wad yang dibuka sekali lagi menandakan seorang lagi pelawat masuk ke dalam wad Hanis. Hafiey tidak menoleh kerana dia tahu siapa gerangan yang baru memasuki wad adiknya itu.

"Hey sunshine," ucap Hazriq pula sambil mengelus perlahan kepala Hanis yang berbalut selendang hitam itu.

Hafiey terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di sisi katil manakala Hazriq pula selamba duduk di atas katil Hanis.

"Kenapa kau tak masuk office hari ni?"

"Asal kau tak masuk hari ni?"

Soal mereka serentak dengan soalan yang sama. Hazriq tersengih melihat riak wajah Hafiey yang sedikit bengang itu.

"Aku abang kau, kau jawab soalan aku dulu."

"Okey okey. Aku malas lah. Sejak baby warded ni, kau ada nampak batang hidung aku ke kat office?" soal Hazriq. Hafiey mengangkat bahu.

"Mana aku tau. Aku pun dah lama tak masuk office," jawab Hafiey dengan selamba.

"Jadi kita sama-sama ponteng kerja lah? Abah tak marah ke?" soal Hazriq lagi.

"Entah. Abah tak ada cakap apa-apa pun dengan aku. Lagipun Hariez dengan Hazieq ada, boleh tolong abah."

Hazriq hanya mengangguk. Mungkin ayah mereka faham bahawa mereka memerlukan ruang untuk bertenang dan menjaga satu-satunya adik perempuan mereka.

"Riq."

"Hm."

"Kau agak-agak lah kan, Elena cakap apa kat mamat tu?"

Hazriq mengerutkan dahinya apabila memandang Hafiey.

"Mamat? Mamat mana?"

"Mamat yang jumpa Hanis minggu lepas tu. Aku malas nak sebut nama dia. Irritating," kata Hafiey.

Malas nak ingat nama lelaki yang membuatkan adiknya tertekan pada hari itu.

"Oh. Leo bagitau aku yang Elena bagi warning kat dia. Kau tau, Elena sanggup datang office dia semata-mata nak bagi warning. Lepas ni, dia takkan berani datang kut. Kalau dia datang, aku berani jamin yang kita akan tengok Elena mengamuk secara live."

"Bagus lah. Bukan setakat Elena je, aku pun mengamuk sekali. Berani nak tunjuk muka lagi depan aku."

Hazriq menggeleng kepala mendengar ayat Hafiey.

"Bang, kau tu dahlah baran. Simpan jelah niat nak mengamuk kau tu."

"I don't give a fucking care. Who is he to judge our sister?"

Hazriq hanya melorek senyuman nipis mendengar hujah Hafiey. Dia kembali menatap wajah Hanis yang sedang lena.

"Aku rindu Hanis. Berapa lama lagi dia nak tidur, Fiey?" soal Hazriq dengan nada sayu.

Amarah yang bertapak dalam diri Hafiey sebentar tadi terus saja hilang ditiup angin apabila nama Hanis disebut oleh Hazriq.

"Aku rindu dia juga. Aku tak jumpa doktor dia lagi tanya pasal perkembangan dia."

"Fiey. Aku sanggup forever alone sebab tak ada girlfriend, tapi aku tak mampu nak teruskan hidup kalau umi dengan baby tak ada."

Hafiey memandang Hazriq dengan dahi yang berkerut.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now