BAB 8

1.4K 14 0
                                    

SARRAFIA memandang siling biliknya.

Sejak pertemuan semula dengan Adriz selepas lama tidak bertemu, dia rasa berserabut. Nak mengelak bagai dikatalah. Mana mungkin kerana pengasas tempat ini adalah ayah Adriz.

Sarrafia minta sangat lelaki itu cuma datang untuk bercuti sahaja. Janganlah tinggal di sini.

Kisah mereka sudah menjadi sejarah. Kisah yang Sarrafia mahu lupakan kerana ia mengingatkannya akan kesalahan yang telah dilakukan kepada mamanya dan paling besar kepada Allah SWT.

Adriz masih seperti dulu, masih kacak dan menawan hati.

Menawan hati? Ah! Sarrafia, jangan cari pasal. Lelaki itu entah-entah milik orang. Dia ibarat kudis di mata Adriz.

Sarrafia menyarung tudung ke kepalanya. Kemudian dia melangkah keluar dari biliknya. Dia ternampak seorang penghuni.

"Hai, Adira. Petang-petang macam ni tak tidur ke?" tanya Sarrafia sambil duduk di kerusi di sisi Adira.

Tangan Adira mengusap-usap perutnya yang hanya menunggu hari sahaja.

"Tak boleh tidur. Baby ni asyik bergerak sahaja. Sejak semalam lagi," beritahu Adira sambil senyum.

"Entah-entah dah nak bersalin kut Adira," balas Sarrafia.

Bimbang juga apabila tiada Bonda Ummi dan Hirda.

"Minggu depan, Sarra," kata Adira, masih lagi senyum.

Sarrafia menarik nafas lega. Kalau hari ini Adira mahu bersalin, memang mati dia. Hari ini semua orang tak balik lagi daripada seminar yang dia sendiri tidak tahu apa tajuknya. Sudahlah dia tidak pernah memandu kereta. Walaupun ada lesen kereta, kenderaannya hanyalah basikal dan mutumitnya atau kakinya sahajanya.

Sarrafia mula berfikir macam-macam.

"Tapi, ada juga kan orang bersalin awal," kata Sarrafia tanpa memandang Adira.

Sarrafia mula rasa tidak sedap hati. Dia memandang kakinya yang basah. Eh, paip air pecah ke? Dia berpusing ke kiri. Mana ada air dalam longkang pun.

"Sarra!" panggil Adira.

Sarrafia menoleh ke arah Adira. Wajah itu berkerut seribu seperti sedang menahan sakit.

"Sudah!" Sarrafia menjerit. Dia terlompat bangun.

Situasi ini tidak pernah dilaluinya selama dia berada di sini. Tiada orang yang akan membawa mereka ke hospital.

"Ya Allah! Mana nak cari orang ni? Aku dahlah tak tahu memandu."

Sarrafia mula kalut. Mukanya pucat. Nampak dia pula yang terlebih takut.

Sarrafia menjerit memanggil Pak Abu si tukang segala tukang di Rumah Azirah. Dia tahu Pak Abu juga tidak boleh memandu.

Demi terdengarkan jeritan Sarrafia, penghuni-penghuni lain mula keluar dari bilik masing-masing. Semuanya tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Hanya menyuruh Adira mengucap dan bersabar sahaja.

Adira pula tercungap-cungap mencari nafas. Terlalu sakit barangkali.

Pak Abu pula hilang entah ke mana.

Sarrafia menjerit kepada semua penghuni itu supaya menelefon Bonda Ummi untuk mengkhabarkan perihal Adira yang sudah sakit mahu bersalin. Ketika Sarrafia menjerit menyuruh mereka menelefon ambulans, tiba-tiba Pak Abu sampai bersama seorang lelaki.

"Ni... Pak Abu minta tolong Adriz. Kebetulan dia pun baru sampai dari Kuala Lumpur," beritahu Pak Abu.

Sarrafia mahu menolak, tetapi mana mungkin dia menolak apabila Adira sudah mengerang kesakitan.

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now