BAB 13

2.6K 32 12
                                    

ADRIZ kerling Sarrafia yang sedang menyusun kerusi di ruang makan. Sejak tadi ada sahaja kerja yang mahu dilakukan. Bukannya tiada orang dapur yang akan menguruskan semua itu.

Dia pura-pura membaca majalah di tangan, padahal matanya itu memaku pandang ke arah Sarrafia. Selepas itu dia melihat Sarrafia berjalan keluar melalui pintu belakang.

Dia segera bangun, mengekori Sarrafia. Dia tahu waktu cerah begini Sarrafia gemar berada di bawah pokok ru itu. Apa istimewanya tempat itu, dia sendiri tidak tahu.

"Sini memang tempat favourite awak, kan?" tegur Adriz.

Sarrafia hampir menjerit jika dia tidak kenal dengan suara itu. Dia menjeling geram. Sakit hati apabila waktu kesukaannya itu diganggu oleh orang. Bukan orang lain, tetapi lelaki itu. Lelaki yang paling hendak dielakkan ketika ini.

"Sejak bila awak dapat lesen ni?" tanya Sarrafia.

"Oh! Nak jumpa awak kena ada lesen ke? Macamlah hebat sangat," kata Adriz, senyum sinis.

"Kalau saya ni tak hebat, tak adalah awak dapat lesen stalker. Atau saya salah, awak kebetulan saja ada kat sini," bidas Sarrafia.

Adriz ketawa kuat. Senak perutnya. Lesen stalker rupanya maksud Sarrafia tadi.

"Saya memang ada lesen stalker. Jadi stalker awak," kata Adriz. Dia tergelak.

Sarrafia bangun, mahu beredar. Hatinya masih lagi gusar mahu berhadapan dengan Adriz apatah lagi duduk dekat-dekat seperti ini.

"Sarra," panggil Adriz.

Sarrafia berhenti melangkah. Tetapi, dia tidak berpaling. Hatinya berbolak-balik mahu mendengar atau terus berjalan pulang.

"Saya nampak awak tak sukakan saya. Kenapa ya?" tanya Adriz.

Adriz perasan Sarrafia suka mengelak daripada bertemu muka dengannya.

Sarrafia berpusing memandang Adriz. Lelaki itu berada di tengah-tengah 'bintang siang'nya.

"Awak ada buat salah ke?" tanya Sarrafia.

"Sebab itulah saya tanya. Awaklah yang kena menjawabnya," kata Adriz.

Dia senyum kepada Sarrafia.

Pelik betul dengan Adriz sekarang. Asyik senyum sahaja. Apa yang tidak kena? Sudah lupakah dia apa yang telah berlaku antara mereka?

"Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya," kata Adriz.

Kali pertama? Adriz kata ini kali pertama mereka bertemu? Pelik bin ajaib.

Sarrafia pandang lagi wajah Adriz. Memang tiada satu pun yang berubah di wajahnya. Tapi, kenapa dia kata ini kali pertama mereka bertemu?

Perlahan-lahan Sarrafia menapak kembali ke arah Adriz. Mana tahu dia silap orang. Mungkin Adriz sengaja berkata begitu. Sarrafia berhenti tegak di depan Adriz. Ikut sajalah rentak dia, fikir Sarrafia.

"Saya tak tenang, Sarra. Tak tahulah kenapa," kata Adriz seraya merenung Sarrafia lagi.

"Jadi, awak tak tenang, awak nak heret saya sekali kerana rasa tak tenang awak tu? Gilalah awak ni Encik Adriz," balas Sarrafia sambil menjuihkan bibirnya.

"Yalah, saya pelik sebab kita tak pernah jumpa, tapi saya tak tahu kenapa awak tak suka saya," kata Adriz.

Sarrafia gelak. Gila ke apa? Adriz dulu tak macam ni pun. Nampak tak hairan langsung dengan orang. Tapi di depannya ini rasa seperti orang lain.

"Awak gelakkan saya?" tanya Adriz.

"Gila, malas saya nak layan awak," kata Sarrafia terus sahaja berlalu pergi.

Sarrafia mendengus geram ketika dia masuk semula ke dalam Rumah Azirah. Ketika itu juga dia ternampak Adriz masuk. Dengan tiba-tiba pula Adriz mengekorinya. Masa mula-mula jumpa dahulu dingin saja. Sekarang lain pula jadinya.

Sarrafia menggigit bibir geram.

"Awak tak habis lagi ke marah dekat saya, Sarra?"

Tiba-tiba suara itu menerjah ke telinganya. Sepantas kilat Sarrafia beralih. Eh! Tadi dia di sana, bila masa pula dia sampai sini? Sarrafia menggaru kepala yang berlapik tudung.

Adriz senyum melihat muka terkejut Sarrafia.

"Awak ni tak ada kerja ke Encik Adriz?" tanya Sarrafia.

"Tentulah ada. Kalau tidak, buat apa saya kat sini?" kata Adriz.

Dia berdiri tegak semula.

"Kalau ada kerja, pergilah buat kerja. Buat apa pula kat sini?" ujar Sarrafia.

"Saya ni masih tak puas hati," katanya lagi.

"Haisy, malaslah saya layan awak ni. Serabut," kata Sarrafia.

Adriz gelak. Dia segera berlalu apabila matanya terpandangkan Noh yang sedang melangkah masuk ke dalam pejabat. Nanti tak pasal-pasal pula Noh marahkan dia.


SARRAFIA terpandangkan Noh. Noh hanya berlalu terus ke tempatnya. Sarrafia mengerutkan keningnya. Selalunya Noh tidak begitu. Dia akan selalu bertanya khabar dirinya. Barulah dia akan pergi ke tempat lain.

Sarrafia bangun dan menghampiri tempat Noh.

"Noh, awak tak sihat ke?" tanya Sarrafia.

Noh pandang Sarrafia. Pelik dengan pertanyaan Sarrafia.

"Awak nampak saya tak sihat ke, Sarra?" tanya Noh.

"Awak selalu tegur saya dulu, kalau kita belum pernah bertemu lagi hari ini," kata Sarrafia.

"Tak sangka awak ingat saya juga," kata Noh sambil senyum.

"Yalah, awak kan kawan saya," kata Sarrafia gelak.

Noh terdiam. Sarrafia tidak pernah menganggap dia lebih daripada seorang kawan. Itulah yang perlu dia akui meskipun ada rasa sakit hati. Sarrafia tidak mahu mencintainya.

"Sarra, saya tengok lain macam saja awak dan Iz tu," kata Noh.

Terangkat kening Sarrafia dengan pertanyaan Noh. Bila pula dia dan Adriz lain macam? Rasanya tiada yang berubah pun.

"Awak ni... Apa yang awak nampak tu tak sama dengan apa yang awak fikirkan," kata Sarrafia.

"Saya rasa cemburu, Sarra," kata Noh.

"Awak jangan mulakan, Noh."

Sarrafia pantas berlalu. Tidak mahu menunggu di situ lagi. Nanti Noh meluahkan rasa cintanya pula. Sarrafia tidak sanggup mendengar. Takut hatinya kasihan kepada Noh.

Kasihan dan suka berbeza jauh sekali. Kasihan boleh menyebabkan dua hati terluka. Suka, itu tidak perlu ceritalah. Apabila suka sama suka, tentulah bahagia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now