prolog

791 224 157
                                    

"Hei korang, buat apa tu?"soal Mark kepada ahli exo yang lain.

"Tengah main game ni. Nak join?"ajak Sehun.

"Boleh juga."balas Mark dan ahli yang lain turut duduk di samping member exo yang berada di situ.

"Game apa ni?"soal Lucas.

"Tanya Chen hyung. Dia yang suggest game ni."balas Sehun.

"Oh ni game fatum (nasib)."jelas Chen.

"Macam mana nak main?"soal Taeyong.

"Kita kena masukkan tangan dalam balang gelap ni, lepastu korang akan terima mission."jelas Chen lagi.

"Ouh, sounds great."ucap Ten.

"Let's start it."ajak Mark.

Ahli yang lain mengangguk tanda setuju.

"Korang janganlah duduk bersepah. Duduk keliling meja ni je."arah Chanyeol. Kesemua ahli bergerak duduk di keliling meja petak yang besar itu.

Botol yang berada di tengah meja itu dipusingkan untuk menentukan pemain pertama.

Setelah beberapa saat berpusing, botol itu berhenti dan bahagian penjuru botol itu terarah kepada Suho.

"Ambil ni."Chen menghulurkan balang gelap tadi ke arah Suho.

Tangan Suho ligat menyentuh kertas arahan yang bersepah di dalam balang itu sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengambil kertas mission pertama.

Suho perlahan-lahan menarik kertas itu keluar daripada balang itu. Dia membaca dengan teliti arahan yang diberikan.

'get some women player to continue the next mission.'

"Mana kita nak cari player perempuan ni?"soal Suho cemas.

"Mana aku tahu. Satu mission cuma ada masa 24 jam je tau. Lebih daripada tu, kena punishment."jelas Chen.

"Aduh, kau ni pun satu. Dahlah ajak main malam, lepastu tak tahu instructions."rungut Xiumin.

"Kau call budak dua belas orang yang selalu berkepit dalam kelas tu wei."arah Suho kepada Chen.

"Mission kau kan. Kau lah yang call."bantah Chen.

Suho hanya pasrah dan mendail nombor salah seorang daripada ahli group tersebut, Eunbi.

'Eunbi, kitorang perlukan group korang sekarang. Tolong. Kitorang ada masa 24 jam je ni.'

'Ha, sekarang? Kau gila kah? Sekarang dah pukul 11.'

'Sebabtu aku suruh datang sekarang. Kau nak datang pukul 3 pagi ke? Kitorang ada masa 24 jam je tau.'

'Hish, korang panggil kitorang ada apa ni?'

'Tak payah banyak soal. Datang je.'

'Ha, tunggu sekejap eh. Aku nak kejut diorang dulu.'

'cepat sikit.'

Arah Suho sebelum mematikan talian dengan pantas. Xiumin yang berada di sebelah memandangnya penuh tanda tanya.

"Kau kenapa cuak sangat ni?"soal Xiumin.

"Kita semua tak tahu punishment kalau melebihi 24 jam. Dan, kita juga tak tahu yang game kita main ni, selamat atau tidak."jelas Suho.

Mereka semua mengangguk setuju.

"Jadi, kitorang kena buat apa ni?"soal Eunbi.

"Tak tahu lagi. Kita kena tunggu mission seterusnya."balas Suho.

Eunbi dan ahli yang lain mengangguk lemah. Botol yang berada di tengah tadi kembali dipusingkan. Kali ini, botol itu terarah kepada Haechan.

Balang yang berada di tangan Suho tadi dihulurkan kepada Mark yang duduk bersebelahan dengan Haechan.

"Aduh, panas!"teriak Mark dan melepaskan balang itu. Semua orang memandang pelik ke arah Mark.

"Wei, tangan dia melecur."ucap Taeyong. Semua orang seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Taeyong, kau pergi uruskan Mark dulu."arah Baekhyun.

Taeyong bergegas mengambil first aid yang berada di dapur dan segera merawat Mark.

"Tapi, aku pegang tak panas pun."kata Haechan selepas mengambil balang yang jatuh tadi.

"Chen, kau baca balik rules tu boleh tak. Aku dah seram sejuk ni."pinta Yujin.

Chen dengan pantas mengambil kertas arahan yang berada di dalam kotak tadi.

"Kau translate ya. Kitorang noob bab-bab english ni."pinta Yujin lagi.

"Satu, mission pertama akan diberi kelonggaran dengan pengurangan masa selama 24 jam. Dua, sekiranya mission berjaya dijalankan dalam masa yang ditetapkan, rewards akan diberikan kepada pemain yang menjayakan mission tersebut.

Tiga, sekiranya mission gagal dijalankan, denda akan dikenakan dalam pelbagai bentuk. Empat, balang mission hanya boleh dipegang oleh pemain yang telah ditentukan sahaja untuk mengelakkan mission terbongkar.

Lima, setiap mission akan ditetapkan tempoh. Enam, kerjasama dibenarkan tetapi tiada rewards kepada pemain lain yang menolong pemain tersebut.

Tujuh, permainan ini memerlukan pemain yang mempunyai mental yang kuat, pemain yang berani dan kemahiran berfikir yang baik supaya mission tersebut berjalan dengan lancar. Sebarang risiko ditanggung oleh diri sendiri. Peringatan, permainan ini.....tiada j..jalan keluar."ucap Chen panjang.

"Kitorang tak terlibat kan?"soal Chaewon cemas.

"Korang terlibat sebab mission pertama Suho perlukan player perempuan."jelas Kyungsoo.

"Kau kutip lah perempuan lain!"bantah Yujin.

"Hei, apa ni?! Korang tak bagitahu kitorang apa-apa pun pasal game ni. Kitorang tak nak terlibat!" bantah Yujin lagi.

"Kau nak biarkan Suho kena punishment kah? Kitorang semua tak tahu punishment dia apa. Jadi aku harap korang beri kerjasama."ucap Kyungsoo.

"Korang, Haechan kena ambil mission baru kan. Kita tak tahu berapa lama tempoh mission dia. Jadi, baik cepat."Renjun memberi peringatan kepada yang lain tentang misi Haechan.

Haechan dengan segera memilih salah satu kertas mission di dalam balang itu.

'Drink a glass of hot water in 12 seconds'

Period:10 minutes

"Wei, tak lawak lah. Aku tak boleh buat mission ni. Mustahil!" ucap Haechan.

"Tolonglah aku. Kau nak tengok aku kena timpa nasib malang kah?!"pinta Haechan.

Semua buntu akan tindakan yang harus dilakukan kepada Haechan.

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now