014

256 82 13
                                    

"Chaeyeon hilang!" teriak Minju dari atas, terkejut melihat rakan sebiliknya hilang secara tiba-tiba

Tak kan lah Kai hyung buat mission tanpa aku?

"Chaeyeon? Hilang? Kau buat lawak apa ni Minju?" soal Eunbi dengan riak wajah serius, anak mata Minju ditenung.

"Aku tak buat lawak lah. Tak percaya kau pergi masuk bilik aku, dia tak ada." kata Minju, Eunbi pula mahukan kepastian. Lantas saja kaki Eunbi menapak naik ke arah bilik Minju di tingkat kedua rumah tersebut.

"Aik, betullah." ucap Eunbi sendirian apabila melihat seluruh penjuru bilik tanpa ada satu pun kelibat manusia di situ.

"Semua keluar, cari Minju!" teriak Eunbi dari tingkat dua, yang lain pula hanya memandang Eunbi tanpa rasa pelik. Sudah menjadi kebiasaan rakan mereka hilang dan semuanya ditemui di dalam keadaan yang sudah tidak dapat ditafsirkan.

Mereka semua bingkas menyiapkan semua sisa baki kerja yang sedikit dan mula bersiap untuk keluar mencari Chaeyeon.

"Ouh sh*t, pintu tak boleh buka! Ada orang sabotaj!" teriak Johnny yang sedang berusaha membuka pintu utama rumah tersebut. Begitu juga Taeyong, mereka berdua bertungkus lumus untuk membuka pintu itu.

Mereka yang lain tidak datang membantu Johnny dan Taeyong, malah semua bergegas pergi ke arah Chanyeol yang sedang duduk di ruang meja dengan sehelai kertas di tangan.

Semua memandang pelik kertas tersebut, ia terkandung sebuah teka-teki. Malah ianya juga mungkin klu untuk membuka pintu.

"Klu apa ni wey, boleh penat otak aku fikir jawapan dia." sungut Lucas, cuba untuk tidak mencemaskan lagi suasana.

This house will be ____ in 30 minutes

-Get an opposite for
F_ _ _e

It'll be _ _ m _

Find the exit door and get your own
Shelter after that.

"Jap, aku ada fikir something but benda tu macam dah melebih." kata Hyewon.

"Korang! Cari pintu keluar cepat!" jerit Suho secara tiba-tiba dan mengarah mereka untuk mencari pintu keluar.

"Kenapa ni?"

"Korang baca betul-betul, dia kata 'this house will be ....' Kan. Dia suruh cari opposite untuk flame and opposite dia tu, bomb!" teriak Suho seraya menjelaskan perkara sebenar.

"Aku tahu, dalam ni ada satu pintu kecemasan kat bilik Nako dengan bilik Kai hyung." ujar Haechan

"Macam mana kau tahu?"

"Aku pernah masuk dua bilik tu, ada satu tempat rahsia yang aku tahu dan benda tu pintu kecemasan untuk keluar. Korang kena lalu dekat tiang yang dia dah jauhkan 4 inch dari dinding." jelas Haechan lagi.

"Taeyong, Johnny, Jaehyun, korang pergi bilik Nako dan tengok pintu tu boleh buka atau tidak. Aku, Chanyeol dengan Baekhyun akan check pintu kat bilik Kai. Gerak sekarang." arah Suho dan berlari naik ke atas bersama yang telah ditentukan tadi.

Setelah beberapa minit, Chanyeol dan Johnny keluar dari bilik tersebut.

"Semua tolong carikan batu, pisau ataupun klip rambut. Dua-dua pintu dah kena kunci." arah mereka berdua serentak dari tingkat dua.

"Macam mana nak cari batu? Kita dalam rumah kot. Ouh tak apa, aku ada dua klip rambut." kata Yujin lalu mencabut dua bobby pin di rambutnya.

Pantas saja dia berlari naik ke tingkat dua dan menghulurkan bobby pin tersebut satu kepada salah seorang.

"Ala, luka sikit je ni. Tak payah risau sangat lah." Chaeyeon tersenyum kelat sambil mengurut perlahan kakinya.

Lee Chaeryeong, adiknya sendiri sedang melawat dan menatap sayu keadaannya.

"Akak, beritahu jela diorang yang akak kat sini. Adik kesian tau tengok akak macam ni hari-hari. Akak sebenarnya sunyi kan diorang semua tak ada kat sisi akak sekarang." leter Chaeryeong panjang.

Chaeyeon hanya membalas dengan anggukan. Secara tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Eunbi terpapar jelas di kaca skrin telefonnya.

Chaeryeong memberi isyarat tanda untuk dia mengangkat panggilan tersebut. Baru saja Chaeyeon mahu menjawab panggilan itu, deringan panggilan tadi berhenti dan meninggalkan notifikasi 'missed call'

Klak!

"Chaeyeon, kau kena tolong kitorang sekarang. Ahli kita ramai yang cedera!" suara Minju menerpa ruangan bilik itu.

"Minju, kenapa ni?"

"Rumah...rumah agam yang kita duduk dengan yang lain tu, ke...kena, bom." tercungap-cungap Minju berucap. Memang jelas kelihatan kesan pada Minju. Baju dan wajahnya dipenuhi debu hitam.

"Tapi, aku belum boleh discharge." kata Chaeyeon serba salah. Ialah, dia masih dalam rawatan dan tidak boleh melihat mereka yang lain.

"No, jangan percaya doktor tu. Aku tahu, itu Luhan. Dia kena upah dengan bos dia untuk tahan kau dalam wad. Ha...lengan kau yang merah tu, dia yang letak dos dalam badan kau. Kau kena keluar sekarang!" jelas Minju, pipinya sudah basah dengan air mata. Dia benar-benar terdesak.

"Tak guna!" Chaeyeon pantas menarik jarum di tangannya itu dan berlari keluar dari wad itu. Tidak lupa juga Minju, dia menarik Minju bangun dan pergi dari situ.

___


[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now