010

286 90 19
                                    

Doyoung terasa puas apabila Chen sudah berjaya diberkas oleh polis. Dia juga turut berasa terkejut dengan apa yang dikatakannya tadi. Meremang semua bulu roma mereka.

"Ramai juga pengecut dalam Exo tu." Doyoung tergelak sendirian, mengingatkan tentang ramai ahli Exo yang tumpas dengan kebodohan mereka sendiri.

Doyoung dapat merasakan getaran daripada poket seluarnya, segera dia mengambil telefonnya itu.

"Kosong je inbox." ujar Doyoung.

Skrin itu dileret sehingga kekunci telefon itu terbuka. Satu-satunya aplikasi yang mempunyai notifikasi ialah aplikasi fatum.

"Nak apa pula benda alah ni." Doyoung membuka aplikasi fatum. Bahagian notifications diperiksa.

×××

Choose one of them

Sehun or Jungwoo

×××

Doyoung termenung sejenak. Jika untuk kebaikan, dia tentu akan pilih Jungwoo. Jika bukan untuk kebaikan pula, bakal dia memilih Sehun.

"Aargh, apa jenis soalan ni? Nak beri soalan, tapi tak lengkap." kata Doyoung, langsung dia tidak faham soalan itu. Namun, dia perlu memilihnya.

×××

Sehun or Jungwoo

×××

Doyoung sudah memilih jawapannya, dia yakin yang soalan itu akan membawa kebaikan kepada Jungwoo. Sehun pula, di biarkan saja.

Getaran telefon itu kembali mengejutkan Doyoung. Notifikasi kembali masuk.

×××

You've chose Kim Jungwoo. For now, Sehun will be take as a killing victims from our production.

×××

Doyoung tersenyum gembira, dia telah menyelamatkan Jungwoo. Jika dia memilih Sehun tadi, sudah tentu nyawa Jungwoo akan jatuh di tangan produksi permainan fatum itu.

"Terima kasih sepenuhnya untuk permainan ni, dapat juga aku balas dendam pada Sehun walaupun bukan aku yang lakukan." ujar Doyoung sendirian, dia mula mengukir senyuman yang tidak dapat ditafsirkan maknanya.

Sehun melangkah keluar dari penjara tersebut, dia melawat Chen hanya kerana rindu dan mahu tahu keadaan Chen di sana dan semuanya baik-baik saja.

Dia lega yang Chen sudah mula selesa dengan tempat itu. Walaupun Chen seorang yang agak pendiam, namun dikuatkan diri untuk cuba bergaul sopan bersama banduan lain yang turut berada di situ.

Setelah selesai semua kehendaknya di situ, Sehun mula beredar. Rasa lega di dada itu terluah dengan sebuah keluhan.

Dia memberhentikan keretanya berdekatan semak samun yang berada di tepi jalan sunyi itu. Dia kini dahaga.

Sehun mencapai air mineral yang berada di dalam keretanya itu, entah bila dia beli pun dia tidak tahu. Dia hanya meneguk rakus untuk menghilangkan dahaga yang tersisa.

Entah mengapa tiba-tiba kepala Sehun mula berdenyut kuat, pening yang teramat. Tangan kanannya mula naik ke kepala, dicuba untuk menahan sakit dikepala dengan kekuatan yang ada.

Semua benda di hadapannya kelihatan samar-samar. Penglihatannya kabur dan perlahan-lahan dunianya mulai gelap.

Tanpa sedar seseorang telah memerhati perkara tadi dengan segaris senyuman di bibir.

"Seronok dapat tengok kau merana, Oh Sehun. Nanti kita lihat nasib yang lain pula ya." sinis lelaki itu berkata sendirian. Sehun yang sudah pengsan di dalam kereta itu diangkat oleh pekerjanya untuk dibawa memasuki van.

"Aku dah bawa dia ke sini, bila pula kita mahu kerjakan dia?" lelaki berkot coklat itu bertanya kepada rakan sekerjanya.

"Bila-bila masa yang aku mahu." jawabnya pula.

"Sekarang?"

"Chill bro, Fun things have just begin."

"Ikat dia kat palang tu sebelum dia sedar." arah rakan kerjanya.

Konco-konconya yang lain mula bertindak mendekati tubuh Sehun dan diangkat ke arah palang yang dimaksudkan.

Salah seorang daripada pekerja mereka bergerak mendekati Sehun dengan sebatang picagari di tangan. Picagari tadi sempat diisi dengan cecair ubat yang akan membuatkan Sehun terbangun dalam masa yang singkat namun menyakitkan.

"aarghh!" teriakan dari Sehun memenuhi ruang luas itu.

"Morning, Sehun. Nyenyak tidur?" soal seorang lelaki di dalam gudang itu.

"Hyung, apa hyung buat kat sini?" soal Sehun kepada dua orang lelaki di hadapannya itu. Umur dua orang lelaki itu boleh dikatakan tua sedikit berbanding Sehun dan Kai.

"Tentu lah untuk bunuh kau. Sumpah aku tak suka malah menyampah tengok kebahagiaan korang, jadi apa salahnya aku nak tengok korang merana pula kan." kata lelaki berjaket hitam itu. Seorang lagi pula hanya tersenyum gembira, kerana dapat melihat nyawa Sehun di tangan mereka.

"Hyung, jangan lah buat begini." suara Sehun bergetar, tidak pernah dia merasa segerun ini.

"Maaf Oh Sehun, kau tak akan nampak kami bunuh kau. Sebab kami sudah biasa bunuh dalam diam."

"Hyung, apa hyung merep- aargh!" tubuh Sehun mulai berdenyut kuat. Palang itu mengeluarkan arus elektrik, tangan Sehun pula sudah mula mengeluarkan air yang dia sendiri tidak tahu apa puncanya.

Cecair yang keluar deras dari seluruh tubuh Sehun itu bertukar menjadi hijau dan membuatkan tubuh Sehun bertambah sakit.

"Hyung, ni asid ke?!" suara Sehun menjadi lantang, dia cuba untuk melepaskan diri dengan kudrat yang ada. Cecair itu membuatkan badannya terasa perit malah semakin melemahkan antibody nya.

Dua orang lelaki itu mula beredar dengan senyuman sinis di bibir, itu lah yang mereka mahu melihat dari dulu. Kemusnahan mereka semua.

___

Pasal yang awal chapter ni, aku sincerely nak minta maaf untuk mana-mana Exo-l yang baca book ni. Apa yang aku tulis tu cuma berdasarkan sumber idea yang ada untuk book ni. Jadi korang jangan nak melenting tak tentu pasal okay.

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now