015

270 74 14
                                    

"Kau memang tak pandai buat kerja Kim Jongin. Adik kau yang senang nak handle tu pun kau tak boleh nak jaga dia bagi tutup mulut. Apa jenis pekerja kau ni?" lelaki yang kemas mengenakan leather jacket berwarna hitam itu menarik kolar baju Kai erat.

"Maaf, dia tak selalu ada dengan aku sebab aku asyik sibuk buat kerja. Jadi, aku tak tahu apa yang dia buat waktu aku tak ada." terang Kai dengan wajah yang mula dipenuhi peluh. Pistol perak yang berada di tangan lelaki itu menambahkan lagi rasa risau dalam diri Kai.

"Tch, alasan. Sekarang Chaeyeon dengan yang lain dah tahu yang Luhan kerja dengan aku, tapi aku tak nak mereka yang lain tahu juga pasal plan baru aku. Kalau terbongkar, kau akan aku bunuh." kata lelaki itu dengan senyuman sinis di bibir. Badan Kai dihempas jatuh ke tanah.

Setelah saja lelaki itu beredar dari kawasan tersebut, laju saja Kai bangun dan bergerak ke arah sebuah bilik rahsia. Beberapa punat kunci yang berada di situ telah diselesaikan dan Kai pantas mengambil telefon yang berada di atas meja itu.

"M...Minju, hyung tahu apa yang hyung buat ni berisiko tapi berjaga-jaga, Tao dengan Kris ada plan baru untuk lesapkan yang lain. Beritahu yang lain tapi jangan sesekali beritahu Mark, dia yang selalu perhatikan korang dalam diam tu." jelas Kai panjang lebar dalam talian sebelum dia meletakkan gagang telefon tersebut.

Nasib baik saja Minju sempat mendengar dan faham akan semua arahan Kai sebelum Kai secara tiba-tiba mematikan talian tersebut.

"Yuta, kau percaya saja cakap aku dan kita semua akan selamat. Tolong lah, takkan kau nak lihat 32 orang tak bersalah mati demi nak selamatkan 1 orang yang kau sayang saja." wajah Minju berkerut habis, susah benar mahu meyakinkan lelaki itu. Taeyong sudah percaya namun Yuta, keras kepala.

"Agak-agak lah, takkan dia yang tolong produksi tak guna tu? Tak masuk akal langsung." Yuta menghentak kuat meja kafe tersebut. Mata Minju direnung tajam.

"Dan kalau kau nak tahu, benda yang kau kata tak masuk akal tu lah benda yang betul. Kau percaya saja cakap Minju tu dan perkara selesai." Taeyong mula mencelah, lelah melihat pertengkaran dua manusia itu.

"Hyung, kau percaya kata-kata perempuan ni? Hyung, kenapa kau jadi macam ni? Kau tak sayang Mark ke?" terbeliak mata Yuta apabila mendengar bicara Taeyong, mustahil dia mudah terpedaya begitu.

"Aku sayang Mark, aku juga sayangkan ahli kita yang lain. Aku percaya Minju sebab aku dah tahu semua muslihat Mark. Kalau kau ingat waktu tangan Haechan kena kelar tu, aku dengar suara dia bisik kat Haechan. Tahu-tahu bila lampu buka, dia yang beria menjerit.

Takkan kau tak nampak baju Mark ada kesan percikan darah? Kau pun tahu Mark tak sebijak macam yang kita sangka. Dia tak pandai bab-bab berahsia ni. Dah tahu nak cederakan orang, pakai baju warna cerah. Nasib saja aku yang nampak, kalau yang lain nampak, silap-silap dalam lokap Mark hari ni." jelas Taeyong panjang, menjelaskan perkara yang sudah diketahuinya.

"Taeyong, kau tahu rupanya pasal perkara ni." kata Minju.

Yuta pula telah mula menunduk, tak sangka keadaan akan menjadi serumit ini. Mark, satu-satunya ahli yang paling dia sayang di dalam kumpulannya sendiri.

"Yuta, kami perlukan kerjasama kau saja dan masalah ni akan selesai dengan segera." Taeyong berusaha memujuk Yuta walaupun kecil kemungkinan Yuta akan bersetuju.

"Hyung, aku akan bantu korang tapi dengan satu syarat." Yuta menaikan kepalanya memandang wajah Taeyong.

"Apa dia?"

"Kau beri aku luangkan masa terakhir aku dengan dia sebelum korang berkas dia masuk lokap." Yuta cuba menguatkan diri namun gagal, dia tidak boleh melakukan apa-apa. Cuma air mata yang tak dijemput keluar membasahi pipinya.

"Kalau itu yang kau nak, kami boleh tunaikan." terbit satu senyuman kecil di bibir Minju.

"Taeyong, Minju, terima kasih sebab faham aku." sayu saja bicara Yuta kali ini.

"Small matter."

___

Dah nak habis dah cerita ni, oyeh.

___

[√] Trap ; 엑소 , 엔시티 , 아이즈원Where stories live. Discover now